15 January 2011

Khurafat(2010): Hanya Satu Percubaan Dakwah, Macam Biasa

"Apa yang terjadi tadi tu Tok Imam?" - Shamsul Yusof, soalan pertamanya setelah melihat "exorcism" Melayu paling ekstravagansa.

Ada SPOILER besar!

OK, aku setujulah dengan kemenangan Shamsul Yusof merangkul anugerah Pengarah Terbaik, sebab mungkin, anugerah yang dia dapat pada FFM tahun lepas merupakan anugerah yang diberikan terkehadapan untuk filem ini (bijak juga ahli panel FFM ni). Yeap, filem ini lebih tampak ciri-ciri yang punya "mutu", dari segi beberapa teknik dan pemahaman kandungan, malah, Shamsul bolehlah memahami sebuah filem "seram".

Dialog di atas, yang naif, berlaku selepas satu perlakuan mengeluarkan Jin dari badan seorang lelaki (A. Galak) yang membela benda-benda sebagai khadam mereka (aku peliklah orang Melayu, deme ni suka tonton filem macam ni tapi tetap simpan dan buat benda khurafat sebegini, nyatalah filem gagal untuk berdakwah sebenarnya). Babak "halau hantu" itu jelas merupakan babak exorcism yang paling berjaya aku tonton dalam filem Melayu, walaupun, ya, babak terbang-terbang tu (rujuk Mantra) tipikal The Exorcist. Tetapi kiranya, sebagai penggemar filem sebegini, babak ini merupakan babak paling efektif daripada semua Suhaimi Baba, Azhari Zain dan Ahmad Idham yang pernah aku tonton. Ia mengimbau gaya Mario Bava dan Dario Argento yang banyak bermain dengan impakan gaya, gerakan kamera dan susunan dramatik berlagu, malah aku merasakan Bava atau Argento akan membuat penggayaan yang sama jika babak ini jatuh ke tangan mereka.

Malah, ada sebuah babak sewaktu Shamsul di pokok, bersandar, membuakkan semangat Sigourney Weaver dalam Alien3. Imejnya amatlah sama!

OK, Nizam Zakaria jujur menyukai filem ini. Ajami Hashim pun SMS aku setelah habis tonton dan membuat aku pergi menonton filem ini keesokannya.

Dalam filem ini, dengan "pandai"nya, Shamsul menghubungkan ceritanya dengan babak awal "2 Alam" iaitu jenazah diangkat ke kubur. Babak yang samar-samar ini dijawab pada akhirnya apabila ditimbulkan syot Shamsul sudah mati "rupanya". Hal ini jadi "lebih menarik" apabila Shamsul sebenar-benarnya tidak mati (lagi) tetapi dalam keadaan nazak. Persoalan ini menarik: adakah 100 minit yang kita tonton itu sebenarnya imaginasi atau alam mimpi Shamsul untuk dia bertaubat dan menyedari kesalahannya? Adakah Shamsul mengharap "kasihan terakhir" Tuhan maka dengan itu, suatu "imbas kembali panjang" berlaku terhadap Shamsul ala Christmas Carol agar Shamsul menyesal?

Pegangan iman kalian terhadap filem ini jadi kuat, sepertimana Ajami dan Nizam jika kalian menyetujui gaya Shamsul ini, yang bagi aku, agak pandailah dibikin oleh Shamsul. Tetapi pegangan ini juga, aku persoalkan (dan hal inilah ia dimaafkan kerana berlandaskan semua yang berlaku itu mungkin dalam ruang imaginasi Shamsul, not!) dengan persoalan yang amat meragukan, jika Shamsul, yang sudah melakukan hal kurafat itu (ambil sumpah dengan ilmu hitam yang dituntut), kenapa dia menyatakan kepada Tok Imam secara naif terhadap "sebab-akibat" mereka yang mengambil ilmu. Bagi aku, hal krisis inilah dimenangi oleh Ahmad Idham dalam Damping Malam, apabila Amy Mastura digambarkan cuba untuk mematikan ilmu yang diambilnya, tetapi terikat dalam kerisauan apabila bomoh yang memberinya ilmu itu meninggal dunia.

