13 December 2010

Jika Apakolips Berlaku ...

Aku rasa, Mamat Khalid tak main-main bila dia nak bikin filem Apokalips. Apokalips (atau apocalypse, novel aku pun kita guna tema tu lah, post-apocalypse) menyatakan dunia serba kehancuran dan kerosakan. Alegori itu menyatakan sifat udara pembikinan filem sekarang.

Di industri TV sahaja, aku dengar daripada seorang kawan yang bekerja dalam industri, bagaimana pendeknya masa bikinan dan ciputnya kos perbelanjaan bagi sesebuah drama siri (sekarang kau faham tak kenapa kita tak ada ongkos pengarahan seni yang profesional atau setaraf luar?), jauh sekalilah sang penulis skrip hendak dapatkan royalti daripada siaran ulangan sebuah dramanya. Jadi terhasillah drama-drama cukup makan (rujuklah Tower 13 yang bagi aku, kandungan ceritanya tahap gaban buka mata tapi garapan seni dan tekniknya kurang memuaskan) dan cukup muat (asal siap boleh) yang terpaksa dibikin atas kerana kerahan orang atas (orang stesen TV).

Takkan korang nak tengok drama yang gerak tang tu, tang tu jugak? Tak nak berevolusi? Takkan korang dah jadi macam "dumb box" atau nama rasminya, televisyen yang pasif sedap kena isi macam bayi menghisap susu ibunya? Oh, aku lupa, korang memang gila TV kan? Apa taknya, di sebuah rumah kayu nak tergolek di tengah kampung Terengganu pun, ada piring ASTRO, ya, RM1000 gaji kau lebih baik bayar untuk SIARAN tak sampai 20 di Astro daripada kau beli sebuah BUKU yang harganya kurang daripada sewa langganan Astro sebulan.

Baru-baru ini suatu kepolosan yang sedang berlaku, tetapi baik Mat London, Fuad Onah, dan mana-mana ketua persatuan, juga Ketua Pengarah FINAS tak bersuara bila Kerajaan melupuskan rebat cukai hiburan 20% yang diberikan kepada pembikin filem kita sebelum ini. Apakah pihak yang bertanggungjawab tidak meneliti dahulu sebelum memutuskan hal ini? Serius, sudahlah nama FINAS tercela sejak akhir-akhir ini, dari kontroversi FFM hingga kemandulan FINAS dalam melakar satu strategi menaikkan nama industri, dan kali ini, seperti yang dinyatakan oleh Anwardi Jamil, nampaknya FINAS dan Kerajaan sengaja men"trigger" satu semboyan supaya industri kita yang baharu hendak membangun secara ekonomi (dan ini belum bercerita tentang kandungan!) sudah dicantas!

Berapakah pembayaran balik kepada Kerajaan (yang dahulunya dikecualikan) jika contohnya sebuah produser filem menayangkan filem pada tahun itu? Akhir ini, kebanyakan filem perdana, belanja pembikinan filem menelan secara purata RM1.5 juta (zaman sudah lain, ini bukan era 90-an lagi!) Bayangkan titik pulang modal sekarang, bukan lagi kutipan bersih RM 1 juta yang kita ingat (ingat zaman filem Fenomena berjaya capai titik satu juta pada 1990, betapa gembiranya kita zaman tu, ingat tak?) dapat menampung kembali kos membikin filem tersebut. Cuba selidik kebanyakan filem perdana yang ditayangkan. Sekurang-kurangnya, filem yang mencapai RM2.5 juta bolehlah mendapat pulangan bersih yang BOLEH MENERUSKAN pembikinan filem oleh satu-satu syarikat. Sekarang, kira berapa filem Malaysia yang melebihi titik RM2.5 juta untuk 2010? Kalau tak silap aku, hanya ada enam filem sahaja daripada 20 filem lebih yang ditayangkan(!) yang boleh MENGHIRUP NAFAS LEGA. 14 yang lain?

Patutlah Mamat Khalid buat Apokalips. Sekarang baru aku faham.

