09 November 2010

Membina Dinasti Bernama "Estet"



Haykhh, kadang-kadang aku rasa lesu, sebagai penonton untuk berjuang menghargai filem Melayu. Serius, mungkin lepas ni (tahun depan, azam aku), kalau filem tempatan yang keluar yang dibikin main tibai bohsia tepi jalan, aku hanya akan nyatakan dalam entri aku begini: Sorry your film SUCKS! Tak yah lagi aku tulis entah apa-apa analisa berjela-jela, lagipun korang bukan baca pun kan (dan entah apa-apa alasan nenek atuk yang depa bagi, fahami 2 Alam dengan menonton Momento, thats the most priceless of all!) Selepas lapisan asas inilah baru aku masuk ke lapisan "analisa", dan di sinilah, yang selalu korang suruh aku "tengok" filem dan "bagitau apa ko dapat" kepada aku berlaku. Itu pun, jika aku melepasi lapisan asas itu tadi.

Aku macam ni. Mula-mula, sebuah filem tu mesti tarik aku kerana "cerita"nya, atau kalau tak pun, IDEAnya (cth. Idea Magika ialah mengadakan satu alam CGI yang mana semua watak-watak dongeng Melayu boleh meloncat-loncat, ceritanya fasal dua budak yang tersesat dalam alam tu). Kalau itu dapat aku layan, aku akan tonton filem itu secara "satu lapisan" iaitu lapisan yang paling-paling penting dalam mana-mana filem bila orang menonton, iaitu faktor "tarikan". Penonton biasa panggil "hiburan", penonton lain pula "X Factor", ada yang panggil "babak lucah", ada pula "bogel-bogel", atau "power" atau "berhantu", dan ada pula puak yang memanggilnya "tak bosan" (ni mazhab Dr. Yusseri Yussoff) atau "engaging" (dalam bahasa buku: readable). Tarikan ini sebenarnya nafsu paling rendah korang untuk buat korang boleh "stim", "stay tune" atau "bantai" dan paling teruk, "mengamuk" pada filem tu.

Setiap orang, kriteria "tarikan" mereka lain, tetapi hal ini selalu atau asasnya berkait dengan ruang dan masa. Kadang-kadang ada orang yang boleh terhibur tonton ruang dan masa yang panjang (yeap, fasal tu ada Tsai Ming Liang dan Ho Yuhang), dan ada pula yang akan melalak marah bila menonton aksi statik awal dalam Humanite. Dalam "tarikan" aku, yang paling-paling penting ialah bagaimana pengarah membuat aku "percaya" pada karyanya, ini lagi kompleks sebab ruang dan masa ini berkait dengan segala yang ada dalam babak itu (ini dipanggil orang mis en scene) yang diikat untuk terikat pula dengan babak-babak sebelumnya dan selepasnya (dan kadang-kala melangkau hal-hal lain seperti rujukan genre, mencari isi cult dan lain-lain, tetapi hal ini berlaku secara spontan dan susah hendak berlaku selalu). Ya, sebuah filem lawak macam Adnan Sempit boleh buat aku jatuh cinta kerana kejayaan garapannya, walaupun betapa mengarut temanya. Dan filem yang tampak besar dan gah pun aku boleh terpinga-pinga jika aku tersesat dalam garapannnya, macam PALOH atau Sayang Salmah. Dan lagi satu, ada pula filem, yang terlalulah pelik dan menariknya, aku mahu menontonnya berkali-kali. Setakat ini, filem Man Laksa Mamat Khalid berjaya mencipta estetika sebegini bagi filem Melayu.

Kenapa aku tulis hal ni berjela-jela dan langsung tak bercakap fasal Estet? Begini, aku sebenarnya mahu sangat "membantu" Estet, kerana aku suka dengan nawaitu Mamat Khalid dan penerbitan filem pertamanya ini (bersama isterinya), tetapi aku merasakan betapa "tertipu"nya aku bila menonton filem ini yang gah diperkatakan (1) filem terbaik malam FFM (2) filem hiburan yang dapat diikuti dan dilayan oleh sesiapa.

Secara terus-terang, aku tidak terhibur.

Kalau lihat pada lapisan "tarikan" yang aku kata kat atas, secara cerita, filem ini "dah lepas", malah memang aku SUKA dengan skripnya (rujuk ulasan pendek aku tentang buku skripnya di sini), malah aku merasakan filem ini cukup serba-serbi sebagai alat pengasung 1Malaysia, serta mempunyai nilai-nilai komerisial yang cukup; malah inilah filem paling komersial yang pernah dibikin Mamat (maknanya, tak banyak main simbolisme kerana semuanya disampaikan secara terus).

