30 May 2011

Penonton Dah Bersuara: Adaptasi Novel Paling Tinggi

Pengundian tak pernah berbohong...


Dalam sebulan ni, aku buat satu undian untuk melihat, apa yang penonton kita mahukan (sebenarnya), atau apa yang mereka dahagakan untuk tengok tak ada di panggung kita sekarang. Dalam sebulan tu, ada 220 responden yang mengundi, dan inilah keputusan yang aku dapat:


1-Adaptasi Daripada Novel: 16%

2-Aksi: 13%

3-Fantasi: 12%

4-Seram - Erotik(!) [seri]: 9%

5-Komedi Gelap: 6%

6-Epik - Animasi - Sejarah [seri]: 5%

7-Art-house" 4%

8-Sai-fai: 3%

9-Bikinan Semula: 2%

10-Muzikal: 0%


Yeap, pengendalian demografik yang mengejutkan. Paling aku terkejut, rata-rata ramai penonton yang mahu melihat novel, aku bayangkan, sastera atau pop untuk difilemkan. Apa tidak, rata-rata kebanyakan industri filem, memang meneliti sekarang novel-novel tempatan mereka untuk penghasilan sebuah skrip dengan cerita yang segar. Hanya Malaysia, ya, hanya di Malaysia hal ini tidak berlaku (untuk tahun ini sahaja, hanya dua buah novel, sebuah novel Inggeris dan sebuah lagi Melayu). Pelik bukan?


Tempat kedua nampaknya terletak dalam filem-filem aksi, yang mana aku lihat, nampaknya, Metrowealth dan Skop Production memahami permintaan penonton (baru-baru ini, Kongsi, dan kemudian Samseng akan ditayangkan). Dan aku lihat, memang filem-filem "aksi" sedang dibikin oleh kebanyakan pembikin filem kita, selain daripada filem komedi dan seram.


Fantasi di tempat ketiga juga mengejutkan. Kemungkinan, kerana itu, penonton di Malaysia adalah antara penonton yang betul-betul berada di belakang francais LOTR dan Harry Potter. Maka filem-filem kemungkinan, tampak berunsur "fantasi", contohnya Geng: Pengembaraan Bermula, Merong Mahawangsa, PGL, Magika, Duyung mendapat tempat. Aku bayangkan, genre ini belum dipunggah sedalam-dalamnya oleh pembikin filem kita. Mungkin buat kali ini, novel Ramlee berkenaan Laksamana Sunan, serta novel Agenda Alam Hitam Zehann merupakan antara "barang mahal" yang aku boleh bayangkan, sedang dan mungkin dalam proses pembelian hak cipta untuk perfileman.


Mungkin sebab sudah terlalu banyak filem seram, genre ini jatuh ke tangga keempat.Tetapi mengejutkan, secara seloroh aku masukkan erotik, penonton kita melihat kepada kekuatan seks dan seksualisme sebagai sesuatu yang "boleh dijual"! Gulp! Talk about an Islamic country!


Yang paling mendukacitakan aku, tak ramai penonton kita mahu melihat kita membikin filem "sai-fai" (fiksyen sains campur fantasi, atau di antaranya). Ini amat mengejutkan aku kerana rata-rata filem genre sebegini, selain daripada fantasi, yang amat suka ditonton oleh masyarakat kita. Mungkin, mereka merasakan, kita belum lagi boleh mencapai kesan khas atau sofistikasi cerita yang setaraf di Hollywood, mungkin.


Muzikal nampaknya genre yang paling tidak diendah. Aku gusar jika Azura (yang juga bikinan semula) akan dilayan.. Tetapi hal ini pergi jauh dari itu, ia juga menyatakan, penonton kita akan naik "muak" jika pembikin filem kita masih menggunakan gaya spoof atau rujukan semula dalam pembikinan filem mereka dan tidak mencari sesuatu yang asli.


Lepas ni, aku nak cuba tanya pula tentang filem gaya Iran, adakah kita patut buat filem sebegitu, atau ini hanya mitos dan harapan sekumpulan cerdik pandai kita yang tak tahu apa yang kita nak sebenarnya...

4 comments:

Zehann ur Rakhie said...

As Salam..patut la tergerak hati nak klik Blog (bersawang) aku..!

Terimakasih Fadz.

ryann said...

setuju adaptasi novel RAM

Andy Nurehan Adibah Rahim said...

betul suruh KRU buat cerita RAM:

BAGAIKAN PUTERI< CINTA SANG RATU< HIJAB SANG PENCINTA< CINTASUFI =D

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

"Lepas ni, aku nak cuba tanya pula tentang filem gaya Iran, adakah kita patut buat filem sebegitu, atau ini hanya mitos dan harapan sekumpulan cerdik pandai kita yang tak tahu apa yang kita nak sebenarnya"

haha...kat opis ni tengah meriah dengan Nora Elena yang di adaptasi dari Novel Puncak Kasih Kita. Please tell your kawan-kawan saya minta ampun, minta mahap bebanyak, bukan tak mau syurga, tak takut neraka, tolak Ayatollah, cuma kita rasa apa yang tak kenanya dengan budaya nenek moyang kita, sampaikan kita terpaksa menganut budaya Parsi yang asing itu?