Memang, kini ada golongan pembikin dan pengikut filem bebas (indie) yang aku turut serta meraikan (malah bagi aku, filem-filem mereka lebih mencabar dan menyeronokkan dari segi kandungan), malah tayangan filem MASKARA Shorties, majlis tayangan filem secara kecil di universiti-universiti sudah mula berkembang bagai cendawan. Ini satu hirupan udara segar yang amat memikat sedang berlaku, yang memaparkan suara berani dan benar anak-anak muda terhadap coretan lanskap dunia sekarang serta industrinya. Tetapi bukankah baik, malah aku percaya, ramai anak muda yang ingin cross over ke dunia perdana atau sekurangnya filem mereka dapat ditayangkan kepada umum, Ridhwan usah membangkang dalam hal ini, kerana rakan-rakan persatuan filem anak muda, pembikin filem indie dan pelajar filem yang aku lepak di Indonesia memang mahu melihat filem mereka dikenali oleh satu dunia kalau boleh (inilah azam anak muda orang Indonesia, lihat!), malah sememangnya SEDANG BERLAKU pun dengan arus pertama dengan Riri Riza, Rudi Soedjarwo, Nia Dinata, Rizal Montivani dan beberapa lagi yang bermula sebagai pembikin filem bebas dan pelajar filem. Kini lihatlah filem-filem anak muda Indonesia yang berleluasa memberi saingan terhadap golongan tua/veteran, baik dalam aliran bebas serta perdana.

Bayangkan, jika anak-anak muda yang mula memberi warna terhadap jalur indah komuniti indie ditahan untuk menyampaikan kreativiti mereka kerana kerisauan penerbit filem (sudah tentu mereka risau bereksperimen, lantas menggerakkan formula yang sama dan mengulanginya, tidak mahu berubah). Lihat sahajalah dengan filem Dayang (yang menjadi Lembing Awang Pulang ke Dayang) yang hendak digerakkan oleh seorang anak muda tetapi kerana ketidaksanggupan penerbit untuk melayan permintaan perbelanjaannya, lantas ditukar dan kita dapatlah pengolahan seorang pengarah tua yang reput kreativitinya dan reputlah lagi hasil kerjanya. Jadi bayangkan jika pelupusan rebat tersebut berlaku, akan jauhlah lagi anak-anak muda dipanggil oleh Grand Brilliance atau Tayangan Unggul untuk membikin filem kerana kepastian mereka dicurigai dan nafas mereka sudah ditutup oleh Kerajaan.

Tidakkah FINAS mahu membuat sesuatu? Oh ya, aku terlupa, FINAS kini mungkin sedang sibuk menyediakan majlis selamat tinggal mereka kepada Ketua Pengarah FINAS yang akan berakhir kontrak Disember ini. Lalu mulalah politiking berlaku. Aku jumpa semalam di Mingguan Malaysia apabila Siti Jarum (aku tahu siapa engkau Siti!) menyatakan pendiriannya terhadap anak-anak FINAS sendiri untuk menerajui FINAS.

Aku nak tanya juga Siti ni yang nampaknya menulis bukan secara jujur tetapi mempunyai agenda, serius Siti, kau KENAL betul ke dengan orang-orang FINAS dan cara kerja mereka serta betapa TERIKUTnya mereka dengan BIROKRASI? (nota: mana-mana negara luar, mereka tahu industri kreativiti tidak boleh diurus dengan birokrasi, jika itu berlaku, hancur luluhlah industri tersebut. Rujuk bagaimana negara seperti Thailand yang dulunya hampir-hampir hancur industri filemnya tetapi naik mendadak kerana tiada sangat campur tangan Kerajaan dan agensi, rujuk juga Korea Selatan yang mana pengaruh persatuan filemnya amat kuat dan membuat kerja untuk orang seninya [Kalau di Korea Selatan hal macam ni berlaku, anak-anak seni dah mula berpiket depan pejabat Putrajaya atau FINAS, mogok seni], sehingga filemnya terus gah melawan jiran-jirannya!) Mungkin Siti yang berkahwin (ya, Siti sudah berkahwin) dengan seorang sasterawan ingatkan FINAS ini seperti DBP. Tak Siti, memang DBP itu sesuailah jika Ketua Pengarahnya dari kalangan orang Dewan sendiri sebab DBP sendiri ialah PENERBIT BUKU. Tetapi fungsi FINAS lebih kompleks dalam MELINDUNGI dan MEMBANTU berapa puluh penerbit filem seluruh Malaysia, adakah dengan cara A-Z ikut buku orang FINAS boleh melihat satu strategi baharu membangunkan industri SETELAH REBAT CUKAI HIBURAN PUN DAH DITARIK?

