24 December 2011

Reaksi Pemuda PAS Terhadap Tapis Kendiri

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak lagi akan menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada pengarah dan penerbit filem.

Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan DPPWP, Fadhil Osman(gambar) berkata pihaknya melihat keputusan itu amat tidak wajar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai perlanggaran dalam disiplin filem di negara ini khususnya membabitkan adegan-adegan yang tidak wajar menjadi tontotan umum.

Katanya, DPPWP menganggap keputusan ini amat membahayakan terutama kepada industri perfileman negara memandangkan kuasa menapis sesebuah filem diserahkan sepenuhnya kepada pengarah dan penerbit filem.

Sudah tentu, katanya filem itu akan ditapis mengikut selera dan citarasa pengarah atau penerbit.

Beliau menambah, penerbit atau pengarah pula akan melihat kepada kehendak dan citarasa penonton semasa bukan mengikut hukum agama.

“Isu moraliti dalam filem akan dipandang remeh dan boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu oleh mereka yang berkepentingan.

“Keputusan ini juga boleh menyebabkan industri pefileman negara berkecamuk dan boleh mengundang pelbagai kemarahan orang ramai,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi mereka, ujarnya keuntungan adalah keutamaan dengan mengikut pasaran semasa tanpa mengerti persoalan hala dan haram sesuatu filem yang ditayangkan.

Bagi DPPWP, katanya LPF perlu melihat kepada suasana dan permasalahan dalam masyarakat hari ini khususnya terhadap anak-anak muda.

Dengan peningkatan gejala sosial yang semakin parah, kata beliau apakah LPF mahu menambah lagi masalah sosial dalam negara ini hasil daripada penayangan filem yang tidak tertapis.

Beliau berkata, DPPWP bimbang pengaruh filem akan menyebabkan keruntuhan akhlak remaja yang lebih serius sebagaimana yang berlaku kepada masyarakat di negara Barat.

“Kawalan atau tapisan yang dilakukan oleh LPF selama ini boleh meyakinkan untuk sesebuah filem ditonton oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, meskipun tidaklah sempurna, setidak-tidaknya, tidak ada adegan yang terlepas pandang serta prinsip akauntabiliti akan dipertanggungjawabkan terhadap pihak terlibat dalam menerbitkan sesebuah filem.

“Dengan ini barulah industri filem di negara ini mampu berkembang dengan sihat dan baik,” katanya.

Justeru, tambah beliau DPPWP mendesak LPF agar menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem pada tahun depan.

Katanya, LPF perlu melihat maslahat umum dengan melihat kesan daripada keputusan itu kepada masyarakat terutama generasi muda hari ini dan masa depan negara.
(sumber daripada HarakahDaileynet)

nota fadz: Apa kata korang? Reaksi ni ke hadapan atau ke belakang?

22 December 2011

Satu Kemajuan: Tiada Tapisan Filem Mulai 2012


PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.

nota fadz: semacam ada suatu nafas baharu yang dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan LPF berhubung dengan persoalan penapisan ini yang sudah lama diperjuangkan oleh anak industri kita sejak kita melebar tayangan pasca Merdeka. Aku masih boleh ingat bagaimana Zain Mahmood yang menulis dan menerbitkan filem Fantasi patah hati dan meninggal dunia kerana sangat kecewa dengan "pengharaman" filem fantasi yang julung-julung kali dibikin pada 90-an. Zaman itu adalah zaman Tun Mahathir membenci segala "khurafat" yang dikatakan wujud dalam filem-filem sebegitu (atas itu aku menulis rencana penting ini). Malah pemikir fundementalis juga turut memperakuinya. Aku masih boleh ingat waktu itu, di belakang kereta seorang pelakon wanita 90-an, membaca risalah LPF apa yang boleh dan tidak dibolehkan. Zaman itu merupakan zaman di mana hantu keluar kubur, filem seram serius, dan pelbagai lagi "kerosakan" tidak boleh ditayangkan. Tetapi bayangkanlah, zaman itu juga sekumpulan mak nyah telah membuat nama (rujuk Mat Gelap dan filem-filem Os), lesbian berleluasa dan U-Wei menyampaikan imej seks Melayu tanpa perlu imej-imej berahi.

Yang paling aku bersyukur adalah maksud aku untuk memasukkan keterangan, seperti yang dimaklumkan dalam rencana di atas termakbul. Kali ini, LPF akan memberi keterangan hal-hal yang tidak munasabah dan dikira melampau (jangan fikir tentang diri kita sahaja, memang wujud masyarakat yang konservatif, sepertimana di Amerika Utara pun) yang aku rasakan lebih rasional dan matang bagi penonton "berfikir sendiri" untuk membuat pilihan menonton (ini termasuk filem dari luar). Kini, sesebuah filem itu boleh "dirasai" sesempurna, sepertimana yang diingini oleh pembikin. Dengan meletakkan tanggungjawab itu terhadap pembikin tempatan kita merupakan hujah terbaik bagi pembikin sekarang "berdebar" dengan reaksi para penonton dan apa yang mereka mahukan. Kini, kebebasan ekspresi yang terkawal dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Dengan hal ini juga, aku berharap bahawa pembikin filem kita tidak pula meniti jalan industri filem Indonesia kini yang mencampur adukkan genre seram dan seks untuk menjual filem, filem-filem jamban yang tidak bermutu hanya kerana menjual "sensasi", tetapi memberi sejujur-jujur filem dengan isu-isu sesuai dengan estetika filem. Imran Hassan telah melakukannya. Aku harap biar dia sahaja (lihat semua filem yang ditulisnya semuanya flop, ini satu petanda kita tidak perlu filem yang diperjuangkannya) yang menulis 2Alam, Abuya dan Datin Ghairah.

Aku merasakan, sekurang-kurangnya kini kita sama taraf dengan Singapura, malah lebih baik daripada Thailand (di sana, filem masih ditapis seperti yang dikenakan terhadap filem-filem Apichatpong Weerasethakul). Pergerakan ini baru bermula dan aku harap sangat, pembikin filem kita tidak mengf***ed up nya.

19 December 2011

Songlap(2011): Cerita Tamat Kalau Ad Tengok "Uh-uh" Mak Dia

"Kota, kalau malam takde bintang"
-Razak

Ok, aku tonton filem ini dua kali sebelum boleh mengulas, hanya kerana ingin melalui satu pengalaman sinema yang jarang-jarang aku dapat rasa dalam sebuah filem Melayu. Aku risau juga kalau impak atau perasaan yang aku rasa mula-mula itu "menipu" lantas aku tonton sekali lagi. Hal sebegini, membuang duit aku semata-mata untung syarikat perfileman disebabkan aku melihat sebuah filem yang punya "cinematic feel" yang perlu aku lawati sekali lagi, hal ini jarang-jarang berlaku dan aku buat, hanya beberapa filem, termasuk beberapa filem Hollywood yang aku buat begini.

Filem ini adalah antaranya.

Filem ini dibuka dengan sikap "jauh melihat dalam" (long take), yep, kita, penonton, seakan "memerhati dari jauh". Kita sebenarnya sekali lagi dibawa masuk dalam suatu "realiti" visceral seperti mana yang ada dalam ... Dalam Botol. Kita merupakan "si pemerhati" yang mana memahami ini bukan filem "hiburan semata-mata" tetapi refleksi kebenaran hidup. Perhatikan betul-betul, mengapa latar bawah jambatan ini diambil. Pertama, kita lihat Ad (Syafie Naswip) dari belakang (atau memang mula-mula kita tidak tahu siapa dan mengapa dia di situ, membawa persoalan, sekali gus, memahami imej ini negatif) yang mendekati dua pasangan yang "gundah". Kemudian "pekerjaan memberi bayi haram" itu berlangsung.

Sedikit demi sedikit, kita nampak wajah Ad yang "kosong" melakukan kerjanya, memberi surat beranak (palsu) dan menerima habuan. Soalan: berapa kali dia melakukan kerja ini? Sanggup dia? Di sini, kita menemui satu lagi klu buat mereka yang ingin "menelaah" mengapa Eizlan dan Lisdawati di situ. Mereka memakai baju kelabu (sepertimana jambatan: penanda mereka tiada kena mengena dengan dunia Ad dan apa yang Ad akan tempuhi), dan kelihatan sungguh gembira bila mendapat "bayi". Cerita mereka berhenti di situ. Titik. Mereka adalah penonton dan segala jenis filem hiburan, cerekarama dan Metrowealth yang kita tonton (rujuk bagaimana tidak naturalnya dialog mereka, dan cara mereka yang canggung dan sangat keterasing daripada segala seterusnya filem ini). Titik. Ia berhenti di situ. Kita tidak mengikut mereka tetapi mengikut jejak Ad (masih hanya belakangnya). Ad sampai ke abangnya Am (Saheizy Sam) dalam kereta. Barang bertukar tangan, Am bagi duit tapi Ad bengang, pintu kereta ditampar. Kita sedari, dalam misteri, Ad, sedikit demi sedikit mula "membenci" kerjanya, dan di situ, dia mahu "memilih jalan lain".

Hal ini amat-amat menarik bagi aku. Satu perkara, aku sedari, selalunya, dalam nahu filem, apabila watak membelakangi kamera, suatu "sial" akan berlaku, kematian atau perangkap. Dalam filem ini, disengajakan, watak-wataknya membelakangkan kamera. Tetapi semua tempat "dibelakangkan" itu bukan penanda kematian buat mereka, tetapi penanda pilihan di persimpangan (watak akan buat pilihan) buat babak seterusnya atau bermakna "jalan cerita mereka panjang lagi". Hal ini sangat penting. Kita akan dipaparkan dengan beberapa "bahagian" filem ini yang memaparkan wataknya membelakangkan kamera. Banyak kali kita melihat Ad (kerana watak beliau yang paling banyak berkecamuk pilihan untuk membebaskan diri daripada konflik perangkap hidupnya) membelakang kamera, kemudian Ad dan Hawa (Hawa mengambil pilihan mengikut Ad) dan akhirnya(spoiler!:), Am pada akhirnya. Aku menyedari, ramai penonton Melayu yang "bebal" (dan sehingga kini masih berbicara) bagaimana tergantungnya pengakhiran filem ini. Babak akhir Am yang berlari dari belakang itu semacam bicara "habislah mamat ni", tetapi tak, ia penanda paling optimis buat Am, kerana "cerita" adiknya iaitu Ad "sudah selesai". Kamera merapatkan fokusnya kepada Ad, Ad mendepani kamera. Ceritanya sudah selesai (detik ini mengambil semangat filem-filem neo-realisme awal walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku di Kuantan). Syot ini penting. Rujuk Midnight Cowboy. Pengakhiran filem itu dibuat dengan tangkapan "sisi" si pelacur lelaki dengan kawannya yang mati di sebelah, kemudian bas bergerak terus memasuki Florida. Dalam filem itu, ketidaktentuan akhirnya jelas, malah sedu kerana ironi "gol" yang dipaparkan. Dalam filem ini, pengakhirannya jelas optimis. Am mungkin masih tercari-cari pilihan hidupnya, tetapi Ad, sudah dewasa dan matang dan kini mendepani pilihan dan dirinya (mendepani kamera).

