25 May 2011

Nur Kasih The Movie(2011)

Nur Kasih The Movie(2011): Fenomena Pop Islami Disulam Melodrama 80-an dan Fantasi Esotik Arabia - Malaysian Style...

"Nur tak nak abang Nur tersesat di tengah padang pasir!" - Nur Amina

"Abang sudah bersedia (untuk mati)... Saya reda..." - Adam

Aku mengaku terus-terang, aku bukanlah peminat drama bersiri Nur Kasih. Bukan kerana aku tak suka, tetapi aku tidak dapat mengikutinya. Baru-baru ni aku beli DVD koleksi tersebut, ingatkan nak tengok. Tengok-tengok, adik ipar aku dari Bogor yang menontonnya, siap SUKA HABIS dan mohon bawa balik ke Indonesia (nampaknya aku kena beli sebuah lagi). Aku sempat juga menonton beberapa episod awal. Adalah bahagian "ahhh, tipikal uda-dara, ahh, kasih tak sampai, ahh novel Khairuddin Ayip", tetapi bila sampai babak Liza Othman memohon Adam mengikut kata ayahnya, "Bang!" -
aku menangis. Yeap, inilah kekuatan fenomena drama siri ini, sebuah mesin tearjerker yang tahu bila nak tekan butang "menangis" kita. Dan aku tahu, teknik dan gaya ini yang akan digunakan sekali lagi pada filem "the movie" ini.

Ada dua standard yang aku gunakan untuk menilai filem ini. Pertama, filem-filem pop Islami Indonesia (yang memulakannya, dengan berdasarkan novel pop Islami mereka) yang keluar beberapa tahun lepas dan bermula dengan Ayat-ayat Cinta, dan filem-filem berbentuk "the movie", suatu trend pembikinan filem berdasarkan siri yang popular di televisyen.

Aku mengaku, antara filem-filem berbentuk "dari TV ke filem" tempatan, hanya dua filem yang aku rasa, berjaya memaut jiwa aku, Dunia Baru The Movie dan Kami The Movie. Kenapa? Aku berpendirian begini, jika sesebuah filem "the movie" itu mampu untuk buat kau yang tidak pernah menonton sirinya terpesona, terikat dengan apa yang "ia" persembahakan di layar, sehingga buat engkau mahu mengikuti sirinya yang kau tak peduli sebelum ini, itu menunjukkan "siri TV the movie" tersebut "berjaya". Buat filem-filem pop Islami pula, tersimpan segala inti romantik, drama, emosi, kemanusiaan dan seks dalam jalur-jalur halus berinti papar aksi berdasarkan surah, hadis, tasbih, mihrab, tutup kepala dan jelingan mata. Jika "formulaik" ini diikuti, insya-Allah, akan diberkati dunia dan akhirat...

Bang! Muncullah Malaysia dengan filem pop Islami the movie yang pertama (pop Islami aku kira bermula dengan Syukur 21, dan kemudian Syurga Cinta, Aku Masih Dara). Aku menonton dengan penuh keterujaan pada awalnya, melihat pembukaan nama syarikat Grand Brilliance yang indah (bagi aku, KRU kira menanglah untuk bahagian ini, tak terlalu mengada-ngada tapi jelas dan cantik), dengan gerhana matahari dan ironi perkataan Nur (bererti cahaya) sebagai montaj pembukaan kreditnya, kemudian dengan runut bunyi Hans Zimmernya (dimaklumkan asli). Tetapi buat aku, pembukaan, dan kemudian slow burner 15 minit awal filem ini janggal buat aku. Aku "sesat" dalam dunia Aidil yang tidak keruan baca Yasin dalam masjid, kemudian Adam dan Nur Amina, kemudian si ibu Liza Othman (kehadirannya begitu ikonik, penuh dengan CINTA), kemudian anak-anak Aidil, kemudian, kemudian, kemudian. Sebagai orang yang mula-mula menjenguk filem ini, mereka tentu akan tersesat dalam bahagian awal filem ini (walaupun terletak teks pendahuluan menyatakan apa yang berlaku antara Adam dan Aidil) seperti mana aku yang tidak tahu mahu ketawa, menangis atau seronok, aku jadi dungu. Aku "mencari-cari dalam padang pasir" watak yang mana yang mahu aku pautkan kasih gerhana ku ini (cewah!)

Ketidaktentuan ini "mula tampak cahayanya" apabila si Nur Amina bila melihat kain sidai baju anak lalu menangis. Di situlah baru plot filem ini bermula, dengan janggal.