Aku lebih meyakini Shamsul, jika diadakan dalam satu babak solat, yang mana berkaitan dengan babak Shamsul "dibangunkan" dengan hal kekacauan itu (ingat, Shamsul sudah dengar satu dakwah berkenaan memohon bantuan "jin" selain Allah pada awal cerita) dengan kaitan klimaks cerita (imbas kembali di babak hutan). Kalau Shamsul RAJIN SEDIKIT, Shamsul boleh masukkan sebuah babak, di mana, kita lihat, Shamsul di sejadah, baru lepas solat, dan menakup mukanya, berdoa, menangis. Penonton akan menyedari pada detik itu, bahawa Syamsul "sedih" dengan keadaan yang sedang berlaku terhadap isterinya dan dia, dikacau, maka dia solat hajat, memohon Tuhan amat-amat untuk bantuan. Hanya apabila penonton melihat KES SEBENAR tentang Shamsul, baru kita akan FAHAM bahawa Shamsul duduk di sejadah solat taubat, atas kerana MENYESAL dan memohon Tuhan supaya dirinya diampunkan kerana ambil benda kurafat. Hal ini lebih memberi kekuatan dan kesinambungan, menjawab persoalan kenapa Shamsul tidak datang ke Tok Imam (agar membuang ilmu yang dia ambil) yang mana, kita faham di sini, kerana Shamsul SEGAN nak maklum perbuatan mungkarnya kepada Tok Imam dan berfikir, hanya Tuhan yang dapat memaafkan perbuatan terkutuknya, malah babak ini juga menjadi babak "samar" yang pandai mengkaburi mata penonton (penonton ingatkan Shamsul warak dan bersimpati kerana Shamsul yang baik pun dikacau hantu). Tak mungkin Shamsul "slow" sangat untuk memahami bahawa semua yang berlaku itu tiada kaitannya dengannya, betul tak?

Jadi, sebenarnya, filem ini merupakan sebuah mesin efisyen yang cuba menakut-nakutkan penonton, itu tujuan utamanya. Kedua, hal dakwah itu, yang mana, jika kita cedok dan cedok dasarnya, kita akan menjumpai cacat-celanya, seperti di atas.

OKlah, paling penting, filem seram ini tidak bosan, dan memang, aku mengaku, buat pertama kali dalam mana-mana filem seram Melayu sepanjang dekad, filem ini sahaja yang berjaya mengimbau perasaan takut. Yeap, walaupun beberapa hantu Ju-On dan Ringu digunakan untuk menaikkan bulu roma (alah, filem seram Indonesia apatah lagi!), ada beberapa kesan takut yang genuine, yang aku kira Shamsul berjaya mengimpaknya, khusus sewaktu dalam rumah, dalam bilik mayat (tangkapan latar dan keadaannya sangat efektif dalam babak ini) dan babak klimaks di hutan. Sebuah babak efektif untuk memeranjatkan penonton ialah babak Liyana Jasmay, watak isteri solehah Shamsul masuk kereta, yang mana, hantu yang mengikutinya memeranjatkan Liyana dengan cara yang memang tidak dapat aku fikirkan. Ya, aku menjerit buat pertama kali dalam sejarah filem seram Melayu.