Ini sebenarnya sebuah filem yang senang ditonton, tetapi kerana isu yang diutarakan amat menyakitkan, malah dibikin dengan amat gelap, ini yang membuatkan penonton yang terbiasa dengan bumbu formulaik Disney-Hindustan melodrama Melayu (ini termasuk happy ending Ombak Rindu), menonton filem ini semacam mengeluarkan gigi berlubang dari gusi.

Bahkan inilah yang biasanya diagendakan oleh suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, yang pernah membawa sebuah filem remaja angst gelap, Kami. Malah isu yang diperkatakan dalam filem ini juga amat-amat menyakitkan, seperti mana dengan Anak Halal, yang mana persoalan anak gelendengan, pengambilan dadah, anak luar nikah, menjual bayi seludup, sindiket menyeludup wanita, sumbang mahram, pelacuran, dan buang anak. Bagi aku, inilah sepatutnya Anak Halal.

Aku suka kekuatan mereka yang mana, satu-satu babak itu boleh sahaja berlaku "pelbagai perkara" yang perlu ditonton dua kali untuk melihat "ketelitian" ini (rujuk kepelbagaian drama dan detik yang berlaku pada babak-babak tempat judi). Inilah kekuatan yang wujud dalam filem luar dan kini diguna pakai dengan baik dalam filem ini.

Berbalik kepada jambatan itu tadi, anda akan memahami hal "kecil" ini apabila menyedari mengapa Ad tiba-tiba marah (protes terhadap abangnya secara diam) selepas melakukan hal itu (kita faham di sini, Ad sudah serik berada di bawah jambatan itu). Dan sebab itu, "jambatan" itulah juga (yang berkemungkinan menjadi tempat mainan Ad dan Am masa kecil) menjadi tempat "terakhir" Ad mendepani Am (rujuk perubahan kata nama yang dipanggil oleh Ad terhadap abangnya). Hal-hal subtle sebeginilah yang melantun aku untuk menutup mata dan merasa betapa indahnya filem ini.

Bagi aku, babak Hawa (Sara Ali) yang dirogol oleh ayahnya lalu mengandung anak luar nikah adalah cerita yang paling berkesan dan emosional. Kita dititipkan hal ini satu per satu dengan paparan klu dialog dan imej sahaja. Apabila adik Hawa, Razak menyatakan kepada Ad berkenaan "Hawa macam kakak yang tak pernah ada", kita faham bahawa Hawa "selalu lari dari rumah". Mengapa? Klunya jelas, kerana Hawa "dinafsui" oleh ayahnya sendiri (Abdullah Omar). Kini, Hawa "disimpan" kerana mengandung. Kita akan menyedari lagi satu kesakitan yang paling menakutkan, ayah Hawa "tidak mahu" anak itu dan menyedari akan "membuangnya". Di sinilah mengapa Hawa perlu mendepani ayahnya (dan dia tidak suka mendepani hakikat) dan bertanya "Siapa anak ni ayah?"

Dengan cerita Hawa menyoal ayahnya, di sini ikatan yang turut disiarkan indah iaitu Ad dan ibunya seorang pelacur (Norma Damanhuri). Inilah kesengajaan dua pengarah ini menonjolkan bagaimana dunia kemiskinan dan penzinaan memecahkan "kasih-sayang" dengan suatu penelitian yang bukan senang. Kaitan terkuat ialah Ad apabila bertemu dengan ibunya, ibunya "tidak kenal" anaknya lantas sanggup memberi tubuh untuk anaknya main. Di sini perkaitan Ad untuk perlu bersama Hawa (kerana Hawa juga mencari ketenangan dalam segala kegilaan ini). Dan sebab itulah, Ad, yang melihat ibunya dari jauh, dan masih "berjauhan" walaupun bercakap dengan ibunya, memekik, "Ini akulah, ini aku!"

Menyedari siapa diri adalah maksud pertama filem ini. Dari titik itu, kita bertemu dengan satu lagi makna kemanusiaan filem ini, kekeluargaan. Inilah yang "diberikan" oleh dua pengarah ini (makna yang sama wujud dalam Anak Halal, penciptaan sebuah "keluarga baru" daripada keruntuhan keluarga biologi) apabila watak-wataknya menyedari siapa diri mereka sebenarnya dan yang mereka benar-benar mahukan daripada "hidup". Oleh sebab inilah aku menyatakan mengapa Ad pada akhirnya menjadi "matang" mendepani hidup (dia duduk tenang, tidak berganjak lagi, walaupun separuh dirinya hancur kerana kata-kata abangnya), sedang Am masih tercari-cari" makna sebenar untuk hidup di kota (dia memikirkan, duit adalah segalanya). Maka tersonglaplah jiwanya, inilah yang lebih menyakitkan daripada duitnya dikebas.

Lakonan dalam filem ini memberangsangkan. Semuanya aku suka malah Sarah Ali mengejutkan. Dia diam tetapi penuh memahami perwatakannya. Saheizy Sam mempunyai watak yang menarik, seorang "fallen fool" yang tidak menyedari kebenaran di depan mata, malah wataknya mempunyai "depth" yang menarik dan tidak pernah dibikinnya. Tetapi filem ini kepunyaan Syafie Naswip bagi aku. Dia mengangkat sakit, tuli, marah dan sayang Ad dengan suatu emosi minimalis yang amat-amat menakutkan tetapi turut menunjukkan vunerability. Babaknya dengan ibunya merupakan babak-babak paling terkesan dengan mood yang sungguh Wong Kar Wai. Para pelakon lain turut menunjukkan kehebatan walaupun watak sampingan, Abdullah Omar, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi dan Norma Damanhuri.

Aku menyukai runut bunyi filem ini. Suntingan juga sangat ligat dan sinematografinya indah, walaupun ada beberapa yang sedikit bercelaru dari segi teknikal. Babak cemas kereta berkejaran juga dibuat dengan baik. Filem ini kenal apa ertinya membikin sebuah filem yang baik, dan sememangnya pun, antara filem terbaik Malaysia tahun ini.

nota fadz: Pengarah 80-an hebat Nasir Jani turut mengambil peranan cameo, sila lihat bahagian mana.

trivia: (spoiler) Jika anda sedari, Ad menukar beg duit abangnya dengan kertas, Soalan: adakah benar-benar Ad menyonglap kesemua duit abangnya? Hal ini menarik untuk diperdebatkan, melihat kepada tahap kemanusiaan yang anda dapat lihat terhadap watak Ad.

klasifikasi: 18, dan sepatutnya kerana mengandungi babak dialog lucah, tema seks, keganasan dan adegan darah yang sederhana, pembunuhan haiwan, dan adegan melancap yang samar.

12 December 2011

Dua Filem Hari Hak Asasi



The Stoning of Soraya M(2008)

Filem Amerika ini sama tujuannya dengan telefilem Not Without My Daughter(1991) yang dilakonkan oleh Sally Field iaitu mengambil perspektif kritikal terhadap negara fundamental Islam, pendek kata, negara Islam itu negara tidak bertamadun.

Aku tidak akan melihat filem ini secara politik agama, kerana hal itu tidak akan melancarkan pemahaman filem ini, tetapi aku akan menerangkan filem ini sebagai filem.

Filem ini, sepenuhnya, ialah sebuah filem seram yang disalin dengan realisme hak asasi wanita, padang pasir, dan unsur Hollywood sebagai gerakan "menyenangkan penontonan" buat khalayak biasa. Strukturnya amat mengikuti sebuah filem seram: ia bercakap tentang "ketakutan" dan ketakutan ini "benar-benar berlaku". Kenapa aku kata genre "seram"? Kerana filem ini, peliknya, dengan berkesan (dan kadang-kadang tampak sikap propogandanya) mewarnakan beberapa watak yang kita sedia tahu adalah "syaitan" (hantu) filem ini, dan seperti mengikut tradisi Lovecraft, setiap "kehadiran jahat untuk muncul", perlu ada pengorbanan. Watak yang dimangsakan dalam filem ini adalah wanita, khusus Soraya M (lakonan Mozhan Marno). Apa yang menguatkan unsur keseramannya ialah, setiap watak jahat filem ini tidak diberikan dimensi manusia mereka yang "lemah" atau kenapa mereka "manusia" tetapi memilih melakukan suatu hal yang paling menyeramkan dalam sejarah kemanusiaan (sebenarnya, keterangan dalam buku yang diadaptasi, daripada kisah sebenar, lebih teliti dan bermakna, malah menyatakan dengan justifikasi watak-watak tersebut, aku baru tahu berkenaan Mullah yang dipenjarakan kerana kes pedofilia hanya apabila diterangkan oleh Shannon Shah, hal ini hanya dipapar dalam filem ini secara subteks yang lemah), membunuh. Mereka seakan Freddy Krueger ataupun Jason tanpa dimensi perwatakan, topeng atau senjata, malah senjata sebenar mereka adalah "kuasa patriaki", "salah guna agama", dan "suara seorang lelaki". Mainan inilah yang dimainkan oleh mereka untuk mendapat apa yang mereka inginkan: darah seorang dara!

jeng jeng jeng!