Inilah masalahnya filem-filem berbentuk "the movie". Mereka selalu menganggap rata-rata peminat akan terus memeluk dan merangkul Aidil (oohhhh!), Nur Amina (ahhh!) dan Adam (awww!) di dalam dakapan mereka apabila filem dimulakan sejak kredit pembuka. Tidak. Layar tetap lain dan televisyen tetap lain. Layar memerlukan struktur, atau tidak kurang, "penggerak cerita" (ada penggerak cerita dalam filem ini, iaitu bom di tengah padang pasir Jordan yang tampak CGI tipu, tetapi itupun vague dan tidak benar-benar mengikat, hello ini bukan dunia BABEL Innaritu). Dari titik penggerak cerita itulah kita mulakan filem tersebut (lihat bagaimana Ayat-ayat Cinta yang simple memulakan cerita antara Farhi dan si dara koptik, lihat bagaimana Dunia Baru bergerak dengan konflik penculikan, lihat bagaimana Kami bermula dengan pergaduhan dan pelarian). Kemudian, kadang-kadang, banyak filem sebegini yang terperangkap dengan gaya "extended version" atau "what's next after a successful 6 seasons romp". Rujuklah Sex and the City. Layar lebih memerlukan "siapa siapa" (who's who) dan motivasi untuk menggerakan momen layarnya. Kalau bentuk "extended", hanya akan memaut para peminat, tetapi itu pun perlu lihat jenis peminat juga.

Banyak persoalan yang tidak dirungkai, kenapa Adam perlu mengajar motivasi di sebuah kelas sukarela ala-ala AA meetings di tengah-tengah kota dengan anak-anak jalanan? Kenapa Nur Amina ada love-hate realtionship dengan suaminya? (Adakah Amina dapat tahu bahawa suaminya pernah berlakon dalam sebuah filpen gay, oh tidak!) Kenapa Aidil kadang-kadang tensen tengok Adam yang jauh lebih hensem daripadanya? Hal inilah yang menjerat dan memerangkap aku untuk meneruskan, aku terus sahaja teraba-raba di dalam padang pasir yang gersang, tidah tahu di mana arah tuju ku (waduh! Tuhan!!)

Atau adakah ini disengajakan oleh Mira Mustafa dan Maizura untuk menyesatkan aku?

"Saya tidak sanggup melihat dia sesat" ujar Nur Amina tiba-tiba.

Kemudian, Kabir melakukan sesuatu yang aku cukup bingit. Fine, ia dibikin dengan bernas dan rasional dalam Cinta, Sepi dan Love. Tetapi untuk meletakkan TIGA babak MTV dalam bahagian-bahagian yang memerlukan "dialog" dan aksi IS JUST PLAIN LAME AND LAZY. Sebab penulis skrip dan Kabir perlu faham, penonton memerlukan "pautan kuat" watak budak jalanan lakonan Munif Isa yang aku tampak sangat indah jika diberikan "pengawalan" dan "pengenalan" (kenapa dia begitu berjuang untuk sekolah anak jalanan tersebut dan cikgunya). Dia merupakan "kunci" filem ini dan jika "kunci" ini dibiarkan sebagai "pengisi plot" dan "babak kejutan", aku rasa hak aku sebagai penonton tidak diadili, malah, ini menimbulkan zalim! (wah, tiba-tiba dialog Ayat-ayat Cinta terpacul).

Tetapi dalam segala huru-hara ini, ada keindahan yang aku dapat temui dan aku akur ia menyentuh. Sebenarnya, jika unsur ini dijaga dan ditentukan betul-betul (berkenaan dengan tanda-tanda Allah kepada manusianya, berkenaan ketentuan tanda dalam qada' qadar dan ujian Allah, berkenaan pautan antara manusia yang kita tidak kenal), kita akan menjumpai suatu saga yang indah dan teratur. Babak yang perlu difokuskan, dan merupakan babak paling kuat untuk MENYELUBUNGI meta melodarama filem ini adalah babak Rahim Razali dan Afida Es. Aku berani mengaku, filem ini sepatutnya dimulakan dengan babak ini, lebih-lebih lagi memaparkan Afida Es yang tidak keruan, yang mencari-cari, yang amnesia (lupa). Misteri akan terpacul. Kita akan terikat dengan misteri ini, serta "misteri" babak-babak canggung pada awalnya (yang aku sedar, pengarah dan penulis filem sengaja membuat aku sesat, sesesat watak Afida Es yang lupa, supaya aku KEMBALI ke pangkal jalan akhir dengan babak pertemuan yang begitu indah terikat). Kerana satu babak yang paling indah berlaku pada akhir filem ini, apabila (spoiler) Nur Amina tiba-tiba mencari-cari suaminya (yang kita paparkan, dengan mudah dengan panning ke kiri, hilang begitu). Ia memberi metafora yang kuat, bahawa dalam segala hidup manusiawi, kita semuanya sebenarnya MENCARI, mencari dan mencari hingga tiada hujung. Dan yang kita mahu "cari" itu sebenarnya Allah (kerana yang lain, akan PUNAH). Ini begitu indah dan jelas sekali ingin penulis dan pengarah sampaikan.

