11 December 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah(2010): Zomba yang Memikat

"Kak Limah dah jadi zomba!"- Hussein


Aku adalah kumpulan penonton yang amat menolak Zombi Kampung Pisang apabila ia mula ditayangkan pada beberapa tahun dahulu. Bila sekuelnya dikatakan diteruskan oleh Mamat Khalid, aku skeptikal. Semalam aku menonton filem ini dalam pawagam yang penuh. Aku memaafkan Mamat Khalid selepas menonton filem ini.


Yang bagusnya, walaupun filem ini meneruskan watak dan latar watak yang sama daripada filem terdahulu, kau tidak akan tersesat kerana filem ini boleh berdiri dengan sendiri, malah memberi pemaknaan baharu dan pengisian yang baik dengan filem terdahulu.


Dalam hal makna sahaja, filem ini mempunyai tanda-tanda subtle yang cukup memikat, khusus terhadap hal kenegaraan, sosial dan politik Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu. Aku tidak mahu bergerak ke arah itu kerana aku percaya, ramai pengkritik akan mengupas hal-hal itu. Aku lebih tertarik melihat filem ini sebagai filem, dan sebagai filem, ianya penuh dengan gags dan homaj yang amat menggelikan hati, turut menyoal para penonton, "Jadi, begini anda mahu terhibur?"


Persoalan itu mungkin sahaja diagak pesimis, tetapi tak. Nawaitu filem ini sememangnya untuk berhibur. Perlu ingat, Mamat sedang dalam perjalanannya memahami kultur dan keinginan penonton Melayu (dan ini menyedihkan, etnik lain masih menolak menonton filem buatan kita). Apa yang Mamat sedar (sedari Zombi Kampung Pisang lagi) bahawa genre komedi dan seram merupakan genre yang secara tidak sengajanya disukai oleh para penonton kita (aku kata tidak sedar kerana kita belum lagi berjaya membikin filem bergenre jenayah, sejarah, biografi, adaptasi yang benar-benar ikonik). Maka itulah yang Mamat berikan dalam filem ini.


Ada beberapa sisi yang aku suka dengan kritikan sosial Mamat, khusus kepada budaya penontonan dan cara karya kita dihidangkan kepada massa. Kita tonton secara sedar drama di TV tentang "zombi" yang amat memualkan. Ini diperkaitkan dengan pemahaman TV sebagai "dumb box". Kita juga mendengar Hussein menyatakan "Tak tengok Akademi Fantasia ke Kak Limah?" kepada "Kak Limah". Secara menarik, Mamat menyatakan bagaimana pengisian kandungan TV kita telah "memperlekehkan" intelektual masyarakat, dan secara "menyindir" dibikin oleh orang kita juga! Hal pasif masyarakat "yang menerima sahaja" apa yang keluar dari "dumb box" itu terpampang dalam komuniti mereka, apabila mereka senang "terpengaruh" dengan satu atau dua tokoh yang menyerlah. Di sinilah kita dapat teliti bagaimana Mamat menunjukkan satu-satu massa kampung "mengikut kata" tanpa membuat telahan atau takulan dahulu berkenaan satu-satu hal (paling nyata di sini, hal Kak Limah), malah lebih senang terpedaya dengan "cerita-cerita" (ini kritikan Mamat terhadap kepercayaan masyarakat terhadap cerita dalam Internet) walaupun ia ditokok tambah.


Malah secara menarik, cerita dan budaya luar menjadi "pengaruh pertama" bagi masyarakat Melayu pascamerdeka. Kita diperlihatkan bagaimana budaya Kampung Pisang yang suka menggunakan istilah Inggeris (yang kadang-kala salah), menyanyi lagu luar (ada Latin dan Inggeris!), lebih mengenali NANG NAK daripada hantu kita, dan pelbagai lagi "anasir luar". Aku suka dengan sebuah babak yang aku rasa disengaja tampak "palsu" oleh Mamat, iaitu babak Sofi Jikan sebagai bomoh menyatakan dia ke Mesir melawan mumi. Jika penonton boleh kaitkan, mereka akan tersedar akan "pembohongan" yang dilakukan oleh pembikin filem Indonesia yang memberi kita cerita-cerita latar Mesir "yang menipu" (filem Ketika Cinta Bertasbih mempunyai bulan CGI yang amat menipu), tetapi penipuan yang dilakukan ini diterima dengan baik oleh masyarakat kita (kerana selalu menganggap, yang dari luar semuanya bagus). Di sinilah Mamat menyindir masyarakat kita yang double standard, terkena betul-betul dengan batang hidung kita, syabas Mamat!