Tetapi garapannya?

Inilah yang membuat aku menggeleng kepala sambil merasa kecewa. Aku tidak akan menyatakan di sini, apakah hal-hal yang membuatkan filem ini "hancur" garapannya, tetapi jelaslah, seperti awek aku di sebelah menyatakan, "Afasal banyak babak filem ni melewah tak tentu fasal?"

Mungkin persoalan belanja, masa dan tempat akan diberi alasan sekali lagi dan sekali lagi. Bagi aku senang je: kalau ia tak memuaskan, jangan keluarkan!

Tak usahlah aku nak "selidik" beberapa hal "sublime" yang sengaja dimasukkan oleh Mamat, macam kenyataan U-Wei atau gambar Pak Hassan, atau filem Kollywood yang ditayangkan pada awal filem, bila lapisan pertamanya tak lepas.

Serius, aku ingin menolong Mamat dalam hal ini kerana bakti dan kejujurannya. Tetapi aku merasakan filem pertamanya telah membina sebuah istana yang banyak tiang yang rosak, sepertimana Mamat sendiri sudah nyatakan dalam filem Man Laksanya berkenaan "rumah tak siap pahat berbunyi". Kekuatan yang kita jumpa, hanyalah Shashi Tharan (yang sememangnya patut memenangi Pelakon Lelaki Harapan Terbaik), beberapa babak CGI bola, dan babak mak nyah dengan semangat sukannya.

Yang lain-lainnya? Dinasti Mamat tidak dapat bermula dengan Estet.

17 comments:

Paan Ovrtd said...

Fadz, adakah filem ni sebuah 'meh' juga pada hujungnya?

Kadang-kadang rasa berdosa menyalahkan penerbit dan pengarah bila penonton sendiri yang mahukan filem 'biasa-biasa'(macam kawan aku yang melambung-lambung memuji Adnan Sempit).

Hell, peduliklah sama orang punya taste.

Hmm... Mamat Khalid. Pendapat ikhlas aku, dia sebenarnya tak dapat nak 'pegang' satu2 pelakon yang dia rasa boleh 'jual'.

fadz said...

Paan, hang dah tgk ke Adnan Sempit?

well, this film def doesnt do it for me, aku IRKED sepanjang filem ni berlangsung.. maybe dats just me..

sapakah itu pelakon boleh jual? hahaha, ni dah masuk bab mengumpat ni, jom!

Paan Ovrtd said...

Hahahaha! Dah tengok. Hantu movie, mana boleh terlepas movie2 kat cinema. Cuma wayang tempat aku ni slowpoke. Inception tak tayang2 kat sini. Cilaka betul.

IRKED? Hoh! Payah ni... Mamat, Mamat... apa yang kau dah buat...

Pelakon boleh jual... hmm... I like Khairiah. Jadi jahat pun dia boleh. Awal Ashaari pun not bad kalau asah lebih lagi. What say you?

fadz said...

eh, aku suka Adnan Sempit sial!

hahahaha...

ko tak tgk Inception lagi.. rugilah kalau macam tu.. biar aku buat ko lagi cemburu: wei, ko tak tgk inception lagiii?

Estet, entahlah, mungkin ada org suka kot, aku ni payah nak puas bila hal2 asas dah buat longgar, serius, aku susah nak suka..

so sape pelakon wanita boleh jual tu?????

aku suka Khairiah jugak.. Awal jantan aku x pedulik, hahaha, ok, Awal ok, semua ok sebenarnya, tapi tgk masa, skrip, pengarah yg mengarah mereka..

aku suka Julia Evans, sowie!!

Bainun Waheeda said...

fadz kena berebut dengan vovin la kalau nak dapatkan juliana evans. hik3

Paan Ovrtd said...

Setan. Hahaha! Bakar line plak dia.

Eh, sape cakap aku tak suka Adnan Sempit? Aku suka. Cuma aku jadi sarkastik bila kawan2 aku melambung2 sangat complimentsnya. Takde la impact apa sangat pun pada aku. Lain la Adnan tu watak dia betul2 anarki macam V. LOL!

Tak semua ok la Fadz. Aku rasa 'tune takut' kebanyakan pelakon kita ni masih tebal. Contoh macam Zaibo. Dalam Halimah Jongang (versi drama) dia nampak teragak2 nak luahkan watak kampung. Tapi pada Os ok je. Menjadi je watak atuk Halimah tu.