Dengan kelemahan Mira dan Maizura mengulit skrip, suatu hal yang PASTI, mereka tahu untuk menjerat penontonnya dengan jeratan emosi yang tersimpul mati, tidak memberi penonton masa bernafas atau jalan keluar bila mendepani isu drama watak-watak yang ditentukan! (ini berlaku dengan jelas pada pertengahan filem, selepas padang pasir Jordan itew) Penjeratan ini dibikin dengan teratur, sebaik sebuah novel Rusia, yang mengikat setiap wataknya dengan ikatan tidak menentu yang boleh saja membawa mereka ke chaos (ini berkenaan kisah pautan Adili-Nur-Adam) atau kepada cahaya cinta dan kemanusiaan. Ada suatu ikatan kuat yang berlaku, dan ini merupakan kekuatan filem ini, dibantu dengan amat kuat oleh lakonan tulus kesemua para pelakon. Ya, ada mesej yang tersembunyi (semua filem agama ada mesej), dan ia amat indah, menyatakan "air dicincang tidak akan putus", atau cinta persaudaraan dan kekeluargaan. Cinta yang indah ini kemudiannya dilampaui kepada cinta sesama ummah (diwakili ikatan Jamal dan Adam-Aidil yang begitu menjadi, kemudian Hassan padang pasir yang tidak begitu menjadi), dan seterusnya, seperti yang diharapkan oleh filem ini (buat kita), cinta sesama manusia... Dengan sikap "jerat plot dalam drama emosi ini", Kabir dan Mira secara sengaja memohon penonton, seperti wataknya agar "reda". Ini dikaitkan kembali dengan poin di atas: jika anda sesat dalam kehidupan ini, yang paling utama, anda perlu "reda" dengan ketentuan-Nya. Dengan itu, semuanya akan diatur indah untuk anda oleh Tuhan (atau penulisnya!)

Penggambaran filem ini banyak membantu membawa perasaan "grandeur" bahawa ini bukan filem yang "kecil", walaupun secara struktur, ia masih sebuah "extension of a TV series". Aku rasa janggal buat babak romantik di Jordan (Oh, lihat sayang, ada masjid, jom kita solat dua rakaat, cinta kita akan terus membara sambil I pegang tangan u, mungkin dengan itu, Allah akan perkenankan kita dengan seorang anak), tetapi mungkin, ya, sudah ada realiti segolongan kita yang merasakan cinta ala-ala "agung" jika bercuti di dunia esotik Arab sambil melancong ke Mekkah-Madinah dengan ihram (malah ada yang berkahwin di depan Kaabah, uuuuuuhh, hebatnyaaaaaa tanda cinta mereka, awww!) Fantasi ini disulami aku kira, dengan ambitious sekali oleh penulis dan pengarah (Kabir: Oh, sebab kita nak habiskan cerita, apa kata, kita bagi satu babak meletup habis, betul-betul di tanah Nabi dengan babak-babak romantik indah mengalahkan Sembilu!). Yang boleh dipuji, adalah suntingan yang mantap, khusus jukstaposisi babak Adam yang nazak kepada Aidil yang dibelasah bawah terowong. Runut Bunyi Hans Zimmer yang bersepah. Warna filem ini kelam siut.

Ini bukanlah filem terbaik Kabir. Tetapi sekurang-kurangnya filem ini ada inti, dan ada momen-momennya, walaupun mungkin bukan untuk semua orang. Melodramanya menjadi buat masa ini dan itu mungkin sangat penting diketahui. Adakah aku akan meneruskan menonton sirinya? Ya, tetapi bukan kerana filem ini.