Satu lagi yang aku suka akan Shamsul ialah, suntingannya. Sekurang-kurangnya, Shamsul tidak "malas" dan suka kepada syot-syot yang banyak. Kefahaman suntingan ini digunakan dengan baik sekali oleh Shamsul dalam satu babak antara selingan dalam surau dan disko, di mana babak Shamsul mendengar ceramah (berkenaan haramnya menyekutu Tuhan dengan pelakuan ilmu hitam, seperti yang aku nyatakan di atas) kepada babak Sabrina Ali, bekas teman Shamsul yang kemaruk mabuk di disko. Babak ini menarik apabila Shamsul menggunakan pendekatan jukstaposisi terhadap suasana dakwah/bersih ceramah di surau dengan lagu kuat/kotor di disko. Babak ini diperkuatkan lagi dengan sedutan ayat Al-Quran yang membicarakan "suatu yang kotor (Jin/rakan jahat) akan mendampingi kita dan menyusahkan hidup kita" yang berkait dengan Sabrina Ali yang kemarukkan bekasnya, Shamsul. Hal ini menarik, kerana, suatu pengimbauan saka/pendamping berlaku, di mana, pendamping yang bersama tuannya, seakan-akan seorang bekas teman wanita kita yang jahat yang tidak mahu melepaskan kita pergi walau sampai mati. Kaitan Sabrina Ali-Shamsul Yusof-hantu pendamping ini amat menarik dan mengikut konteks dan pemahaman filem ini, bagaimana Shamsul SUSAH untuk melepaskan kedegilan dan kealpaan Sabrina terhadapnya walaupun dia sudah berkahwin, dengan SUSAHnya Shamsul untuk membuang dampingan yang terikat utuh antara Sabrina dan dia (the clinging of women, the clinging of the dark).

Segala yang mulus-mulus di atas tu, alas, dicacat celakan lagi dengan beberapa hal yang biasa wujud dalam filem produksi Skop Production. Lip synching filem ni fail, sampai hari ini, aku tak faham kenapa Skop Production tetap melakukan kesalahan yang sama. Kedua, dialog-dialohnya tipikal Yusof Haslam, menyatakan satu-satu hal dengan tersurat tanpa kias atau mainan fizikal atau psikologikal. Kalau Shamsul tak suka, Shamsul kata tak suka bulat-bulat dalam dialog, kalau Sabrina benci dan rindu, Sabrina benci dan rindu bulat-bulat. That is still, sooo lame walaupun filem ini hanyalah sebuah filem. Dosa ketiga Shamsul ialah, seperti biasa mencuri dan menyunting semula lagu-lagu filem Hollywood dan disusun, dalam filem ini, secara yang amat berkesan. Tetapi tolonglah Shamsul, telinga aku ni kuat dengar kau curi runut bunyi Hans Zimmer, khusus The Last Samurai dan Inception! You bad bad boy!

Serius, Shamsul, lepas ni, tolonglah pegi upah Filharmonik Malaysia untuk buat lagu, OK?

Hal yang seterusnya aku nak maklum, ada satu babak berkenaan masuk rumah/bilik semena-menanya. Aku boleh maafkan babak Shamsul Yusof gi terjah rumah pangsapuri Sabrina yang takde orang, kerana kita faham dari sudut, Shamsul tentu pernah berzina dengan Sabrina sebelum dia berkahwin kerana Shamsul memiliki kunci rumahnya. Tetapi untuk babak Sabrina dna rakannya untuk tiba-tiba terpacak depan rumah Shamsul, aku macam tergamam, helo, takkanlah pintu pagar tu tak berkunci? Kalau ya pun, takkanlah ruang peribadi Shamsul-Liyana dimasuk begitu senang sekali oleh Sabrina tanpa kenyataan logik?

Satu lagi apabila dalam satu babak yang tidak ada kaitan apa langsung, kita diperlihatkan Mariani naik tangga rumah sebuah rumah kampung. Hello? Untuk apa babak ni? Babak "red herring" ni (yang bagi aku lemah tapi tidak mengapa, sebab sebenarnya, Shamsul memerlukan lebih banyak mainan suspens dan mimik muka yang betul untuk menambahkan semangat whodunit yang kecelaruan tak tentu sebab titik garisan tengah filem ini sudah mula memasuki garisan noir yang memerlukan perasaan risau dan tidak menentu ini dipancarkan) sebenarnya tidak memerlukan babak pendek itu, yang sebenarnya sudah jelas apabila Shamsul mencari-cari Mariani di hospital.

Inilah beberapa perkara yang mencacatkan Khurafat.