Bagaimana mahu selesaikan masalah kekosongan jawatan ini? Tuan Rais Yatim yang menjadi Godfather industri ini setakat ini perlulah bijak meneliti mainan politiking yang berlaku antara orang-orang kuat filem sekarang, rujuk kronologi satu-satu perkara yang berlaku dan lihat kenapa segolongan orang merasa dengki berlumat dendam terhadap beberapa tokoh, siapa yang tampak MENJUAL LEBIH karya mereka untuk kepentingan diri dalam kerusi empuk nan baldu yang mereka duduk, serta mereka yang betul-betul mahu membuat sesuatu untuk industri filem kita. Teliti kembali kenapa orang tu bersuara macam tu dan apakah agenda yang mereka pikul (apakah mereka cuba membawa ke hadapan sebuah filem untuk diluluskan) dan bagaimana pula orang yang betul-betul melihat filem yang ada potensi untuk difilemkan.

Sememangnya, SUARA SEBENAR yang mengenal sakit dan keluh-kesah industri filem kita (sepertimana yang berlaku di Korea, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara) ialah pembikin filem kita sendiri. Merekalah yang merasai sakitnya bila rebat itu dilupuskan (adakah Mat London terasa, ohh ya, Kantoi pun dah kantoi), mereka yang terasa bila apa-apa dasar dan perintah atas ditelunjukkan terhadap mereka, mereka yang merasa patah bila penonton kurang menyambut filem Malaysia. Jadi, jika benar-benar Rais mahu jadi perwira dalam industri ini, seeloknya Rais dengarlah rintihan pembikin filem yang BERMAIN dalam pencak gelanggangnya dan bukan di tepi gelanggangnya sahaja, para penerbit filem dan pengarah filem secara majoriti dan usah risau dan takut dengan suara-suara sekumpulan bukan majoriti yang mendendangkan suara lain dalam hal industri filem. Cuba Rais tanya, tanya Mamat, tanya Aziz, tanya Rohani, tanya Afdlin, tanya Adman, tanya Hatta, tanya Gayatri, tanya Suhaimi, tanya Yusof, tanya Norman, tanya Rahim, tanya Hafsham, tanya Amir, tanya David, tanya pengarah filem muda, siapa yang mereka lihat layak dan perlu mengisi kerusi pemimpin FINAS.

Rais hanya ada 2 minggu sahaja lagi, sebelum apokalips 2012 benar-benar berlaku dan sudah tidak ada masa lagi untuk berpusing membantu industri ini bernafas semula seperti sedia kala.

15 comments:

Paan Ovrtd said...

Damn you fadz...aku rasa sebak baca entri ni. Damn you...

"Jadi bayangkan jika pelupusan rebat tersebut berlaku, akan jauhlah lagi anak-anak muda dipanggil oleh Grand Brilliance atau Tayangan Unggul untuk membikin filem kerana kepastian mereka dicurigai dan nafas mereka sudah ditutup oleh Kerajaan."

Damn you...

Pet Shop Boys said...

satu tulisan yang baik! penuh semangat dan menyegarkan.

fadz said...

Paan, aku rasa maca suka pulak ko sahut "Damn u", aku ingat AddamsFamly, "Damn u Addams!!" kata jirannya..

damn!

pet, trimas, tpai hal ni makin merumut dan tak patut dibiarkan terlepas oleh org2 yg berkepentingan.

Anonymous said...