Aku syorkan kepada pihak BN dan UMNO, jika kalian hendak mainkan isu PAS dalam menyerang aplikasi hudud dalam negara kita, inilah senjata kalian supaya ia dipertontonkan, senjata propoganda ini agak kuat sebagai "shock value" dan "torture porn" yang dapat menafikan kebaikan isi-isi perundangan Islam Hudud. Aku serius. Pada satu babak panjang "rejam Soraya", aku berbisik kepada kawan aku di sebelah, "Wah, ini Passion of Christ versi Sisters In Islam!" Yep, (Jim Caviezel pun ada dalam filem ni!) tapi sudah tentu dengan cara pembawaan dan makna agenda yang lain. Aku teringat akan drama siri pop Islami Erma Fatimah yang buat aku muntah, Tahajjud Cinta baru-baru ini di TV3, yang mana turut mengadakan babak "rejam", yang aku rasa, lebih intelektual dan terisi wacananya untuk menyoal hal hak asasi wanita dan hudud serta sikap penguatkuasaan undang-undang yang ekstrem terhadap manusia (babak ini juga berlaku kerana si wanita dan si lelaki dituduh berzina tanpa empat saksi).

Secara menarik, segala kegilaan babak ini dinaik tahap keseramannya apabila si Mullah tiba-tiba memasang kaca mata hitam. Jahil(gelap) dan glamour tidak pernah seironi ini!!

Apa-apa pun, secara teknikal, filem ini berjaya sebagai mempengaruhi kita bahawa kisah benar ini benar-benar berlaku, malah babak akhir Shohreh Aghdashloo melemparkan tangannya ke langit untuk menunjukkan kemenangan adilnya mengisi "crowd pleaser" babak ini yang kita tahu, hanya boleh berlaku dalam filem Hollywood (tapi aku suka babak ini, walaupun nampak palsu).

Ada satu babak yang benar-benar berkesan, dan inilah kenapa filem ini patut ditonton. Mozhan sebagai Soraya memegang tempat ini. Ini adalah apabila kita diberikan "kebenaran" kemanusiaan betapa hodohnya sikap patriaki kampung tersebut (aku boleh bayangkan, wujud di tengah-tengah kota kita juga) yang telah "merosakkan" kedua anak lelaki Soraya. Babak ini sebelum babak rejam Soraya. Soraya di dalam bilik, menunggu "masa hukuman"nya. Dua anak lelakinya datang. Si anak yang seorang bertanya dengan air mata kenapa ibunya perlu mati (ini sasaran sebenar filem ini: adakah maut itu sesuai untuk satu kesalahan yang bersifat peribadi?) sedang abangnya menempelak, "Kau lelaki kau tak patut menangis!", memaparkan penanda si abang yang sudah "diikat konsensus patriaki kampung". Kemudian Mozhan merenung si abang, anak sulungnya, "memohon simpati", di mana si abang menjeling dan merenung tajam ibunya dengan mata benci. Si Mozhan menangis tak tertahan lagi. Inilah "kejatuhannya" yang lebih sakit daripada kematiannya, inilah "hukuman yang lebih kejam" daripada tuduhan para lelaki kampung itu. Pada masa ini sahaja, aku menangis tidak tertahan, kerana tahu, Mozhan sudah "hilang harapan" dan selepas itu hanyalah "pertunjukan" (penanda dengan kehadiran orang-orang sarkas ke tempat rejam tersebut). Inilah saja detik filem ini yang bukan seram dan perlu ditonton dan diperbahaskan.






The Lives of Others
(2006)

Ah, ini satu penemuan yang sangat memuaskan. Dan aku mengaku filem ini benar-benar filem terbaik yang aku tonton tahun ini (dah berapa lama aku terlepas?).

Filemnya berkenaan kumpulan Stasi (kita di sini panggil Special Branch, dikatakan secara fakta, Stasi yang dipaparkan di dalam filem ini agak fiksyen, kerana seorang pegawai Stasi tidak boleh bekerja secara individu seperti dalam filem ini, walaupun berpengalaman dan berpangkat tinggi) zaman Jerman Timur (sewaktu tembok Jermanitu masih utuh) yang, seperti filem Francis Ford Cappola itu, merisik secara diam terhadap "hidup-hidup orang lain", dan di sini, terhadap seorang penulis teater, Georg Dreyman.

Filem ini mempunyai pelbagai-bagai lapisan yang emosional, politikal, membuka, dan memperkatakan tentang bentuk hak bersuara dan hak mengintip ornag lain tanpa kebenaran mereka. Tetapi jauh daripada semua itu adalah suatu yang lebih mencengkam jiwa aku: bagaimana seorang yang mengikuti suatu sistem yang dipercayainya, sedikit demi sedikit menjumpai "perhubungan" yang manusia dan menjadi seorang manusia sehingga menyoal kembali sistem yang dipercayainya.

Semua ini adalah kerana cinta.

Hal filem ini bergerak dengan dua hal yang amat penting: teks dan suara. Inilah dua hal utama yang menggerakkan filem ini. Kita, seperti Weisler (lakonan agung Ulrich Muhe), juga "voyeur" terhadap sekeluruhan struktur filem ini yang "melihat kehidupan orang lain" (juga rujuk filem Alfred Hitchcock itu). Weisler dibiarkan "tanpa warna" (dia memakai baju kelabu dari awal hingga akhir, ini penanda terhadpa prinsip hidupnya dan sistem yang dia pegang: sosialisme) dan duduk diam di dalam satu sudut, "seperti Tuhan", hal yang sama seperti si pengarah dalam Truman Show. Kita menyedari hal ini, secara manipulasi, bahawa Weiner, seperti kita juga mempunyai "impian" (desire). Secara awalnya, impian itu adalah untuk memerangkap Dreyman. Tetapi sedikit demi sedikit, si voyeur (hal ini benar dengan filem Vertigo Hitchcock, sekali lagi) akan memuaskan atau menghendakkan imej "realiti" itu mengikut kehendaknya. Malah, dalam satu garisan halus, kita lihat bagaimana Weisler punya suatu keinginan "homoerotis" terhadap Dreyman dengan cara dia mengambil bukunya dan cara dia bersenggama dengan pelacur, sebaik sahaja mengikuti adegan tersebut yang dilakukan oleh Dreyman dan aweknya.

Lantas di sini, sedikit demi sedikit juga, Weiner yang sepatutnya bekerja untuk Stasi, dan khusus kepada "tuhan" yang lebih besar dari itu (si menteri kebudayaan) akhirnya melanggar alunan natural tersebut dan mula "mengarah" pentas dengan liciknya.

Semua berkenaan filem ini indah. Ruang rumah Dreyman dipaparkan coklat (ini warna untuk hidup, juga kegembiraan, atau seni, inilah warna tai dipakai oleh Dreyman dihadiahkan oleh aweknya) dan terisi, dengan potret-potret besar dan setiap ruang diisi buku. Ruang ini memenuhi perwatakan Dreyman sendiri yang meraikan hidup (babak mainan piano itu berkesan untuk menunjukkan bagaimana rasa dan patinya sampai ke Weiner), yang mana secara berlawanan Weiner terisis dengan ruang hijau mati dan potret kecil, rak yang kosong dan amat teratur. Hal ini akan berubah, kita tahu, apabila, walaupun Weiner, langsung tidak akan berubah dari segi pemakaian, tetapi dia mula melukiskan pelan seni bina pangsapuri Dreyman dalam bilik siasatannya, dan sedikit demi sedikit, kita lihat, ruang gelap dan sempit Weiner berubah luas dan pelbagai perabot mula masuk, dan kadang-kadang terang dan terang.

Warna putih adalah warna tragedi dan mangsa catur kuasa. Kita tahu ini apabila si menteri bermian dengan awek Dreyman, kita lihat cawat putihnya separuh skrin (ini kelakar tetapi menganggu kita betapa kuatnya orang berkuasa). Seterusnya, Dreyman dan aweknya mula memakai "putih", malah pada akhir babak tragedi, Dreyman dan aweknya merangkul dalam keputihan (di sini, kita faham, kekuasaan membawa kepada kesedihan dan, kematian). Inilah paparan "putih" yang kita lihat ada selepas itu pada persembahan teater Dreyman berkenaan aweknya, yang mana putih merupakan pakaian watak utama teater itu, dan membuatkan Dreyman tidak tertahan.

Ada seorang tetamu pada hari itu turut memperkatakan bagaimana filem itu adalah analogi moden terhadap "pengkhianatan Judas" terhadap Jesus, ini terletak kepada awatak si awek dan si Dreyman. Penghidupan semula (ressurection) berlaku terhadap si Dreyman, simbol Jesus moden filem ini, dan pengikutnya yang "paling setia", si Weiner. Apa-apa pun, ini sebuah filem yang perlu ditonton dan diraikan.

25 November 2011

Korang Bodoh Kalau Korang Tak Pegi Tonton: Inilah Baru Filem!



Tayangan Filem sempena Festival Hak Asasi Di Awangan (ini bukan merdekakan seksualiti ya, jangan jadi jumud!)

A LONG, LONG TIME AGO in a galaxy far, far away, there was a planet where the apes have risen up to demand their rights. But somewhere on that planet is a space called Malaysia where the humans are treated like aliens and the aliens treated even worse. In this space, no one can hear you scream. For one week in December, by watching amazing movies and having mindshifting discussions with jedis of human rights, we shall find out how to invade these outer spaces -- news room, schools, wall street, polling booth, court, conscience -- and turn them into human-friendly spaces. Let's boldly go where no human rights have gone before.

HUMAN RIGHTS IN OUTER SPACE
Film Screenings & Discussions
Presented by Sisters in Islam & Centre for Independent Journalism
Mon 5 - Sun 11 Dec, 2011
The Annexe Gallery, KL

ADMISSION FREE!
Entry by registration: Please email cijspace@gmail.com with heading "Outer Space". Give your name, how many you are bringing, and title of film(s).

* * *

SCHEDULE

Mon 5 Dec, 2011, 8pm
Outer Space 1: News Room

NOTHING BUT THE TRUTH
USA, 2008
In this film, a journalist exposes the unjustified basis for her government's act of war against another country. Her report outs a covert intelligence operative, which is a breach of national security. Will she reveal her source or risk going to jail? Sounds familiar? It's not quite Malaysia, but we have an Official Secrets Act, which classifies most public-interest information as official secrets, and journalists are intimidated from reporting truth to power. What are the rights of journalists, their sources and the people? What is at stake when those rights are lost?

Timmy Armstrong: "You're not supposed to tattle."
Rachel Armstrong: "You're not supposed to have to put up with bullies, either."