Bukan Sepet said...

Kerana aku menggunakan google reader, makanya aku tau title entri ko ni sebelum ko tukar! haha. kantoi!

Tapi, aku setuju. (Title entri lama atau yg baru.) Aku suka bang mamat. Sama. Kejujurannya & jiwanya. Cuma sayang estet tak buat aku gembira macam Man Laksa...

(Phew... ingatkan aku sorang!)

Fetxplorophonic said...

kadang-kadang view khalayak ramai lagi berguna kan?

fadz said...

Bai, erk, aku tahu Vovin akan menang sebab aku dah malas main lumba2 dah, aku nak kawen..

Paan, hahahaha, noted, tapi yeah, setuju, itulah tahap filem Melayu sekarang (kalau tahun ni, Adnan Sempit jadi std antara yg terbaik).. Ahh, i see.. aku rasa pengarah pun jadi faktor, suruh Zaibo berlakon macam tu.. kadang2 pengarah pun perlu juga bro untuk uruskan fokus pelakon..

fadz said...

hahaha, KANTOI siot!! B.Sepet, ari tu aku mencongak2 utk tulis, dan ada beberapa individu mcm tak suka kalau aku "bantai" Estet.. tapi aku rasa, aku bertanggungjawab utk menyatakan apa yg aku rasa...

Fetx, yeap, suara khalayak sgt penting agar pembikin sedar mereka buat emas atau tahi.

Anonymous said...

fadz, thank you for an honest review. Kekadang perasan yang industri perfileman ni memang kronisme. Kalau director tu kawan2 atau kononnya "arty", tak boleh kritik langsung, padahal filemnya ya rabbi! tak best gila dan takde kualiti langsung. Tak ramai yang berani kritik these so-called A list directors. Salut, bro. Berani kerana benar.

fadz said...

anon, macam kenal je suara ni.. hehehehehe

[ a D D y h A I K A L ] said...

wa baru tgk semalam..
hampa dengan cgi..

lawaknya agak menarik..
wa suka gaya sofijikan tapi x suka bila dia timbang bola cgi..
sungguh tahi rasanya..

lawak bom pun agak kelakar..
cuma wa rasa lebih cantik kalo nak tunjuk satu malaysianya tu dengan meletakkan cina sebagai pekedai menggantikan arumugam..

mungkin aru boleh belakon tapi kawen ngan ahso yang cun macam aci tu..
bila aru bercakap cakap slang cina..
sebab jadik anak angkat cina satu ketika dahulu..
haha..
permintaan wa yang ngarut..

kesah cinta yang dibawa oleh farid ngan geeta langsung wa x dapat feel..
dan cemburu farid pun x sampai dan xde kesudahan..

wa lebih suka gaya rosyam yang dari bandar dan kereknya..
itu yang paling berkesan wa rasa..

fadz said...

wah, bagus Addy.. suka jugak ko dgn Rosyam eh..

AminLirikLagu said...

Yeah! Saya pun suda menonton estet dgn harapan yg mungkin agak tinggi agar karya abg Mamat Khalid ini boleh wat sy utk menonton pilemnya lagi di pawagam. Namun kesannya sy agak kecewa dalam beberapa aspek. Idea utk filem ni mungkin bagus tp bila diterjemahkan ke layar nmpk cam ada lobang d sana sini.

Saya ada beberapa perkara utk kata filem ini:-

-Watak yg dilakonkan Sofijikan agak menarek tp kenapa X bnyk dipertonjolkan...?dan X paham last sekali dia balik ngan keluarga dan tidak ditahan atas perlakuan ganasnya terhadap pemain lawan dengan menoreh perut mereka.....
-Lakonan dan dialog2 David Alleycats kelakar gak....X mengecewakan.Adakah ini lakonan pertama beliau ? okey per....
-Gaya watak poyo yg dilakonkan abg Rosyam Nor juga menghiburkan...hahaha....lu memnag best bro.
-Ye...feel cinta antr Farid dan Geeta X marila....So sad...:(

Mintak maafla abg Mamat...len kali sy X ke panggung....tunggu je vcd kuar...rs cam rugi je...huhu....

Namun sy tetap minat drama abg Cik Kiah Ke sukan Komanwel.....akan ingat smpi bila2.....

[ a D D y h A I K A L ] said...

cik kiah tu bukan arahan along kamaludin ke?

Anonymous said...

fadzz..aku nak tggu apokalips la..kalo ngarot gak cam estes.. last harapan aku..zombie kilang biskot!
oh..lupa hantu kak limah balik ke rumah.