14 May 2011

Insidious(2011)


Insidious(2011): Seram Sekeluarga Seronok Tanpa Pembaharuan

Aku minat dengan pembikinan filem anak kelahiran Malaysia ni. Aku masih boleh ingat, sewaktu Saw mula-mula masuk ke Malaysia (masa tu, filem seram Hollywood dikecam hebat oleh filem seram Asia, ini zaman Ringu), aku adalah antara orang yang menyukai Saw dan menyatakan (walaupun James tidak seganas Eli Roth, dan tidak dianggap sebagai pakar porno gore, tetapi francaisnya telah memperdanakan kenikmatan tersebut) ia suatu filem seram Amerika yang segar dalam antara banyak klise yang diberikan.

Menariknya, James Wan secara simbolik, telah menggunakan simbol "patung" dalam kesemua filem-filemnya, yang bersangkut-paut dengan lagu Metallica "Master of Puppets". Ideal Wan berkaitan dengan mekanisme "memanipulasi keterujaan penonton", teknik yang biasa dalam filem Hitchcock. Tetapi aku merasakan Wan mempunyai agenda lain. Apa yang penting, patung atau puppets memang berkait dengan pemahaman sosialis berkaitan kekuasaan borjuis terhadap kelemahan golongan buruh. Di dalam filem Wan pula, selalunya, si intelektual genius yang hilang pedoman moral, si ahli sihir tanpa hati, dan kini, SYAITAN merupakan dalang pemegang "patung" (manusia lemah).

Tampak berat, tapi filem Insidious sungguh senang diikuti (memang ia lebih kepada filem bertih jagung daripada filem seram berestetika seperti The Exorcist ataupun The Thing). Pembuakan emosinya mengikut butang-butang "manipulasi" tanpa kehalusan (macam pengarah Malaysia pula, ha ha!) Babak-babak kejutannya memang MENYERONOKKAN dan antara yang terbaik untuk tahun ini. Ia juga, secara pelik, menjadi antara filem seram buat "keluarga" (paling terakhir ialah The Sixth Sense). Aku gerenti, penonton elitis berbudaya tinggi dan bukan peminat seram seperti Zaidah dan Ridhwan akan seronok menonton filem ini.

Buat peminat seram, filem ini mungkin dipersoalkan (walaupun ia tidak begitu terlalu lantang) meminjam filem-filem seram terdahulu terbaik, The Exorcist ketemu Poltergeist ketemu Nightmare on Elm Street ketemu Shutter. Kalau dibandingkan dengan Poltergeist sekalipun, filem klasik itu menggunakan unsur gelap kepada terang kepada terang dan terang untuk menakutkan penontonnya (ini ideal Spielberg yang suka "cahaya" dalam filem). Filem ini menggunakan dasar gelap, dan "terang" hanya berlaku dan berlingkar dalam kalangan manusianya (ingat, manusia adalah patung/puppet dalam dunia Wan, bergerak atas kemahuan pengarahnya, tok dalang- sekarang rujuk "hantu-hantu" dalam filem ini yang kelihatan seperti patung dengan watak "pemain patung"). Aku terpaksa akur, Poltergeist lebih jauh memberi isi mendalam daripada filem ini.

Tetapi filem ini memang dibikin baik, cukup serba-serbi, lakonan baik, runut bunyi indah (dan minimalis, mengikut ideal The Exorcist). Malah ada satu plot, yang bolehlah aku berdiri dan tepuk tangan kepada Wan. Ini berlaku pada pertengahan filem apabila si ibu menyedari "sesuatu yang tidak kena dengan rumahnya" memohon si bapa untuk "pindah", suatu yang peminat filem rumah berhantu dah tahu takkan berlaku. Seronoknya, ia BERLAKU dalam filem ini!

Apa-apa pun, aku suka juga "bahasa" cahaya yang digunakan oleh Wan untuk filem ini. Sekali lagi aku kata, filem ini tidak susah untuk "difikir" jika kita mahu bandingkan dengan filem sebelum Wan (yang bergerak seperti sebuah puzzle), tetapi cara penyampainnya menarik. Klu diberikan pada awal-awal filem lagi dengan lampu yang tiba-tiba berpusing 360 darjah (kita faham di sini, kesan-akibat yang akan berlaku untuk watak tersebut yang memimpikan mimpi INI). Kemudian kita dipaparkan dengan watak ibu yang memasang lampu pada siang hari (simbol, dialah yang menyiasat dan menjadi witness segala kebongkaran rahsia dalam filem ini). Ketiga, kita akan lihat si anak yang berserta lanteranya memasuki loteng. Menariknya, ketiga-tiga watak ini, dengan jelas SUDAH menyatakan, ke mana dan di mana watak mereka akan BERAKHIR. Aku hanya akan nyatakan ini: watak pertama bermimpi. watak kedua di alam realiti yang menyedari "perubahan" apabila dia membuka lampu. Watak ketiga yang di bawa dengan syot-syot gelap bersama lanteranya, mencari dan menjelajah. Di sinilah, Wan lebih mementingkan teknik daripada estetika. Dan ianya tidak salah, kerana dia tahu, semua ini adalah semata-mata untuk "hiburan" walaupun dalam filem seram.