Apabila rebat ini ditarik, akan terbuka luas ruang monopoli dalam perniagaan filem oleh hanya beberapa produksi yang gah dan kukuh...

yang mempunyai wang back up untuk marketing dan promotion...Kos untuk promosi dan pemasaran ini lah yang biasanya produser kecil ini kantoi...lihat apa jadi dengan Estet Naga VSX, filem ini aku percaya gagal adalah kerana promosinya gagal! kos promosi boleh cecah 500-700k.

Metrowealth tidak akan hadapi masalah ini, GB bersandar dengan promosi di rangkaian TV mereka.

oleh itu, Metrowealth dan GB misalnya, mereka tidak akan tercuit. malahan prospek monopoli itu lebih menggiurkan.membunuh persaingan adalah falsafah kapitalis yang jadi pegangan.

produksi yang baru ingin bermula akan kaput.Pengkarya muda akan melutut ke kaki produksi besar ini untuk berkarya.(Skim 10 pengarah muda sebanarnya tidak ubah seperti kontrak syaitan!)

Juga, bukan tidak pernah terjadi, produksi-produksi besar ini menelan keringat darah kreativiti produksi kecil dengan membeli usaha mereka,ianya semudah ' lu ada duit ka nak bikin promotion, kalau tak ada, kasi sama gua lah, untung nanti kita half-half'...

so, akan ada orang yang untung jika rebat ini ditarik...

Vitamin said...

:)

Nur Benang said...

think positive! tindakan kerajaan mesti ada kebaikannya...
lgpun drp guna rebat tu utk hasilkan film,alangkah eloknya beri pd kerajaan utk disalurkan kpd mrk yg lebih memerlukan...
just my 2 cent.

fadz said...

Nur Benang, aku nak menuduh boleh? ko mesti org kerajaan kan.. tapi aku nak tanya satu perkara, masa hal ni dibuat (pelupusan) org POWER TO BE ada tak pusing dan mohon pendapat pembikin filem, seluruhnya (dan bukan segelintir)? Haha, pelik yg ko kata ada kebaikan, sebab James Lee dalam KLeu pun meluahkan keresahan bagaimana filem tempatan bukan bahasa Melayu boleh didiskriminasi tidak diberi rebat ni, takkan pembikin filem bahasa Melayu melihat benda ni ada kelebihan.. hahah,konspirasi!!

jefri sempurna said...

:)

Anonymous said...

Nur Benang, orang yang bikin filem memerlukan rebat tu la biol!

Anonymous said...

berilah berapa keluasan sekali pun buat lantai, dinding dan siling birokrasi itu, sesungguhnya ia tidak memungkinkan dan usah sesekali bermimpi untuk menjadi apa-apa. Kerana sejarah telah membuktikan mereka tidak upaya untuk membikin apa-apa.

ikhlas
Penchinta Ruang Gelap

PS- Bila kau sebut Siti baru aku teringat lama dulu patut la dia puji cerpen tu mengunung hingga mencecah langit.

Korok Lu said...

Baguslah benda begini dihapuskan. Selamat sikit malayisa daripada filem-filem sampah.

fadz said...

Korok, hang biaq betul!! Ha ha.. cuba baca apa yg ditulis oleh Anon kat atas.. tapi mengikut sumber yg aku dapat, David dan Ahmad Fuad pun tgh menggeleng kepala dan risau sekarang tau!

Nazim Masnawi said...

Nur Benang, tak ada kebaikan. Ini adalah penarikan. The government just being their usual asshole.

Anonymous said...

Eh Nazim, you people la yang buat sibuk dengan ini industri. Ini industri doesn't concern you, kenapa nak sibuk-sibuk? Tak faham, pergi main jauh-jauh lah.

-saksi sinar-

Anonymous said...

Saksi Sinar kenape ko gampang dan suwey sangat?

Kita kat sini semua pergi ke panggung la, beli tiket, ruangkan masa yang tak ternilai walau film tak ada nilai. Ini semua kerana filem bikinan anak pribumi. Kita tak masuk free la.

-ray witness-