Panelists:
Shaila Koshy (senior print journalist)
Chen Shaua Fui (online journalist)
Pauline Leong (journalism lecturer)

* * *

Tue 6 Dec, 2011, 8pm
Outer Space 2: School

GIE
Indonesia, 2005
Gie was an Indonesian history student turned political revolutionary in the 60s. He despaired at his country, fought for justice, fell in love, witnessed a massacre, lost friends and fell out of love. Based on the real-life journal of Soe Hok Gie, played by the beautiful Nicholas Saputra, this film examines the role of the young in challenging a dictatorial regime. In Malaysia, there are rumours of the dismantling of the Universities & University Colleges Act. Will Malaysian students be allowed to be national heroes again?

Soe Hok Gie: "The history of the world is one of oppression. The question is, can there be history without oppression or without sadness and betrayal? It's like, when studying history, the only thing we find is betrayal. It is there, in each and every part of our life, and yet we can do nothing about it."

Panelists:
Nicol Paul Miranda (student activist)
Sharaad Kuttan (radio journalist, lecturer)
Hilman Idham (student activist, UKM4)

* * *

Wed 7 Dec, 2011, 8pm
Outer Space 3: Wall Street

INSIDE JOB
USA, 2010
Who were the key players responsible for the 2008 global financial crisis? This Oscar-winning documentary is a damning revelation of how the financial sector takes the world hostage, destroy millions of lives and gets rewarded for it. Implicating everyone from businessmen to politicians to economic academics, this is a portrait of a rogue industry without a conscience. As the Occupy Wall Street movement is happening now, we must ask: what else can the 99 percent of the population, even here in Malaysia, do beside feeling angry and helpless?

Andrew Sheng: "Why should a financial engineer be paid four times to 100 times more than a real engineer? A real engineer build bridges. A financial engineer build dreams. And, you know, when those dreams turn out to be nightmares, other people pay for it."

Panelists:
Charles Santiago (MP for Klang, DAP)
Boon Kia Meng (educator, activist)
Wan Saiful Wan Jan (Chief executive, IDEAS)

* * *

Thu 8 Dec 2011, 8pm
Outer Space 4: Polling Booth

OUR BRAND IS CRISIS
Bolivia, 2005
Beginning with an uprising that overthrew a Bolivian president, this documentary flashes back a year ago to show us how he got into power: with the help of the US political consultants that got Bill Clinton into power. The team even arranged many focus group surveys so the presidential candidate can hear what the people wants. But is he hearing them? Or is this another way to manipulate their wants? Malaysians have gone to the streets over our electoral process, but perhaps we should also pay attention to the problematic nature of electoral campaigns.

Consultant: "We don't have to change the way people perceive the country and the economy. What we have to change is what is at stake in the elections."

Panelists:
Hisham Rais (writer, election consultant)
Tricia Yeoh (economic & policy research adviser)
Ray Langenbach (performance artist, academician)

* * *

Fri 9 Dec 2011, 8pm
Outer Space 5: Court

THE STONING OF SORAYA M [mesti tonton!]
USA/Iran, 2008
In an Iranian village, a husband looking for an easy way to get rid of his wife accuses her of adultery. The burden is upon her to prove her innocence. If she cannot, the sentence is death by stoning. Based on a true story account, the film depicts the stoning in a most horrifying sequence and confronts us with the the guilt of watching and doing nothing about it. When the rights of the innocent are not protected, on whose hands are their blood?

Ebrahim: When a man accuses his wife, she must prove her innocence. That is the law. On the other hand, if a wife accuses her husband, she must prove his guilt. Do you understand?
Zahra: Yes, it's clear, all women are guilty, and all men are innocent. Correct.

Panelists:
Shanon Shah (journalist, SIS associate member)
Nizam Bashir (lawyer)
Nisha (Mak Nyah Programme, PT Foundation).

* * *

Sun 11 Dec 2011, 3pm:
Inner Space: Conscience

THE LIVES OF OTHERS
[mesti tonton! Sebab alfian saat pun berucap, hihi]

Germany, 2006
Winner of 64 international awards, this powerful psychological thriller shows us what it was like in East Germany before the fall of the Berlin wall. In the film, circumstances are forcing both the patriotic playwright who is under surveillance and the Stassi officer spying on him to find their inner conscience. But can their conscience still guide them when it is being controlled? Is the goal of limiting our human rights in the external spaces ultimately an attempt to limit us in the inner space of our minds? How do we resist the control?

Georg Dreyman: "The state office for statistics on Hans-Beimler street counts everything; knows everything: how many pairs of shoes I buy a year: 2.3, how many books I read a year: 3.2 and how many students graduate with perfect marks: 6,347. But there's one statistic that isn't collected there, perhaps because such numbers cause even paper-pushers pain: and that is the suicide rate."

Panelists:
Alfian Sa'at (playwright-activist)
Anne James (actor-activist)
Kee Thuan Chye (actor, playwright, writer)
Yin Shao Loong (political analyst)

* * *

The Annexe Gallery
2nd Floor, Central Market Annexe (Behind Central Market), KL.
www.annexegallery.com


Enquiries: cijmalaysia@gmail.com; 03-4023 0772

http://www.sistersinislam.org.my/

http://cijmalaysia.org/

23 November 2011

Ombak Rindu(2011): Semuanya Kerana Kaki

"Dia sudah banyak stres, berilah masa untuk dia berehat..."
Dialog doktor peribadi memberi nasihat kepada Aaron Aziz, selepas beberapa adegan Maya Karin dijadikan hamba seks Aaron Aziz, whooooa!

Ah, aku mulakan penulisan ini dengan mengatakan, filem ini ialah sebuah filem Osman Ali dan diadaptasi daripada sebuah novel popular. Kenapa aku nyatakan dua hal ini? Ini adalah kerana mengambil rujukan Osman Ali, yang kita sedia tahu, amat-amat meminati novel-novel Melayu, termasuk novel-novel popular. Hal ini sendiri dinyatakan dengan imej dalam telefilem beliau yang sangat terkenal, Toll Gate Girl yang mana kita sedia maklum, watak Amy Mastura itu yang sibuk membaca dan berangan novel popular semasa bekerja di tol.

Dengan nasib yang baik, aku sedikit sebanyak sudah "cuba" membaca novel popular Alaf21 tulisan Fauziah Ashari yang laris 150,000 naskhah ini untuk dijadikan perbandingan terhadap skrip yang disediakan oleh Armantono dan Osman Ali. Kemungkinan (kemungkinan sahaja) persoalan beberapa hal yang diubah oleh Arman dan Osman tidak menyenangkan penulis novelnya serta peminat, khusus kepada penjalinan cinta Izzah (lakonan Maya Karin) dan Huzir (lakonan Aaron Aziz) serta perkembangan watak Izzah yang teguh sebagai wanita solehah yang berkeyakinan dan sabar dengan dugaan. Tetapi tidak mengikut verbatim teks Fauziah ini kemungkinan "tercalar sedikit" jika melihatnya kepada "pengadaptasian sepenuhnya", tetapi aku patut menyatakan kepada peminat ekstremnya serta Fauziah, bahawa Armantono dan Osman sudah melakukan justifikasi yang terbaik malahan "bijak" dalam mengadaptasi novel popular ini.

Sebab utama, ini sebuah NOVEL POPULAR.

Kau bayangkan sahaja: dalam bab pertama novel ini, Pak Taha, pak cik kepada Izzah menyatakan dengan terus-terang kepada Izzah tanpa segan silu:

"Izzah! Aku nak kau kerja di kelab malam tu! Kau dengar tak ni! Sama ada kau suka ataupun tak, kau mesti ikut cakap aku. Pendapatannya lumayan. Kau boleh kaya dengan sekelip mata sahaja." (hlm. 3)

Yang mana Izzah menjawab dengan bendul:

"Tak nak pak cik. Itu tempat maksiat. Izzah... Izzah tak suka. Izzah nak belajar lagi." (hlm. 4)

Duhh!!! Betapa pendirian teksnya pun sudah begitu "tak real" kepada realiti dan persekitaran. Atas sebab itu aku bersetuju dengan tindakan bijak Armantono dan Osman Ali mengubah babak lesu dalam pembukaan novel ini dengan babak-babak melodrama (walaupun tampak klise) yang tersusun, Izzah ditampilkan seorang ustazah muqadam di kampung, kemudian syot Izzah yang kita tahu sebatang kara dan menumpang dengan pak cik dan mak ciknya yang mana mak ciknya (lakonan mengesankan Delimawati walaupun pendek) menghidapi barah, sedang dimandikan Izzah. Lantas pak ciknya memaksa Izzah untuk mengikutnya "kerja di KL" agar Izzah dapat membantu mak ciknya (walaupun ditentang mak ciknya secara emosional). Plot ini sudah terbina kuat. Izzah lantas pergi, dan tanpa diduga, Izzah dibawa masuk sebuah kelab hiburan, lantas dijual kepada seorang bapa ayam, bermulalah kisah lara Izzah...

Dalam novel, kedua-dua mak cik dan pak cik Izzah "orang jahat" yang mana Izzah semacam dipaksakan ke dalam dunia yang dia ketahui kotor (lantas dibaham oleh Hariz). Jalinan plot Fauziah sebenarnya sebuah lagi dunia Cinderella (yang kotor) dengan ibu dan saudara tiri jahatnya dan diselamatkan oleh putera sejati untuk menjadi kaya dan bersih. Hmmmpphh.. Kerana itu aku lebih sanggup menggulati intepretasi sosial Osman Ali yang kelihatan lebih "tertanam di bumi" daripada tulisan Fauziah. Women, his doing you a favour here!