24 comments:

Anonymous said...

salam! fadh nak tanya. da tengok filem tanda tanya?karya hanung?
dan kalau sudah tolong ulas! :)
sbb aku suka karya dia.mcm wanita berkalon sorban..apa2
thank ye!

fadz said...

Anon, salam.. Hanung susah la nak cari, filem peneraju Muhammadiyah tu pun (yang tusgt nak tonton) tak dapat tonton ari tu masa ditayang kat sini..

Hans said...

wah
teman baca habis dah entry nih
nice..
yups
sebab tu teman xleh bagi 5 bintang sebab banyak benda tak dikupas mendalam
tapi diakui filem ini agak baik dan menarik
pasal budak yang bro tanya tu...itu nama dia mamat @ Munif Isa...kalau Jamal yang gangster @ Mukhsin tu..hehehe

:-)

P/S : Esok layan Karak plak

mazeri said...

salam, saya peminat besar Nur Kasih.. walaupun saya amat menyukai filem Kabir ini, saya juga bersetuju dengan kritikan saudara.

anip said...

fadz, tolong bagitau, apa benda "jerat emosi" yang kau nampak tu sebab awal2 semua org dah tahu adam dan nur akhirnya bersama (dalam siri) dan aidil sedih sebab kehilangan isterinya.. tolong jawab..

fadz said...

hans, jeles i!!

hahaha

anip.. begini...

ramai org sibuk kata imej filem Kabir cantik, tapi cantik macam mana? aku mengaku, seperti filem barunya ni, imej dalam filem Kabir cantik, dan juga sebenarnya turut bercerita dan menyatakan makna dgn lapisan baharu.. mmg dah ramai tahu kaitan Adam-Nur-Aidil (fasal tu kadang2, babak macam Aidil dan Nur cari Adam di tengah padang pasir tu menarik) tetapi bagaimana pula dengan pendirian "mata ketiga", yang mungkin melengkapkan pemaknaan filem ni? Korang sedar atau tidak, jika Adam dan Nur digandingkan, walaupun sesempurna mana ia dipaparkan, tidak pernah "simetri" sebagai bentuk imej? (mungkin dua kali kita ketemu imej ini, dan kedua2nya di Jordan) Pemahaman ini penting sebab Islam, atau seni dalam Islam mementingkan simetri atau kesamaan: geometri itu dikatakan melambangkan Islam yang tiada perlu unsur lain lagi kerana ia sudah "sempurna".. Lawanan buat "sempurna"/simetri adalah tidak seimbang. Rujuk babak2 "hiba" atau ujian Adam dan Nur. Khusus gambar yang aku muat naik, waktu tu Adam dalam keadaan "ujian apa lagi yang tuhan nak bagi kat dia" (sedangkan yg menerima seksa yg paling perit ialah Nur kerana keguguran).. jika dilihat secara sudut, Adam di bawah dan Nur memandangnya dari atas (imej Raja/Dewa melihat rakyat/hamba), secara tak langsung kita memahami bahawa aksi/reaksi/tindakan Nur masa ini BENAR sedang tindakan/aksi Adam tampak "salah" (dia menyoal ketentuan Allah). Dan keadaan mereka duduk di tingkat lain disengajakan untuk memaparkan ketidakmampuan ADAM untuk "setaraf" imej NUR.Hal ini berkali-kali kita akan temui, waktu Adam terbaring dalam gua, Adam di hospital, Adam sakit atas katil.

fadz said...

