20 June 2011

The Green Lantern(2011)

Ulasan yang juga pendek (musim panas, ulasan perlu pendek...)

Aku tahu filem ini "kartun". Tapi aku suka.

Ya, ianya sebuah filem bodoh.

Tetapi alang-alang bodohnya menghiburkan.

Babak menarik:

Si adiwira sampai ke beranda si wanita. Kita teringat babak klasik Superman yang sampai sekarang tidak ada filem adiwira komik yang boleh melawan babak "fantasi klasik" ini. Si adiwira, dengan "konon" mengubah suaranya, bercakap dengan si wanita. Lantas tiba-tiba si wanita "kenal" si lelaki itu. Si wanita itu kata: "Aku pernah tengok kau bogel, kau nak cakap apa?" Ini merupakan sindiran manis mengapa Lois Lane sampai hari ini tidak dapat membezakan Superman bercermin mata dan tanpa cermin mata.

Tetapi tentu, hal kecil sebegini hal yang tidak ada makna buat kalian.

3 comments:

Suka aku said...

Pergh! Bapak pendek!

aediasri said...

haha. babak tu membuatkan filem ni less cheesy bagi aku. tapi setakat tu je la

Hans said...

hahahaha
aku pun dlam entry ada ulas pasal babak tu
aku suka babak tu
best
kekekeke

Review Filem Green Lantern Disini