Ada beberapa detik yang ikonik dan kultus dalam filem ini yang aku puas digarap dan diadakan oleh Mamat dengan indah sekali. Malah semua babak "sindiran" Mamat ini dibikin secara selamba maka penonton tidak akan menyedari diri mereka sedang "dicuit". Lihat sahaja babak nyanyian "Solei" antara Usop dan Ali, ianya amat ikonik dan terlalu sesuai berada di tengah-tengah filem ini (inilah masa Mamat meminta kita menenangkan kepala). Malah babak MTV muzikal yang tiba-tiba antara Hussein dan Cik Nin juga merupakan babak muzik "yang perlu" termuat. Selalunya penonton akan "cringe" bila babak-babak lagu sebegini wujud (to kill time kata mereka). Tetapi Mamat mengambil rujukan homaj filem-filem Melayu lama yang penuh dengan babak sebegini pada tempat, ruang dan masa yang amat tepat. Bagi aku, kesemua babak yang ada dalam filem ini terletak elok pada tempatnya.


Satu lagi penambahbaikan yang dibuat oleh Mamat yang meninggikan prestasi filem ini adalah dengan bulatnya, Mamat mengenali dan mengolah para wataknya dalam bentuk massa yang terjaga dan penuh vibrant. Jika kita tonton Zombi Kampung Pisang, kita akan menyedari chaos massa dan cara tangkapan massa terlalu berpecah dan tidak seimbang. Di sini, Mamat berjaya menentukan setiap watak dan peranan serta fungsinya dalam satu-satu babak, dan kesinambungannya kepada babak lain. Rujuk sahaja babak waktu malam apabila penduduk kampung bergerak ke rumah Kak Limah, atau babak-babak di warung, atau babak di balai, kesemua watak disusun dan diletakkan pada tempatnya yang betul. Felinisque karnival (ensemble cast) Mamat sudah sempurna, malah berjaya mencipta identiti dan acuan Mamat tersendiri, malah inilah filem yang paling sempurna dalam memaparkan ensemble castnya.


Aku juga amat kagum dengan runut bunyi filem ini (juga dibikin oleh Mamat dan seorang kawan) yang begitu terjaga, rasa seram dan sesuai mengikut cerita, ia tidak terlalu slapstik bunyinya dan tidak terlalu hingar, orang kata, just nice untuk atmosfera filem ini.


Filem ini merupakan filem yang baik dan antara filem Malaysia yang seronok tahun ini. Filem ini terus meletakkan Mamat di suatu tempat yang boleh memahami nuansa masyarakatnya dan mengetuk serebral mereka, tetapi masih boleh terus menghiburkan mereka.

Nota: Analisis Hanael yang menarik tentang filem ini.


14 comments:

[ a D D y h A I K A L ] said...

wa suka masa babak kat kedai kopi waktu bercerita memilih pemimpin..

wa gelak sorang2 dalam panggung..

hafiz syafiq said...

adeh mintak copy ye....memang lawak...totally loghat perak..sampey ngonjen pon ade..mmg pekat cakap kualenye...

Hanael Borhan said...

Poin awal kita seakan sama apabila mula merebiu filem ini... aku suka filem ini cuma aku rasa pace komedinya tidak setepat seperti Man Laksa, mungkin disebabkan suntingan dan diganggu dengan bunyi diegetik yang tak kena di beberapa tempat... Namun, Keseluruhannya, filem ini A bagi aku...

Percaya atau tidak, filem ini lebih dirasa kelakar apabila kali kedua menontonnya.

Anonymous said...

Kak Limah best betulllll1!!

SA said...

rugi kalau korang tak tengok!

Abang Ben said...

nak kena tengok ni!

alien said...

yeh
banyak perkara yg mamat selitkan
lawak dia bukan lawak kosong
hehehe

j0j0_bdiN@ said...

ce cite, ce cite..
haha...

aku rasa macam kurang pada lontaran suara para pelakon..
masa 12 panggung gelak, tak boleh dengar suara pelakon yang bercakap..

fadz said...

bidin, makna kau, 12 org je ke dlm panggung?

haha, aku ingat aku sorang je, sebab aku tahu aku pekak sikit, jadi aku asyik tanya kawan aku kat sebelah, "dia cakap apa, aku tak dgr".. tapi mmg riuh ah satu pawagam, gila, menggelikan dalam pelbagai lapis intelektual penonton, itu yg aku angkat topi kat bro Mamat.

chenin said...

abang ni serius sangat lah. tapi i like.

fadz said...

chenin, tq lah! haha..

Fariz_89 said...

Kawan2 Rilek ok….
d’sini aku nk share link tuk cite yg korang mnat sgt tu…

Mempersembahkan HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH


PART 1 : http://adf.ly/RHwk
PART 2 : http://adf.ly/RHxG
PART 3 : http://adf.ly/RHyb
PART 4 : http://adf.ly/RHzm
PART 5 : http://adf.ly/RI0M
PART 6 : http://adf.ly/RI1L
PART 7 : http://adf.ly/RI20

FORMAT RMVB

PROVIDE BY MEDIAFIRE.com

Zul's Stuff said...

Kepada Sesiapa Yang Nak Download Movie Ni..Jemputla ke link ni..Xde Watermark..Kualiti Tip Top!!!

http://zulmovie.blogspot.com/2011/02/hantu-kak-limah-balik-rumah-2010-ppv.html

Sharing Is Caring Right!!!

fadz said...

hahaha, iyolah, trimas kerana berkongsi!