26 May 2011

Karak(2011)

Karak(2011): Lagenda urban tengah jalan raya paling menakutkan di Malaysia diberi peluang persembahan roller coaster yang terperangkap dalam ruang dan masa.

"Suka hati dialah nak buat apa..."
Tok Malam

Dah lama kita dengar tentang Karak. Mungkin orang Sabah dan Sarawak tak tahu, tetapi lama-kelamaan, mereka akan tahu juga dengan cerita seram ini, yang kini sudah menjadi legenda, bagaimana si suami yang membaiki kereta (cerita yang aku dengar, cari minyak petrol tengah malam) lantas si isteri duduk diam dalam kereta, kemudian ada sesuatu di atas atap kereta, menghentak bumbung kereta, dan polis sampai suluh lampu, minta si isteri keluar dengan senyap tanpa menoleh ke belakang. Mereka kata, cerita tersebut benar-benar terjadi. Wallahu-alam.

Cerita legenda tersebut mendapat suntikan KRU dengan penulisan skrip Norman dan pengarahan Yusry. Secara jujur, aku mendapati cara gerak, solekan seram, suara dan kejutan hantunya suatu yang menghiburkan dalam genre seram buat kali ini. Ya, filem ini sebenar-benarnya dibikin dalam salutan gaya William Castle dan sekumpulan filem "B" yang popular pada zaman 60-an di Amerika (Zemeckis pernah meneruskan ideal ini dengan penerbitan filem seperti The House on Haunted Hill dan The Thirteenth Ghost). Filem-filem tersebut dibikin untuk penonton remaja, plot nipis, punya seram dan hiburan yang berselang-seli formulaik, dialog yang bergerak mengikut rentas ruangnya dan tidak bermakna ia realiti, dan dibikin untuk menakut-nakutkan mereka di panggung. Sebagai suatu "ikutan", bolehlah kiranya filem ini diletakkan pada bahu filem-filem tersebut, dan aku mengaku, ada juga momen yang menakutkan sekali gus menghiburkan. Suatu yang paling menarik adalah bagaimana penggunaan efek khas yang aku kira berjaya mencipta, mungkin bukanlah hantu yang paling menakutkan dalam sejarah filem tempatan, tetapi yang paling menarik setakat ini. Kesan khas filem ini agak baik, dengan pencampuran kesan tradisi dan CGI. Paling baik, filem ini dibikin dengan semangat seronok-seronok, dan ianya terpampang baik, dengan susunan dan kawalannya, ia memang seram seronok.

Memang ada beberapa bahagian yang membosankan, tetapi aku kira ia tidaklah mencemarkan filem ini. Lakonan keseluruhan para pelakon mudanya suam-suam kuku (kebiasaan dalam mana-mana filem seram menggunakan pelakon baru seperti filem ini, mesinnya dibikin untuk menghiburkan, itu sahaja) dengan dialog yang jengkel ("kenapa kita macam ni?" yang juga mempunyai resolusi jawapan yang menarik di akhir cerita.

Paling aku setuju dan suka adalah mainan "perangkap" ruang dan masa, yang akan berlaku terhadap keempat-empat watak remaja dalam filem ini (kiranya macam jalan gerak ke Twilight Zone lah). Ini adalah rahsia seram yang paling seronok jika dikendalikan dengan betul, dan percubaan KRU haruslah dipuji. Mereka membuat watak (penonton) terpinga-pinga jika keadaan ketika mereka itu adalah waktu real atau mainan fikiran, terperangkap dalam ruang dan masa "panggung" yang dicipta untuknya (penggayaan ini mencapai tahap yang terbaik dalam dunia layar Syaitan arahan Bade Hj. Azmi). Inilah "trick" yang menarik, yang memberi makna mengapa mereka semua dalam keadaan "mimpi". Usikan ini menjadi rujukan "in joke" lagi bila Tok Malam menyatakan, "suka hati dialah nak buat apa", menandakan gaya "main-main" si pembikin untuk buat "apa-apa" terhadap empat watak tersebut dalam ruang dan masa "mainan" mereka. KRU pastikan bahawa ruang eksperimen seram hiburan mereka ini tidak terlalu menjurus kompleks, dan tidak pula jatuh dalam perangkap Razak Mohaideen. Cukup-cukup sahaja. Dan ini memberi kebaikan untuk mereka.