18 comments:

Pojie said...

sy akan cuba filem ini, tq.

Anonymous said...

saya pun suka james wan! saw best!

luk said...

fadz, mana ko tgk filem ni? x sabar aku nak tunggu!

adela said...

terbaik!

Anonymous said...

wahh, seram ni!

Hans said...

saudara fadz...tgok dkt mana? or download? bagi tahu sebab nak tgok juga :-)

Review Filem Kongsi

Syafiq said...

daya tarikan James Wan dan Saw tu nampak menarik.harap2 cerita ni menarik bile tengok nanti.i review some movies too.can have a look at www.dramaticdurian.com

fadz said...

hans, wa pergi pratonton untuk press... :)

hans, ko buat rebiu kongsi eh?

syafiq, yah.. noted about ur blog.

Igniz said...

rasa macam teringin jugak nak tengok 'Insidious' ni. hopefully lain daripada lain. for me, trailer dia macam semacam uniknya.

btw, bro dah tgk 'Priest'?

http://www.dramaticdurian.com/2011/05/overrated-priest.html

Hans said...

wahhhhhhh
bestnya jadi press
pawagam sini macam xada tayang jer cerita tu
haihhh

ar ar....tayangan pertama ku gigih gi tgok Kongsi tapi kecewa...hehehe

Anonymous said...

korang pegi lah tgk filem ni kat wayang, aku download, sound dia cam palat!

indraputra said...

ada jumpa link filem ni tapi dead link... :(
Fadz tak tgk kongsi (7 juta = 7 hari) n nur kasih kah?? just curious... hehhehehe take care!

Anonymous said...

Faz,
Aku rasa filem ni seram yng biasa-biasa..(cara diorang menakut-nakutkan kita lah..)..cuma aku agak pening + pelik dengan perkaitan (hantu rumah - budak - hantu bapak dia - bapak dia)..
(tak taulah kot aku yang tak peka dengan jalan cerita)..aku suka bila dah sedar rumah tu berhantu dia nak keluar daripada rumah tu (giler nak duduk rumah berhantu)...kat situ je aku dah rasa something dan buat aku nak tahu cerita seterusnya..tapi bila rumah baru pun berhantu, aku rasa mesti hantu tu datang daripada anaknya yang dah kena sampuk tuh..tup..tup..rupanya2 hantu tu asalnya daripada bapak dia..cuma aku rasa pengisahan sejarah bapak dia dan hubung kait dengan anak dia je yang kelam kabut sikit..

- zaidah -

GAIA said...

hantu bukan berasal dari bapak...tapi kedua bapak ngan anak ada kebolehan meninggalkan jasad masa tidur...dan mengikut kefahaman dalam filem ni, mereka yg ada ability meninggalkan jasad adalah mereka yg paling "digemari" hantu untuk didekati sebab hantu nak ambik alih tubuh diorang masa tengah "kosong"....

Anonymous said...

*spoiler

possible tak yg selama ni, body bapak dia memang dah lama kena take over ngan makcik tua tuh? cuma lama lama makcik tua tu dah immune ngan body bapak dia, dan terus lupa kejadian tersebut?

bukti 1 : dalam pencarian anak dia dalam dunia mimpi tu...bapak dia nampak kelibat dirinya semasa kecil.

bukti 2 : dalam pengakhiran sebelum bapak ngan anak masuk ke dalam jasad semula, bapak dia jumpa ngan makcik tua tu dalam cermin...which is yg aku paham, bapak dia tengok cermin dan resemble wajah nenek tua tu dalam cermin.Macam pandang diri sendiri dalam cermin.

bukti 3 : semasa time bapak dia rungsing tak nak balik rumah, stay kat sekolah, bapak dia terbayang yg dia nampak dia time kecik tengah tidur. Seolah orang tua tu tengok dia tengah tidur walhal eye view time tu panning tengah budak tidur ( bapak dia time kecik )

bukti 4 : nenek budak tu tak habis habis highlight yg "eh korang ada picture frame bersama keluarga....tapi ironynya kelibat makcik tua takde dalam gambar. Sepemahaman aku, kalau kita teringat ingat dengan benda kita takut, selalunya terbawak ke dalam mimpi....so bapak dia tak ingat dah...so takde arr kelibat orang tua tu dalam gambar, tetapi sebenarnya orang tua tu memang dah take over body dia...tapi dia lupa dah ( dia immune ngan body bapak dia,,,,maybe )

bukti 5: pada akhir cerita, bapak dia cekik makcik ritual tu sampai mati sambil menyumpah seranah...dia memang bengang kat makcik elise tu sebab meningatkan dia balik kejadian first ritual time bapak dia kecik...

so ini pendapat aku je la...

Anonymous said...

menarik cerita ni!

fadz said...

Anon, aku setuju ah dgn poin spoiler kau!! Ini menambahkan lagi "kegerunan" Insidious!!

aDDy said...

pergh..wa baru je tonton setelah terbayang je nak tonton filem ni..

ni cite pasal saka kot..

james wan balik kampung tanya cite saka kat nenek dia..
haha..

tapi nice..wa seronok filem seram camni..