Secara ringkas. Filem ini menghiburkan. Well, what do u expect for a melodrama? A Malaysian melodrama to be exact. Aku boleh bayangkan, ibu-ibu dan kakak-kakak bertudung yang asyik terhayat dengan Tiz, Farah, Fasha, Aaron dan Shah di kaca TV dengan jerit dan rendam air mata akan mendapati filem ini memenuhi tanggungjawab dan fungsi sebuah filem "air mata" (weepies) yang pernah kita ketahui wujud pada suatu hari Esok Jins Samsuddin. Dengan mentalisme abad ke-21 dan teknik penggambaran terkini, filem ini kiranya dapatlah mengangkat sebuah filem kotemporari dengan saduran aksi dan runut klise melodrama yang punya jiwa rengek-tangisan itu, malah aku mengaku, lebih elok daripada plot tak masuk akal Lagenda Budak Setan (oleh produksi yang sama). Ya, sewaktu tayangan pratonton ini, seorang wartawan otai yang bersama aku "mencucuk sindir" filem ini dengan limpahan rujukan Ibu Mertuaku (babak hujan dan kilat, serta, ibu mertua dari neraka, hahaha) , Dia Ibuku (babak kampung aman lawan jahat bandar dan perbandingan orang kaya zalim dan orang miskin tertindas) dan Esok Untuk Siapa? (perkahwinan madu dua wanita berbeza, kaya dan sofistikated dan miskin sopan). Tetapi akhirnya, beliau juga tewas dengan sedu-sedan pada klimaks third act filem ini, sambil menyatakan "it's a well made soap".

Sebagai melihat tanda aras genre melodrama secara keseluruhan, yeap, ia memenuhi tindakan dan fungsinya dalam kotemporari Melayu Malaysia. Tetapi jika aku bandingkan apa yang sudah dilakukan di Indonesia (Di Bawah Lindungan Kaabah) dan Thailand (Love of Siam) dalam genre melodrama, banyak lagi lapisan tanda yang perlu kita tempuhi. Tetapi setakat ini, OKlah, aku gembiran dengan produksi ini.

Ini adalah kerana, sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang aku suka akan filem ini.

Pertama, adalah lakonan. Sila lihat kehebatan Aaron Aziz, Lisa Surihani (bagi aku sangat-sangat berjaya membawa wataknya), Bront Palarae (sangat membawa watak seorang kampung berjiwa), walupun beberapa watak sampingan seperti dibawa oleh Julie Ziegler, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar (ini antara lakonan terbaik Zaidi). Walaupun kita lihat Maya Karin sebagai pelaku utama agak "miscast" sebagai dara kampung kerana keurbanannya, aku memaafkannya atas kerana pernah melihat Deanna Yusof melakukan hal yang sama dalam Selubung dan Ringgit Kassorga (ok, aku sayang gila dengan Deanna, OK?). Hanya ada beberapa watak yang memerlukan "lakonan dalaman" Maya yang mana tidak dapat diyakinkan oleh Maya dalam beberapa babak. Tetapi para pelakon filem inilah yang membuatkan filem ini berbaloi untuk ditonton. (Watak Azizah Mahzan dipaksakan untuk melampau dan ikon ala Darth Vader melodrama, sedikit berlainan dengan perkembangan perwatakan watak lain malah sebagai tempelan kadbod berkuasa tipikal filem-filem melodrama sebegini dan mengambil homaj Ibu Mertuaku.)

Keduanya, ada satu babak yang sungguh meyakinkan, Osman mensengajakan ia tidak berunut bunyi untuk menyatakan "kuasa" babak itu. Ini adalah babak meyakinkan Aaron yang menunjukkan kerinduannya terhadap isterinya Maya di dalam rumah Pak Lah yang sedang buat kenduri doa selamat sebelum pergi Haji. Babak ini antara kekuatan filem ini, memaparkan kekuatan melodrama dan apa yang cuba diketengahkan dalam satu-satu filem sebegini. Beberapa nuansa kecil tetapi membawa lapisan berlaku apabila kita memahami nanti mengapa Pak Lah benar-benar menangis dan terharu. Ini sebuah babak sakti filem ini.

Ketiganya, aku suka dengan Osman yang meletakkan beberapa penanda, yang kita sedia maklum terikat kuat dengan budaya dan agama Melayu - Kaki (secara menariknya, petanda ini juga dimainkan dalam filem yang turut menghujah berkenaan politik dan kuasa pengaruh dalam Abuya). Rujuklah "kaki" dalam filem ini. Kaki dalam Islam mempunyai tanda pelbagai, tempat paling bawah/hina, termasuk antara petanda "bahagian" yang akan bercakap pada masa ditanya oleh Allah apakah si pelaku membawa ke maksiat/ibadat, serta istilah Melayu "syurga itu di bawah telapak kaki ibu - syurga isteri terletak di bawah telapak kaki suami". Tiga watak dibicarakan dalam hal ini mempunyai kaitan ini: Azizah (ibu Aaron) - Aaron (anak Azizah, suami Maya) - Maya (isteri Aaron, menantu Azizah). Kita dipertunjukkan pada awalnya bagaimana Maya dipaksa "sembah" kaki suaminya dalam beberapa babak. Kita menyampah dengan sikap patriaki Aaron mendominan Maya. Tetapi rupanya ini justifikasi dengan sikap Aaron yang mencari "pelepasan psikologi" kerana didominan oleh "ketua tak boleh disanggah" Azizah yang matriach terhadap Aaron. Secara agama pula Aaron "terpaksa ikut taat" kepada ibunya (syurga di bawah tapak kaki ibu). Ini kita sedari dengan kaki ayam Azizah yang berjalan merata rumahnya sedang Aaron banyak berdiri atau duduk bila berpandang mata dengan ibunya. Ini berbeza dengan Aaron yang berjalan bebas dengan kasutnya di vila yang mana Maya dikurung. Simbolisme ini jadi kukuh lagi apabila Maya dipaksakan mengurut "kaki" Aaron berkali, dan khusus satu babak yang mana Maya membuka kasut Aaron (petanda prestij Aaron dan kekurang ajarnya - Melayu tak elok berkasut dalam rumah). Secara "subtle", kita lihat dalam satu babak, Aaron "sudah mula jinak" apabila dia memakai stokin sahaja dan berbaring di sofa. Maya membuka stokin Aaron (petanda taat setia Maya, serta kesanggupannya kepada dominan Aaron yang menandakan kasih sayangnya juga). Ini juga simbolisme kesukaan "seks" Maya terhadap Aaron. Mainan dinamis "tarik-tarik kaki" inilah yang berlaku antara tiga watak, semacam satu mainan politik mendapatkan pengaruh secara prasedar. Ini menarik lagi apabila kita dipaparkan secara awal bagaimana "berkuasa"nya Aaron menguasai bapa ayam beretnik Cina pada awal babak (dominan politik Melayu terhadap etnik lain di Malaysia, walaupun bergelumang dengan maksiat, juga penanda bahawa Aaron menguasai kehebatan seks kepada wanita dan machoismenya). Kemudian, kaitkan hal ini dengan kaki patah Aaron (hah!) pada masa tiga watak ini mula mencapai kemuncak konflik! Ahh, kita tidak boleh lari dengan mengambil konteks feminsime dalam membaca sebuah filem melodrama (kerana filem sebegini dibuat untuk wanita khasnya), dan penanda kaki ini merupakan kata kunci terhadap memahami kuasa dan penguasaan sang wanita terhadap lelaki (lantas mengambil kata Dr. Zulkifli, ini sebuah pascafeminisme yang Islamisme-feminis kemelayuan), bagaimana politik, nuansa dan tindakan yang dilakukan terhadpa wanita untuk mendominasi, atau sekurang-kurangnya berdiri dalam dunia patriaki Islam/Melayu. Sekurang-kurangnya, filem ini menunjukkan hal itu.

Hal inilah yang dibawa dan diangkat oleh Osman Ali. Sebagai sebuah melodrama konvensional, ini sesuatu yang dialu-alukan dan dipuji dalam genre sebegini.

klasifikasi: Walaupun U, ibu bapa perlu khuatir dengan adegan ganas di antara suami yang memukul isteri, ada penampilan "ke arah" adegan seks yang walaupun tidak melampau (rujuk filem-filem melodrama 70-an dan 80-an) tetapi tidak sesuai diikuti oleh kanak-kanak (persoalan zina dan sexual molestation), beberapa adegan wanita tidak bertutup dan berkemban serta adegan Aaron Aziz yang erotis walaupun berbaju.

ps: Aku berharap sangat Osman Ali selepas ini ambil sebuah novel sastera untuk diadaptasikan.



21 November 2011

Mengalu-alukan Pengkritik/Pengulas Filem Blog

Setelah menonton acara merapu dan setahap Razzies Award dari segi pemilihan nominasi, dan beberapa keputusan pemenang semalam di FFM-24, setelah dimohon oleh beberapa orang kuat dalam industri perfileman, aku mencadangkan kawan-kawan, untuk kita beranding bahu melalui dalam talian (tak kuasa aku nak jumpa bersemuka, aku tahu korang pun sibuk ya amat) dan mengundi filem-filem Malaysia yang kita rasakan "baik" daripada haprak yang dipertunjukkan pada malam gala FFM-24.

Aku cadangkan beberapa syarat:

1. Filem yang dipertandingkan bermula dengan Oktober tahun ini sehingga Ogos tahun hadapan (tak susah untuk korang pilih, percayalah)

2. Semua filem Malaysia layak dipertandingkan, termasuk filem "art house" (selalunya ditayangkan di International Screening GSC) dan filem bukan bahasa Melayu (aku percaya, bahasa filem yang sebenar adalah imej dan susunan imej dna suaranya, bukan dialog dan penggunaan bahasanya, tetapi sila rujuk persoalan yang memeningkan: Mengapa filem Hikayat Merong Mahawangsa yang menggunakan 40% bahasa Melayu boleh dapat banyak nominasi, bukankah ini juga memberi peluang untuk Nasi Lemak 2.0 untuk turut layak dipertandingkan dalam kategori utama?)

3. Beberapa kategori utama sahaja dipertandingkan, mengikut kriteria New York Film Critics Circle Awards:
Filem Terbaik Pengarah Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Sinematografi Terbaik Lakon Layar Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelkon Pembantu Wanita Terbaik

4. Pada bulan Ogos tahun hadapan, senarai (oleh peserta kumpulan/majlis ini) akan dimasukkan dalam sebuah kumpulan FB (yang akan dibangunkan), diperbandingkan dan diperdebatkan (jika ada perbezaan tidak apa, hal ini yang akan diperdebatkan), dan senarai pemenang akan disiarkan di blog/laman masing-masing.

5. Aku akan buat sebuah kumpulan FB (mungkin dinamakan: Majlis Pengkritik Kuala Lumpur, atau Majlis Pengkritik Blog Bersatu) yang tertutup, khusus untuk ini. Kriteria sebagai pengkritik/pengulas akan disaring dahulu untuk melihat keaktifan seseorang menonton filem Malaysia dan berapa kritis/analitikal mereka terhadap penontonan sesebuah filem.