Kemudian, kita diberi satu babak (yang mana watak Munif dimatikan) di kubur yang mana ia dibuat dengan "God's eye view" - ini satu imej MUTLAK (ketentuan Allah utk menyelamatkan Adam dan mengambil si budak itu kepada-Nya) dan ia penuh dengan rujukan SIMETRI (lihat bagaimana payung terbentuk). Lantas kita fahami, Adam, sekali lagi diberi peluang untuk melihat dan menjaga "anak"nya, satu lagi kurniaan-Nya. Dalam segala imej ini, kita juga akan teringat dengan satu babak GAMBAR yang diLUKIS CATAN oleh Adam, yang mana kemudian diTEGUR oleh Nur sebagai "tak nampak macam pokok pun!" dan mana Nur ambil berus untuk membantu "menyempurnakan" gambar Adam. Ini jelas sekali pemahaman dominannya Nur terhadap Adam dan bagaimana hanya kesempurnaan Nur yg dapat melengkapkan dan membaiki Adam (ini adalah masalah utama filem ini yg mana aku CUBA cari lagi poin2 kuat Nur sebagai PEJUANG dan PENENTU satu watak wanita yg kuat seperti yg dipaparkan dalam penanda2 ini, tetapi aku tak nampak yg "kuat" selain Nur mengarah pegawai polis Jordan untuk tidak putus asa mencari suaminya).. lantas SIAPA YANG PALING SESUAI MELENGKAPKAN NUR jika Adam sebenarnya penuh kelemahan? Jawapannya ialah AIDIL. INi berlaku pada babak akhir filem, walaupun kita tahu mereka tidak bercinta secara realiti, tetapi mereka "bercinta" secara seluloid: imej terakhir Nur dan Aidil sangat simetri malah bercambah HARAPAN, Nur dan Aidil sebelah-menyebelah (akhirnya, berdua selamanya?) dan hadapannya jelapang pagi luas menghijau secara simetri, serta langit yang simetri. Lantas, kita faham kelengkapan yang terbaik milik siapa dan hal ini (kononnya) sudah ditentukan Tuhan buat mereka berdua- sempuran "akhirnya" seperti mana sempurnanya Islam!

Anonymous said...

eleh fadz, aku tahulah kau intelek, tapi satu je, kaunangis tak menonton filem ni?

fadz said...

nangis... syyyyyy!!!!

Anonymous said...

kalau macam tu, kira berjayalah filmmaker film ni buat fadz menangis, kira filem ni baguslah, mueheheheheh! jgn mara en. fadz!

Marhaen Kacak said...

aku nak tenguk cerita ni pasal nak nangis2..haha

kalau fadz tenguk filem ni nangis2 sure terus aku bergegas..haha

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

Hans said...

Take Note yer semua...Abang Fadz kita nangis okay tengok filem nih :-)

jeles?tengok karak pun jeles ke? Hahahaha...saja esok nak feeling - feeling menjerit dalam wayang :-)

Anonymous said...

memang picture nya cantik. Tetapi ia hanya berlegar dalam makna dan rasa picture bukannya makna dan rasa imej dan visual. ini yang amat jarang difahami oleh mereka golongan penonton, tetapi penonton itu pula ratanya dalam golongan umum bukan khusus dan mereka dimaafkan.

apa bezanya antara petra atau hulu selangor, untuk mengisi latar cerita ini? sebuah hidangan poskad eksotik dan saya yakin penonton di jordan memilih hulu selangor dan malaysia, petra.

ikhlas

Penchinta Ruang Gelap.

music quotes said...

hi there! I wish there is a translated version of your pages. it seems you have interesting contents. it can widen your readership if your pages are translated into universal language. regards!

fadz said...

Pencinta, hehe yeap.. teringat tv siri Romeo Juliet ke apa yg bikin filem bukan main di luar negara..

u guys, tapi aku ni mmg lemah bab2 nangis ni, tu yg aku maleh nak tgk melodrama atau weepies, sure nangis punya... huhu

jaripatah said...

Fadz, ni ada link utk film Sang Pencerah - - - -
http://filemovie-update.blogspot.com/2010/08/download-film-sang-pencerah-2010.html

GAIA said...

btol la fadz, aku pun tak suka sangat dengan element2 pop mtv dlm filem ni....

BTW,filem pengasas Muhammadiyah yg ko kata tu Sang Pencerah ke?

fadz said...

jari, thx!

gaia, yeap.. seperti yg direbiu jari

Rizqi Mukhriz said...

saya merasai kepenatan...tapi kekosongan lepas saksikannya....saya ada bandingkan Nur Kasih dan Sang Pencerah dalam blog saya...tapi barangkali qiyas ma'a fariq

Anonymous said...

Faz,
aku rasa cerita ni kelam kabut..banyak sangat yang nak disampaikan..tapi ada babak-babak yang tertentu memang meruntun jiwa..(tu je lah yang bestnyer pun..)

kesimpulannya, biasa-biasa aje..

-zaidah-

kekure said...

Saya akan tetap tonton apa jua filem Remy Ishak *larikkkkk*

kan aku da cakap tengok dramanya jangan tengok filemnya?

yazidy said...

Nice review!! Cukup mendalam dan mudah difahami. :)

fadz said...

yazid, sob sob, kau lah org pertama yg kata ulasan aku senang dibaca.. terima kasih :)!!

fadz said...

yazid, sob sob, kau lah org pertama yg kata ulasan aku senang dibaca.. terima kasih :)!!