16 comments:

zulazahari said...

Ooh...ada twist ending yer?? Dengarnya macam menarik, mungkin berbaloi jugak untuk pergi tengok.

Sang Kucing said...

Tak berpeluang lagi nak tonton filem ni. Harap filem seram yang satu ni tak mengecewakan saya lagi.

fadz said...

wah, aku bantai filem ni pun korang nak tgk, bagus lah korang!

Anonymous said...

"Hello? Untuk apa babak ni?"

hahaha....ni blog Tonton Filem ke blog Amy Ikram?

bantai? bukan kau puji ke filem ni?

fadz said...

Anon, ada benda aku puji, tapi aku tak kata filem ni bagus, sebagai genre filem seram dalam pengalaman dan perasaan aku, there.


Hello untuk babak tu sesuai sebagai cubitan lembut aku, sebab ya, ia tetap lewah terduduk di tengah2 filem tu (ada cara lebih baik daripada tonjol Mariani naik tangga ala2 minah Dracula naik castlenya, what gets?)

aku dah bosan dengan benda2 lewah.

tapi mmg, filem ni tak lah seteruk 2 Alam atau mana2 filem selepas tu (beberapa) yang mana (cth, Estet) aku nyatakan dengan ikhalas, selepas ni, kalau filem tu macam celaka, aku tulis aja dalam entri tu:

filem ni celaka.

ya, khurafat tak sampai tahap tu, tapi masih boleh dibaiki lagi..

Hina sangatkah Amy Ikram, btw?

My Name is Mar said...

Saya sangat suka ini blog!
Sangat-sangat suka dan saya telah follow..
Kelakar lah cara encik ulas filem:)
Dan saya suka:)

achik ezam said...

baru tengok malam tadi lepas banyak baca reviews.

ok lah.not that bad.ermm quite good actually.

yang tak ok adalah gelagat penontonya.


motip bawak anak kecik tengok muvi!!haisshhh

zulazahari said...

Saya pun suka juga....hehehe....

chanun said...

nasib baik tk tgk film ni

1001 penawar penyakit said...

Kurang minat filem arahan shamsul yusof. Percubaan dia yang terbaru. Apa2 pon tahniah jugak sebab dia masih boleh menghasilkan filem yang berlainan. Walaupun kualiti filemnya masih boleh dipertikaikan tapi kredit untuk dia.. sebab masih muda. Dia bertuah dapat ceduk pengalaman dalam usia sebegitu.

aDDy haIkAL said...

serius beb,
dialog sangat menggelikan hati wa..
wa datang tengok wayang sebab nak rasa seram yang lu cerita..
ternyata berbaloi..
tapi still x dapat bawak dalam mimpi kot..
wa suka seram part dalam van jenazah..
kesian membe dia tu x pasal2 ikut mati..

Anonymous said...

tiba tiba aku rasakan filem filem terbitan yusof semuanya khurafat dan yang terbaru ini terkeluar dari unsur khurafat sesebuah cinema. Hanya kualiti produksi harap upaya dibaiki di lain kali.

penchinta ruang gelap

Amir Muhammad said...

Mariani ditonjolkan kerana dia merupakan GILF.

Anonymous said...

Amir, byklah kau punya GILF..

Pensel*Patah said...

aku suka filem arahan syamsul ni. dari segi pengarahan dan skripnya agak bagus. adakah korang nak katakan filem "Hantu Kak Limah Balik Kampung" bagus? filem tu tak bagus. filem tu menyeronokkan. enjoy orang putih kata. tp filem "Khurafat" ni, agak bagus dari segi cerita dan kualitinya. syabas kepada syamsul.

kalau nak diikutkan dari segi seram, memang lemah la. ni bukan cerita hantu. ini sebuah cerita. kalau nak diikutkan dialog, syamsul masih baru beb! 3 tahun baru. ini adalah filem dia yang paling kurang dialog. beul x?

fadz said...

haha, pensel, aku suka poin kau..