Aku syorkan, bagi yang mahu mengikut serta, menurunkan nama FB kalian, serta nama blog pada komen di bawah.

Trimas
Majulah Filem untuk Negara
Filem Kita Wajah Sarwa

fadz-

18 November 2011

Kak Nab Sayang Kak Mi

Assalamualaikum semua,

Dah lama Kak Nab tak masuk, apa taknye, tiap-tiap minggu sekarang ni Kak Nab ke pawagam, sinema Malaysia dah rancak katanya, apa taknye, tiap-tiap minggu mesti ada filem baharu Malaysia, tak kiralah, bahasa Melayu ke, bahasa Cina ke (Cina tu banyak sangat dialeknya), bahasa Tamil ke.. Tapi itulah yang Kak Nab kadang-kadang tak tahan, filem masuk tu satu, tapi filem yang entah apa-apa pun satu hal...

Itulah mungkin kawan Kak Nab yang satu ni, Kak Mi yang meroyan (tapi bertentu fasalnya) baru-baru ni di FFM24. Apa taknye, filem dia yang hangat panas tu, dalam botol, dah kena liwat dek juri-juri FFM yang entah siapa-siapa. Ya Tuhan, kau bayangkan je lah, iyelah Kak Nab ni bukan suka sangat filem-filem dua lelaki berlawan pedang, tapi kalau Kak Nab nak nilai taraf visceral (cewah, hebat tak Kak Nab spekeng Londonns?) dalam botol dengan nenek libas, macam langit dan bumi tarafnya! Abang bangla tepi jalan yang Kak Nab ajak hari tu tonton libas free pun dia lari, kau bayangkan anak-anak oiii!

Jadi, bila Muhyiddin TPM kita tu pun siap dengar Kak Mi kita tu menyalak, "I cant understand, I just cant understand (wahhh, lirik bridge lagu End of the World kau!) this festival! Kelakarlah!" bila pengarah libas menang, Kak Nab bagi standing ovation kepada Kak Mi kita yang berani menunjukkan kepada menteri, kepada rakyat, kepada dunia, betapa busuk dan jijiknya FFM kita yang sudah terlanjur ke lorong durjana setaraf lorong pelacur di Chow Kit. Tapi pelacur tepi jalan pun tahu makna sebenar MARUAH dan KEMALUAN. Korang yang bersongkol dengan persatuan-persatuan filem tu, yang sibuk menjahanamkan festival nasional yang korang ada kepentingan tu, korang ada MARUAH dan KEMALUAN tak?? Aduh. Seksanya jadi orang seni di negara ini yang benar-benar mencari kualiti.. Kalau macam tu, Kak Nab pun nak buatlah filem Harimau Malaya main bola (semalam Kak Nab tengok adik-adik kita lawan Indonesia, Ya Rabbi, macam gula-gula mata je!), takde skrip, tapi CGI hebat, angkat pelakon kuat-kuat, suruh mereka buat dialog sendiri dan berlakon aje, dan tangkaplah macam mana pun!

Ya, Kak Nab amat bersimpati kepada Kak Mi. Tetapi Kak Nab juga berbangga kerana masih ada orang seni yang telus dan jujur dan mahu membawa sinema kita ke arah yang lebih baik. Lantaklah rambut Kak Mi lagi pendek dari Kak Nab, dan pinggul Kak Mi dah hilang allignmentnya, tapi Kak Mi tetap seksi dan berahi apabila mendepani jantan-jantan tak guna malam tu, yang duduk tersengih melihat kejatuhan filem Malaysia di tangan mereka! Jantan-jantan tak guna tu, kalau Kak Nab jadi ketua FINAS, habis Kak Nab tembak dengan senapang gajah sekor-sekor, buat habis boreh rakyat aje!

Buat Kak Mi, bersabarlah, Kak Mi, teruslah berjuang. Maklumlah dunia perfilemn kita ni banyak sangat duri dan ranjang. Banyak sangat orang bersongkol tak tentu hala mengabaikan hasil seni yang sepatutnya. Tetapi Kak Nab percaya, orang seperti Kak Mi lah, dengan perjuangan yang dia cuba bawa, akan diingati oleh anak cucu seterusnya, daripada jantan-jantan tak malu yang tak akan disebut lagi oleh sejarah masa depan. Kak Nab salute dan doakan supaya perjuangan Kak Mi akan lebih dikenali dan dihayati serta supaya Kak Mi panjangkan sikit rambut tu, dah macam nama filem anak Yusof Haslam pulak.

Yang ikhlas
Kak Nab

03 November 2011

Misteri Jalan Lama(2011): Afdlin Ke Alam Fantasi


Genre fantasi ialah genre "susah nak timbul" dalam perfileman Malaysia (dua yang timbul baru-baru ini ialah Magika dan Duyung). Dahulu, kita pernah terkesima dengan kehadiran Fantasi (yang dihancurkan oleh LPF zaman itu, dipanggil Fantasia, sehingga penerbitnya jatuh duka ke ambang maut, ya, ini zaman Dr. Mahathir memerintah) daripada Aziz M. Osman. Sebelum itu ada Tuah oleh Anwardi Jamil (yang ramai suka kategorikan sebagai fiksyen sains secara pelik). Zaman Jalan Ampas pula, ya Tuhan, belambak: Panca Delima, Jula Juli Bintang Tiga, Kipas Hikmat, Bidasari, Indera Bangsawan, dll.

Jadi apabila aku melihat poster filem ini, aku terimbau kenangan menonton Fantasi masa aku kecik-kecik, malah merasakan poster itu juga mengingatkan aku kepada filem Labyrinth.

Plot filem ini tidak susah. Ayah mati, jadi dalam perjalanan, si abang (lakonan Hans Isaac) yang "lari dari rumah" perlu membawa adiknya (lakonan Que Haidar) yang "pelik, suka duduk rumah dan suka sakit" untuk pengebumian ayahnya di kampung. Plot menebal, apabila ayah sebenarnya ada meninggalkan wasiat buat si abang untuk dijalankan, sesuatu tentang adiknya yang sangat didendaminya.

Jeng jeng jeng!

Suatu benda yang aku suka tentang Afdlin ni ialah, dia tidak pernah melupakan perkara yang paling penting dalam filem: manusia-manusianya. Kita menonton filem kerana kita mahu melihat "pengalaman manusia" yang tidak tercapai oleh kita, dan bagaimana watak-watak tersebut menghadapi "drama" dan "pengalaman", walau bagaimana gila pun "pengalaman" itu. Secara dasar, walaupun filem ini menjerumus ke alam "tidak masuh akal", dasar kemanusiaan itu perlu telus, dan ini disampaikan dan dipertuturkan oleh Afdlin dengan baik dan berkembang.

Paling senang, konflik, tragedi dan desakan motivasi drama antara Que Haidar dan Hans Isaac boleh dipercayai (filem ini sebenarnya berfokus terhadap mereka berdua dan lakonan mereka boleh dipuji, khususnya Hans Isaac, tapi secara peribadi, aku rasa Que is just plain weird, tapi itulah yang diperlukan oleh filem ini), dan paling penting, wujud sifat kemanusiaannya. Yeap, ini yang "penting" dalam sesebuah filem "buddy" (filem ini tidak lari daripada subgenre ini: si hero dan sidekicknya, dua sekawan).

Dengan tema ini, timbullah pula tema-tema lain yang menarik. Paling mengujakan, adalah tema terbesar keseluruhan filem ini berkenaan penerimaan "alam lain" dalam kesedaran manusiawi (eat that Dr. M!). Inilah yang dimainkan dalam drama benci-suka adik-beradik Que Haidar dan Hans Isaac. Dalam ketidaksukaan/kehairanan, timbul pertunjukan "fantasisme", ini yang dilalui oleh Que dan Hans sewaktu di alam nyata dan di hutan. Mula-mulanya hal ini dipandang dengan takjub, kadang-kadang takut (ini banyak berlaku terhadap Que), dan membawa kepada konfrontasi diri. Klimaksnya, penerimaan segala ketakjuban dan "suratan maha besar" itu, dan ini membawa kepada penerimaan Que dan Hans sebagai "adik-beradik".

Simbolisme ini menarik bagi aku, permainan dunia alternasi (alternate world) yang sememangnya diinspirasi oleh alam bunian, jiran ghaib kita oleh kepercayaan Nusantara (bukan Melayu sahaja!) Secara sinikal, ia memohon kita mengiyakan kewujudan alam ini, mahu tidak mahu, kita perlu mempercayainya.

Kemudian, ada beberapa imej di dalam filem ini yang mengasosiasikan pemaknaan "kematian". Kita lihat, berkali-kali Que ditangkap membelakang kamera (ini bahasa filem yang menandakan kematian watak), kemudian baju-baju putih (kain kapan dalam budaya Melayu, juga kematian buat Hindu), kemudian bahtera. Ya, akan ada watak yang "mati" di dalam filem ini. Tetapi pemahaman yang lebih subliminal daripada itu adalah penerimaan kita terhadap "alam kematian". Inilah lapisan kedua filem ini, jika wujudnya alam hidup, wujudnya juga alam kematian (yang perlu didepani dan dipercayai). Afdlin sebenarnya seorang agamawan beriman yang pragmatis. Hal ini menarik jika (spoiler!) kita tonton imej kredit akhir filem ini, imej Hans yang berjalan seorang, membelakangi kamera di tengah jalan kosong. Teliti, kita tidak dapat melihat wajah Hans (jika ini dibuat, ia memaparkan kemenangan, atau kelangsungan positif). Ini membawa persoalan yang menyeramkan: apakah pilihan Hans untuk tinggal di alam asal (manusia) membawa lebih padah dan "neraka" terhadapnya? Kita tahu ini apabila ketua samseng Botak (lakonan Namron) seakan mengimplikasikan dia sudah "habis pakai" isteri dan anak Hans. Jadi untuk apa Hans memilih untuk kembali ke alam nyata?

Persoalan-persoalan yang sebegini yang dibiarkan tidak berjawablah yang membuat filem ini menarik. Ada juga beberapa babak "nightmarish" yang seakan diangkat daripada filpen David Lynch (khusus babak orang kampung tonton TV) yang akan mengangkat kening beberapa Lynchian.

