16 March 2011

Hujan Panas(2011): Filpen Peribadi Indah



Semalam, aku dapat peluang menonton filpen 20 minit terbaru Nadiah Hamzah (pengarah filem Sub Rossa). Aku menyukainya, kisah anak Malaysia Melayu yang meninggalkan tunangnya untuk menyambung belajarnya di New York. Ada tiga baris dalam filem itu yang indah, pertama, "di sini, kau boleh jadi apa-apa yang kau nak jadi", kedua, "semua orang mempunyai rahsia", dan ketiga, "kalau kaududuk di sini, kau takkan boleh keluar lagi."

Nadiah mungkin mengambil idea judul filem ini daripada pantun;

Hujan panas pagi hari,
Ayam putih masuk reban;
Hilang emas boleh dicari,
Hilang kekasih guna teraban.


Ajami menyatakan, filem ini ada penggunaan cerita atau tema yang sama dengan Sub Rossa, yang aku rasa, mana-mana pembikin juga begitu (dan kadang-kala itulah tandatangan mereka). Aku melihat hal yang lain, yang aku suka, paling penting, iaitu rasa dan pengalaman menontonnya. Ini terletak kepada watak Beto Kusyairi sebagai sang Melayu yang baru tiba di kota New York. Aku bayangkan, filem ini meletakkan watak Beto ke dalam sanubari kita, khusus golongan konvensional. Dan kemudian, golongan ini, atas kaki Beto, bergerak dalam latar dan ruang yang kita sedari, biasa diperkatakan oleh U-Wei sebagai "terasing" (dan hal inilah yang digali dan digali semula oleh U-Wei). Pengalaman ini dinaik tarafkan dengan satu lagi interaksi buat kita, perkaitan Bento dengan alam baru itu dalam bentuk seorang wanita Indonesia. Secara kelakar (yang Amir Muhammad bayangkan sebagai ulang semula Hujan Panas si naif P. Ramlee kepada si jahat Siput Serawak), kita diberi "peluang" merasai perasaan Beto mendepani hal-hal yang "calar" akhlak buat kita di sini, tetapi tampak semula jadi di kota seperti New York, dengan satu babak yang aku kira menyeronokkan apabila Beto menerima weed/pot daripada wanita Indonesia itu (babak sebegini tidak boleh dan tidak akan berlaku dalam filem Melayu tanpa adegan hukuman moralis - oleh sebab itu ramai juga penonton pada malam itu mahu "lagi" kerana aku kira, tak puas). Babak ini dan saat inilah, kita, penonton diberikan peluang merasai, sebagai penonton Malaysia, "sedikit keAmerikaan" yang kita impikan selama-lama ini berlaku terhadap kita. Hanya pada kali ini sahaja kita rasakan, enaknya detik ini, dan detik ini tidak salah malah indah untuk dirasai sama. Secara seloroh, Nadiah juga sengaja memaparkan bagaimana kerana melepak dengan wanita itu, Beto terlepas solat Subuh dua kali (sekali waktu hisap weed, satu lagi sewaktu lepas solat Isyak). Akhirnya, walaupun ada perasaan "terlepas" dan "hilang", sebenarnya Beto memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wanita itu, Beto memiliki "kebebasan" dan "pemahaman diri yang lebih nyata", dan ini dibayangkan (secara pilu jika kita boleh kaitkan basikal tersebut dengan wanita itu) dengan Beto menunggang basikal milik wanita itu dengan laju dan tersenyum. Ini merupakan poskad selamat tinggal yang terindah buat Nadiah kepada tanah Amerika yang berbakti pengalaman kepadanya. Dan pengalaman ini, dapat kita kongsi bersama.

Nuansa-nuansa, yang aku kira, hanya seorang wanita sahaja yang memahami dan boleh nyatakan dengan baik di layar. Dan ini bukan komen yang seksis.

Aku menyukainya, dan aku suka lagi, jika Nadiah diberi lagi kesempatan, walaupun dikatakannya, ini merupakan filem peribadinya yang mungkin terakhir selepas meninggalkan Amerika. Aku harap tidak, dan Nadiah diberi peluang untuk merakam ruang "terasing tapi sangat dikenali" dengan watak Malaysia dan cerita-cerita baru yang berkaitan. Nadiah mempunyai jalan yang sungguh nyata dan luas untuk ini.

Tentang Nadiah dan filpen terbarunya.



10 comments:

onifadzil said...

dorang ade bwk klua filpen ni untuk public viewer x?

Anonymous said...

ada ada. nihah tayang kat bukit bintang lagi 23 march http://www.wearemalaysianmade.com/3/post/2011/02/wamm-fused-screening-6-23-mar-2011-wed-8pm.html

SUPERSLOWMO said...

Wow! Your review is really amazing, and flattering... your take on the movie is SPOT ON! Ramai yang tak dapat pickup all the subtle hints, especially on the first viewing.

Thank you!

Anonymous said...

mungkin juga tanpa disedari disukai kerana lokasinya di metro ny. apa kata jika cerita dan derita ini berlaku di balakong.

Penchandu ruang gelap

Ares Bahar said...

latar belakang lokasi yang dipersembahkan ke dalam frame memberi efek 'unfamiliar'...

perkara-perkara yang tak biasa sememangnya menarik mata.

art said...

Penchandu -- kalau di Balakong surely it ain't going to be a 'very' personal short film anymore aite? pls don't jeles-jeles

Anonymous said...

to an artist - everything and everywhere is personal. "home is where the heart breaks".

Anonymous said...

Nah, disini lah kita sering teralpa dengan latar lokasi.

jika ini peganganya maka usaha bermimpi untuk menghasilkan sesuatu yang besar dan upaya menganjak nadi fikir saya atau pun mereka yang bertamu antara tribeca meatpack district.

Apa perlunya cemburu kerana lokasi itu adalah tempat permainan saya circa 1999 ke 2005.

Penchandu Ruang Gelap.

maggot said...

Tapi bukankah NY juga salah satu watak dalam filem pendek ini? Apa yang dirunsingkan?

Aliff Ihsan Rahman said...

Menunggu nadiah membikin filem di malaysia..harap bakat ini mekar juga di sini..harap berpeluang menonton feature film dari beliau :)