Maka bermainlah Yusry dalam padang mainan takut, yang aku setuju, penuh warna-warna dan imaginatif setakat ini (tetapi belum lagi mencapai tahap dewa sentuhan Tsui Hark seperti A Chinese Ghost Story). Hanya bahagian klimaks, walaupun menarik, tidak memberi impak grandeur yang sebenar, walaupun idea atas kertasnya menarik. Filem ini agak berbaloi untuk menonton sekali duduk, khusus jika anda mahu ditakutkan dan dihiburkan, ringan tetapi tidak pula membodohkan penontonnya. Jadi kiranya, suatu mitos juga agak berjaya dicipta (dengan pembikinan filem ini), dan aku dapat rasakan akan menjadi sebuah francais seram jalan raya yang menarik untuk disambungkan, sudah tentu dengan kesan khas dan cerita yang lebih ditingkatkan daripada ini.


13 comments:

Rollo De Pedicula said...

wah
awal tengok yer bro
hahahaa....jelesnya I!(balas balik)
ekekek

ku pun baru balik menonton..
tapi banyak adegan dalam nih cliche sikit lah
tapi tiba2 aku jatuh hati dengan Kila Fairy
hahahahaha

kalau sudi baca lah review Filem Karak dekat blog aku yer.

PerangFilem said...

thanks coz follow PerangFilem.. disebabkan masalah teknikal, perangfilem dah berpindah ke www.perangfilem1.blogspot.com thnk you Fadz...

aweks said...

sucks!! ketakutan yang membosankan.

Anonymous said...

perhaps one of the worst malay movies that i've ever watched.

the plot is inconsistent, the story has lack of direction (kau nk citer pasal hantu kt karak highway or hantu belaan tok malam?), cliche (surprise surprise, they are all dead except for one girl. tiru sgt citer khurafat), byk illogical parts (kau g mandi tgh2 malam buta dlm hutan tmpt yg ko xpenah pg? r u insane or what? and yang kau main pakai jer locket ex wife tok malam tu kenapa? akai xde ke?).

overall it was a very bad movie and a waste of my money and more importantly my precious time. booo for karak. u sucks

fadz said...

wah, boleh tahan yg benci ngan filem ni.. jawab KRU, jawab!!

nampaknya, takde tempat utk filem2 drive thru dan B-budget horror.. (yg selalunya topsy turvy bhg plot and logik) malaysian filmakers, uve been warned by the masses!!

indraputra said...

Ok jer filem ni....maybe depa yang tak suka, memang itu yang depa rasa. aku baru je tgk filem ni tadi. 90% ok lah untuk isi malam isnin aku dan kengkawan. 3/4 panggung besar penuh dan bila keluar panggung, aku tgk dan dengar, rata-rata tunjuk muka puas dan rileks je...komen diorang pun takde yang pedas.

Warie Gemx said...

Not bad la cerita ni..bg yg kata lack of direction ..plot tak best..ketakutan yang membosankan..one qouestion for all of them..are you really watch the movie..and do you know about the urban legend ghost of karak highway actually..do some research guys..it's a good try actually and can be continued..better than scrip 7717 before this..keep it up KRU..majulah seni filem tanah air untuk negara..

fadz said...

warie.. ko ada ulas tak? indraputra, kau ada ulas? aku nak baca ah..

indraputra said...

Fadz, aku ada tulis serba sikit 'perasaan' aku pasal filem ni. memang setiap filem tu kan mcm 'perisa' makanan. Ada yang suka pedas tapi tak suka pedas sangat. Ada pesakit kencing manis tapi togak coke berbotol2. Tapi, filem tempatan sedang membangun. Sama mcm awal2 industri filem thai n korea dulu-dulu gak dan rakyat mereka terus menonton. Ini penghargaan kepada air tangan anak bangsa sendiri (regardless of race). Aku suka kepada pembikin filem tempatan yang berilmu dan 'rajin'....(tp, sbg manusia ada juga rasa 'loya' nak tgk filem...rasa macam dah balik ke zaman hail amir pun ada. in fact, zaman hail amir n azean irdawati pun ada filem best mcm Abang, Langit Petang dsbgnya). Maaf, terpanjang plak.

fadz said...

wah, aku naklah tgk langit petang.. org dulu x suka tapi aku tgk ramai anak muda kata ia bagus.. aku kena tgklah kalau gini..

Berita_Harian said...

ala dlm banyak2 komen citer tak best tapi bila tgk kat panggung ramai jugak yg kuar masuk panggung tgk citer ni.. :P

Anonymous said...

Kalau ramai ke panggung tapi halfway keluar panggung pun tak guna jugak kan?

Anonymous said...

datang tengok filem ni ke pawagam dulu sebab nak tau kisah hantu di jalan karak. tapi rupanya tgk citer hantu biasa saja. Ini sebenarnya yang penonton ramai tak puas hati.