Beberapa momen muzik ciptaan Pacai agak menarik. Aku merasakan Helmi Yusof selaku pengarah jurukamera boleh melakukan lebih baik lagi, walaupun percubaannya sederhana dan mencukupi (adegan malam dalam hutan bagi aku tentu akan dibantai. Kalau Ridhwan Saidi pun boleh membantai gelap hutan Seru, inikan pula filem ini). Beberapa adegan aksi, seperti biasa, masih memerlukan bantuan profesional yang lebih padu (kiblatkan ke Thailand, atau Indonesia, kasihanilah Adam Corrie). Tata pakaiannya sederhana untuk filem fantasi (aku teringatkan jika watak-watak filem ini meminjam pakaian-pakaian produksi Excalibur). Lakonan pula, merupakan poin tertinggi filem ini, dengan kemunculan Vanidah Imran, Namron, Liyana Jasmay dan Ahmad Tamimi Siregar. Tetapi sebenarnya, filem ini bergerak dan hidup kerana Hans Isaac. Dia seorang yang mengejutkan, gelap tetapi menyinar, walaupun tidak diberi sifat hero yang tipikal dalam filem fantasi (ahh, persoalan siapa sebenarnya hero, wajar diperbincangkan oleh peminat filem ini nanti, Que atau Hans). Dialah yang meneraju filem ini sampai ke penghujung.

Ada beberapa lubang plot yang tampak. Paling aku tidak suka berlaku pada awal filem. Ini berkenaan dengan babak Que membuka kotak (dengan tidak semena-mena) dan mengeluarkan loket, lalu menjerit dan entah apa-apa lagi. Ia terlalu pelik untuk seorang watak pelik dilakonkan oleh pelakon pelik (babak itu tidak diberikan penanda awal berkenaan babak membuka kotak tersebut). Kemudian ada beberapa yang kurang meyakinkan "seorang peminat filem fantasi". Paling tampak ialah, jika Vanidah yang membawa bayinya berjalan, kenapa membahayakan diri untuk diserang oleh orang Harak lantas menculiknya? Tidak ada pengawal atau dayangkah? Di mana sempadan dunia bunian dan di mana sempadan dunia raksasa (orang kasar)? Mengapa mereka bergaduh? Kerana loket atau anak putera? Tetapi persoalan yang mengelirukan ini sebenarnya aku maafkan kerana satu perkara. Inilah, buat pertama kali dalam hidup aku dalam penontonan filem Malaysia, aku memberikan alasan bahawa filem ini memang memerlukan belanjawan yang lebih tinggi (hal ini aku tidak halakan kepada Hikayat Merong Mahawangsa) daripada yang dibelanjakan. Ya, idea dan semangat Afdlin di dalam filem ini kelihatan "besar" dan boleh didalami lagi, ditambahbaiki lagi latar seninya, penguasaan efeknya, aksi kareografinya, jika wang yang betul-betul berbaloi diberikan untuk menjalankan penggambaran filem ini. Aku dapat lihat hal ini, jelas, terbukti dalam kesungguhan Afdlin dalam filem ini (dengan belanjawan yang kecil untuk sebuah filem fantasi) dan roh yang berjaya dia pancarkan. Jikalah dia mendapat krew sebaik dan sebesar Kull The Conqueror kalau tidak pun (aku tak rujuk pun LOTR!).

Iyelah! Kau bayangkan saja: Que Haidar yang mempertahankan abangnya, Hans, tiba-tiba menjerit lama, dan tiba-tiba, buah durian berpuluh-puluh jatuh menghempap bumi. Bukankah itu sesuatu untuk sinema Melayu?

klasifikasi: Walaupun U, ibu bapa perlu khuatir dengan adegan ganas, ada penampilan darah walaupun tidak melampau, beberapa adegan seram dan adegan ranjang malam pertama walaupun hanya disamarkan.

nota fadz- aku masukkan klasifikasi sebab aku percaya klasifikasi LPF tak boleh pakai sangat, jadi untuk U(Umum) pun, sebenarnya perlu ada kenyataan amaran lain buat pengkhuatiran penonton yang membawa anak-anak kecil menonton filem Malaysia.


28 October 2011

7 Aum Arivu(2011): Sai-Fai Tamil Separa Menjadi


Haha, masa Deepavali ni adalah masa yang terbaik untuk menonton filem Tamil/Hindustan kerana kebanyakan filem yang baik, yang kononnya untuk massa akan ditayangkan pada waktu-waktu terdekat ini. Aku pergi tonton filem ini, di sebelah saudara India aku, tapi pelik, mereka mungkin "tidak suka orang asing", mungkin sikap keterasingan masih menebal, mereka tidak mahu duduk sebelah aku, kiri dan kanan walaupun tempat duduk aku bila beli di komputer, ditayangkan akan dihimpit oleh mereka di kiri dan kanan. Hal inilah yang mengingatkan aku dengan novel Amerika Ridhwan berkenaan jemaah bersama apabila bersama kaum mereka.

Ini sebuah filem menarik, malah bagi aku, walaupun Dasavatharam memperlihatkan sikap epik melampau yang tersusun, dan Endhiran yang terjaga ceritanya, dari segi tema dan pemahaman fiksyen sains, filem ini TIDAK memperbodohkan penonton peminat fiksyen sains kerana ulasan dan garapan sainsnya tertumbuh kuat di bumi rasionalisme (dalam satu babak, si pelajar menyatakan untuk melihat "dewa-dewa lama" ini sebagai saintis, dan bukan bertunjangkan keTuhanan), dan pengkajian serta pengkaedahan sains dalam filem ini lebih dipercayai berbanding dua filem besar tadi.

Yeap. Dalam babak makmal, kita diperlihatkan bagaimana Suriya yang dikatakan waris keturunan Bodhi Darma (pengasas Kung Fu dan Zen Buddhisme!) dicucuk, dimasukkan dalam bekas bendalir, dieksperimen, persis ideal Frankenstein dan mana-mana filem fiksyen sains berkenaan eksperimen terhadap manusia (zaman ini kita diingati dengan X-Men, Spiderman dan Captain America). Eksperimen tersebut nampak "real" dan dirasai kita benar-benar berada dalam sebuah filem sai-fai.

Tema fiksyen sains dalam filem ini berkenaan pengubahsuaian genetik daripada keturunan dan pengaktifan semula memori melalui pengubahsuaian DNA, suatu idea yang kemungkinan Micheal Crichton sendiri akan tulis jika beliau masih hidup lagi. Tetapi "taraf" idea filem itu tidak terperangkap di situ, ianya mempunyai tema yang lebih besar dan menjadi tema mutakhir walaupun di Malaysia: melihat kembali sejarah dan meneliti kehebatan orang lama daripada pencapaian sains dan budaya pembawaan Barat (satu cabang pascakolonialisme?).

Filem ini bergerak dengan idea Bodhi Darma (lakonan Surya) yang hidup pada Dinasti Pallava di Tamil Naidu India, yang mengembara ke tanah besar China untuk mengembangkan ilmu perubatannya (daripada pengetahuan pokok dan tumbuhan sekeliling) dan seni mempertahankan diri (kung fu). Di dalam filem ini, seorang profesor menegur, "suatu perumpamaan peminjaman intelektual ke tanah orang lain yang terawal." (persoalan dalam filem ini, mengapa beliau pergi begitu jauh ke tanah China adalah untuk menahan daripada suatu pandemik daripada merebak ke seluruh dunia). China pada zaman moden (filem ini boleh mengakibatkan rasa kurang senang China kerana terang-terangan memaparkan golongan Asia ini sebagai antagonis yang tidak berhati perut, disimbolkan dari watak satu dimensi Johnny Nguyen sebagai perisik kerajaan China ala Terminator) pula membuat pengisytiharan "perang biologi" terhadap India (dua buah negara ini kian menggegar ekonomi dunia) agar mereka dapat "menawan" ekonomi dan politik India keseluruhannya. Di sini, anak-anak muda Tamil bersatu padu untuk mencegah perbuatan ini berterusan.

Ia tampak menarik, dan aku suka babak-babak awal zaman purba filem ini (yang aku sedari pelakonnya bukan China tetapi pelakon tambahan Vietnam, dan dubbingnya sangat buruk, serta cara percakapan Mandarinnya kurang realistik). Ada beberapa bahagian aksi juga bagus. Tetapi, masalah filem ini adalah penggunaan masanya. Kebanyakan bahagiannya agak meleret, malah konsep "komersial"nya, menjual kisah percintaan Suriya dan Shruti Haasan terlalu mengambil masa (tetapi ini kebiasaan dalam filem Tamil mungkin, untuk mengambil hati massa). Malah aku merasakan skripnya tidak kukuh, dengan beberapa dialog yang tidak menentu. Ada sebuah babak yang sangat lucu-bodoh apabila Suriya dan Shruti masuk ke rumah profesor, lantas memasang SEMUA LAMPU di dalam rumah itu (walaupun ini simbolisme kepada pengetahuan dan penemuan, this action is very silly) walaupun mereka "takut" kehadiran mereka akan "diperhatikan". Dialog yang berlaku selepas memasang lampu ialah: "Oh, besar dan cantiknya rumah profesor ni, bukan macam pensyarah biasa." Aku tergamam. "Pandai"nya pelajar sains itu apabila sebelum masuk "rumah agam" itu lagi kita dah lihat betapa besar rumah itu, dah masuk rumah baru nak cakap macam tu?

Kebodohan-kebodohan beginilah yang berlaku dalam beberapa tempat di dalam filem ini. Beberapa nyanyiannya juga mungkin agak membosankan, memandangkan ramai saja penonton yang keluar ke tandas atau beli makanan di luar sebaik lagu-lagu tersebut berkumandang (bukan seperti filem Rajnikanth yang mana penonton duduk dan seronok mendengar).

Tetapi filem ini turut memuatkan satu momen sinema yang bagi aku bagus untuk sebuah filem sai-fai Tamil. Ini berlaku di dalam babak jalan sesak di tengah Chennai, di mana Suriya dan Shruti dikejar oleh perisik China Johnny Nguyen. Johnny menggunakan tingkat "deria ketujuh"nya untuk menghipnotis orang ramai untuk melanggar dan membunuh Suriya dan Shruti. Dalam satu adegan, dua motor melanting melanggar sisi lori di depan Suriya dan Shruti. Kemudian, orang lalu-lalang, wanita dan lelaki tua jadi gagah dan datang menghentam Suriya. Babak itu menakutkan sekali gus mencengkam, aku teringat kepada filem-filem zombi (di sini, manusia-manusia yang dikawal mindanya ioleh Johnny bergerak seperti zombi). Di sini, dengan segala kemusnahan dan chaos, Murugadoss mendapat pemahaman yang indah. Murugadoss mensengajakan imej ini sebagai imej menyindir masyarakat Tamilnya yang "leka" dan senang dikawal "minda" mereka oleh orang "luar", lantas selalu sahaja tertidur daripada menegakkan apa yang adil dan sepatutnya untuk megaranya. Bagi aku, hanya dengan imej ini, filem yang sedikit celaru ni dimaafkan.

17 October 2011

Raya Tak Jadi...

Ha, ni nak isytiharkan, apa yang korang undi berkenaan hari raya. Kiranya macam 50/50 lah, jadi ada yang setuju dan ada yang tidak tema raya perlu diwujudkan dalam filem Malaysia untuk tayangan setiap hari raya.

Dalam undian:
31% bersetuju tema hari raya diadakan sebagai pengisian tayangan pada hari raya.
32% pula tidak bersetuju, 1% lebih tinggi yang melihat tidak perlunya diadakan tema hari raya.
13% pula melihat, drama raya di TV pun ada memaparkan tema raya yang bagus jadi tidak perlu adanya filem berunsur hari raya. Kiranya, 13% ini boleh dimasukkan serta dengan 32% tadi.
13% lagi, mungkin atas dasar main-main, menonton filem lucah pada hari raya (cheh! Haha)

Kesimpulannya, tak salah nak buat tema raya untuk hari raya, dan tak salah juga untuk tidak membuat tema raya pada hari raya. Hal ini tidaklah mengundang masalah kepada penonton. Buat mereka, apa-apa yang bagus, dan sesuai untuk tontonan keluarga (kerana hanya hari raya penonton datang sekeluarga menonton biasanya) akan dilayan. Maka, pembikin juga mestilah ada rasa tanggungjawab bila "menayang" filem mereka. Aku sangat tidak setuju, contohnya, filem Hantu Bonceng dikatakan sebagai sebuah filem tontonan "seisi keluarga" apabila nilai-nilai di dalamnya jelas hanya sesuai untuk golongan matang. Hal inilahg yang perlu ditelusuri oleh para pembikin dan tidak hanya memikirkan akan keuntungan semata-mata sempena cuti hari raya.

14 October 2011

2 Filem Bertih Jagung: The Three Musketeers(2011) dan The Thing(2011)

The Three Musketeers(2011)

Kadang-kadang kita menonton untuk berhibur. Itu aku tidak dapat sangkal, lagi-lagi jika mahu meninggalkan stres dalam kepala. Filem ini, daripada pengarah (yang aku agak suka sebagai pembawa filem-filem hiburan) Paul W.S. Anderson membawa sebuah filem yang berlapis satu yang menghiburkan. OK, ya, aku agak stres dan tertekan dan filem ini amat membantu. Seronok. Sekurang-kurangnya, dengan penggayaan gajet Sherlock Holmes dan advencer Pirates of the Carribean, filem ini tidak menipu dan berkata jujur bahawa ia adalah alat hiburan semata-mata. Ya, aku mengaku, kadang-kadang, ada juga filem yang aku tonton hanya untuk lepaskan stres, dan ia selalunya bukan filem Micheal Bay, tetapi Anderson, entahlah, sedari Event Horizon, aku tidak pernah merasa benci terhadap pengarah filem ini. Lagipun ada Ray Stevenson, pelakon yang aku gemari dari siri TV HBO Rome, yang memang tidak pernah memberikan aku masalah. Dan filem ini juga seronok dengan maksud "The Five Musketeers" sebenarnya daripada "tiga" (rakyat marhaen pun boleh jadi orang hebat, ini sebelum semua kerabat Raja Peranchis dipotong dengan guillotine). Aku suka dengan filem ni. Macam kartun yang seronok.

The Thing(2011)

Walaupun mungkin filem ini tidak akan dapat menyerupai filem adikarya John Carpenter, ia merupakan sebuah filem "origin" atau prekuel yang menarik. Aku tidak berapa meminati 10 minit awal filem ini kerana mengambil masa yang agak terlalu lama memperkenalkan dan memasuki perwatakan setiap watak, yang tidak pun mengujakan. Kemudian, bila berlakunya "penyerangan" makluk asing paling Lovecraft tersebut dalam dunia fiksyen sains, filem ini bergerak "terlalu laju", malah semacam gaya "sunyi yang menyakitkan" dalam filem John Carpenter itu ditiadakan, perasaan paranoia menjadi minima. Pun begitu, ada dua babak yang membuatnya "diingati", segala yang kita kenal dan lihat, tahu wujud dalam filem John Carpenter, di susun dalam filem ini sebagai "pembuka tirai" filem tersebut. Ya, inilah "masalah terbesar" filem ini apabila kita sudah mengetahui "semua orang yang duduk di kem Norway itu akan mati pun." (maknanya, mahu tak mahu sahaja kau menonton untuk melihat orang mati satu persatu tanpa apa-apa perasaan kasihan) Tetapi, Heijingen sekurang-kurangnya memberi beberapa babak dramatik dalam filem seram dengan latar yang sama yang agak memberi semangat "ngeri" yang sudah lama kita tidak rasakan (walaupun ada satu babak klimaks Alien yang membuat kening aku menyoal, "Perlukah?"). Contoh terbaik wujud dalam babak "ujian darah" yang berlaku, walaupun tidak segertak John Carpenter, sekurang-kurangnya ia mempunyai gerakan menakutkan yang tersendiri. Tetapi kesemua ini dihargai atas satu babak ikonik (spoiler) waktu akhir yang berkaitan dengan heroin filem ini dan si pemandu helikopter. Buat aku, atas sebab babak itu, "kitaran" filem ini sudah cukup untuk memahami betapa "kemahuan hidup"nya makhluk itu (serta melihat sisi vunerablenya). Tentu John Carpenter pun setuju dengan itu, dan menghargainya. Lagu Ennio Morricone yang asal tetap lebih baik daripada versi prekuel ini.

13 October 2011

Two Legged Horse(2008): Seram dan Menghantui Namun Cemerkap


Aku rasa, kemungkinan, ini adalah antara filem seram yang pernah dibikin di Iran. Ya, waktu orang sibuk membantai filem hantu tempatan, tempat syiah yang selalu disanjungi oleh pendidik filem kita rupa-rupanya mengeluarkan filem seram.

Serius, ia amat dekat dengan istilah yang peminat seram sekarang pakai: torture porn.

Ia mengisahkan seorang budak (sangat miskin sampai tinggal dalam lubang cerobong tanah) yang cacat (Ziya Mirza Mohamad) tetapi kuat yang diupah 1 Dolar untuk mengangkat seorang budak kecil (Haron Ahad) yang kudung kaki ke sekolah tiap-tiap hari sewaktu ayahnya tiada (ayahnya perlu membawa anak perempuannya berubat kerana anaknya berjalan seperti haiwan, dengan empat kaki). Ia nampak seperti filem "neo-realisme" tipikal dengan mesej "falsafah tinggi" yang biasa kita tonton, dengan pengakhiran yang tipikal filem Iran. Tetapi tak. Aku amat-amat melopong mulut, filem ini memaparkan, bagaimana dengan sadis(!) seorang budak "kaya" memukul dan mengherdik seorang anak miskin, memperkudakannya, menggunakannya semahu-mahunya, sehingga sampai pada satu tahap, secara metamorfosis, si budak itu menjadi seekor "kuda" dengan masochis sekali.

Ya, ini sebuah filem yang amat menakutkan (dan susah) untuk ditonton. Aku boleh katakan, ada beberapa babak yang amat menghantui, tetapi begitu indah dibuat, ditolong oleh kekuatan dua pelakon kanak-kanak lelaki dalam filem ini (lebih-lebih lagi pelakon yang cacat itu). Malah, ada babak "romantis" yang berkait dengan si cacat (yang mendapat ais krim daripada tuannya) yang menghantar ais krim kepada seorang anak perempuan pengemis yang dia cintai secara senyap. Babak itu memaparkan, dengan perlahan tetapi bersungguh, wajah "terpana" si cacat kepada si gadis yang tidak akan tahu isi hatinya. Berderai air mata aku kerana kekuatan hunamisme babak ini, yang menjadi perbandingan kuat dengan apa yang dia lalui dan diperkudakan oleh tuannya si budak kudung.

Sememangnya, filem ini boleh sahaja diistilahkan sebagai alegori kapitalis yang menjerat, atau kesakitan perbezaan kelas dalam masyarakat Iran (yang kaya selalu memperguna si miskin), atau ketidakupaya orang miskin untuk merasai kemanusiaan. Ia juga mengingatkan dengan apa yang aku sednag lalui dengan membuat buku sekolah sekarang (diperkuda-kudakan oleh orang atasan, termasuk hingga ke menterinya). Kadang-kadang, beberapa babak diulang balik untuk menyatakan metamorfosisi yang perlahan berlaku terhadap budak cacat itu, pendiriannya terhadap dirinya dan fungi dirinya, yang akhirnya ditelan oleh hasutan untuk merasa "hidup elok".

Hanya masalah neo-realisme filem ini adalah, oleh kerana ia realis, ia perlu memaparkan babak yang benar-benar "real". Samira selaku pengarah tidak ada kekuatan untuk memaparkan aksi, walaupun percubaannya baik (contoh babak pergaduhan, babak demi babak dipapar secara potongan dan aksi tidak ditunjuk), ia tidak mendatangkan kekuatan impak sinema secara kuat. Malah ia kelihatan longlai terhadap kekuatan keseluruhan imej filem ini.

Ada beberapa babak yang agak lewah yang disengajakan, juga merundum filem ini sebagai filem yang diikat kuat. Tetapi, untuk menonjolkan, ada jenis "seram realiti" yang tiba-tiba menusuk masuk ke alam "sureal seram Kafkaesque" akhirnya, ia sesuatu yang boleh disanjung keluar dari Iran.