25 July 2011

Kak Nab Tak Suka Pembikin Filem Tak Jejak Bumi

Assalamualaikum dan Salam Satu Bantal Kak Nab ucapkan kepada semua. Kenapa Kak Nab malam ini bercakap fasal bantal? Sebab Kak Nab sekarang sedang sedap-sedap berguling atas katil sambil melihat suami Kak Nab menghabiskan wiridnya selepas solat fardu. Iyelah, selalunya suami Kak Nab ni gelojoh, selepas solat terus nak buat. Mujurlah siri televisyen kita sekarang sibuk tayang drama bekas-bekas artis masuk kelab disko tiba-tiba berpurdah dan bertudung hitam dan bercinta sambil jenguk padang pasir. Alhamdulillah, suami Kak Nab pun ikut terleka dengan propa makruf ni lalu sekarang mengetip tasbihnya dengan sabar. Dapatlah Kak Nab meneruskan senaman cakar rimau Zambia tanpa halangan. Kak Nab perlulah berterima kasih kepada Erma Fatima dan rakan-rakan seperjuangan.

Kali ni Kak Nab bercerita sedikit tentang berita yang Kak Nab dengar. Iyelah, ini bukan mengumpat bila cerita ni Kak Nab dengar first hand dan sumbernya insya-Allah non-fitnah compliant. Adalah, kawan Kak Nab ni yang bekerja di sebuah syarikat percetakan yang orang Bersih mual sangatkan tu tapi selalu mereka sibuk nak telaah untuk saman. Kawan Kak Nab tu kira diberi mandatlah untuk mengulas filem, dan selalunya filem-filem tempatanlah yang dia pilih untuk mengulas. Bagi Kak Nab, ulasan filem kawan Kak Nab tu OKlah, adil dan saksama bila mengulas, tak macam Kak Nab. Kalau Kak Nab tak suka filem tu, Kak Nab kata sampah, jamban, jijik tahap sebilik dengan chimpanzee kalau Kak Nab tak suka. Dia pula OK, siap bagi nasihat-nasihat yang bernas dan teguran-terguran ala-ala muluk bunyinya. Tetapi, adalah seorang pengarah ni, buat filem hantu tak laku, alah, separa kaki dah jejak plot filem seram Hollywood yang Kak Nab dah serik nak menontonnya. Kawan Kak Nab ni pun ulaslah filem tu, apa yang betulnya, apa yang salahnya filem tu. Kalian tahu? Pengarahnya, yang tak reti malu, pegi telefon kawan Kak Nab tu, sampai ugut-ugut nak pukul, nak bunuh, siap kata dia kena minta permisi dahulu untuk mengulas filemnya, kena tanya dia dulu sebelum menulis. Eh, Kak Nab keliru, bila pulak dalam dunia mengkritik filem ni, perlukan keizinan "wajib siar" daripada pembikin filem? Mereka ni tahu ke makna apresisasi filem, perbincangan filem? Kak Nab yang tak belajar penuh pun tahu hak Kak Nab untuk menyukai dan membenci satu-satu filem, kenapa pula penerbit dan pengarah tu nak mengamuk tak tentu fasal?

Geli dan kelakarlah Kak Nab dengar cerita tu. Macam gangster pula pengarah tu, tak profesional langsung. Macam zaman sekolah kecik-kecik dululah. Kawan keji lukisan kita, hah, kita pun sibuk nak mengadu mak ayah supaya mak ayah kita ugut kawan kita tu. Kak Nab tengok, sindrom "takut dikritik" ni bukan baru, dah sampai tahap budaya nasional pun, malah macam hal biasa dalam kalangan ahli politik kita. Tak mengaku pula tu kalau buruk, salah, hodoh, itu yang Kak Nab tak faham tu. Buat dek aje. Kalau Rosmah beli cincin 24 juta, mengaku ajelah beli, tak usahlah diam-diam, malulah kat orang, lagi dikeji buat tak peduli. Iyelah, dah nama lubuk rezeki pun PERMATA. Samalah dengan Che Nuar yang tak tahu zaman senjanya. Nak lagi tebuk depan dan belakang. Tak tahunya, orang dah naik muak. Sanggup lagi dia tunjuk muka dan ulang melodrama yang sama. Tu yang Kak Nab heran tu.

Haykh, kalau dah pemimpin dan pemimpin wanabe kita pun macam tu, Kak Nab tak khuatirlah kalau pembikin filem kita ala takat buat filem salinan fotokopi nak berubah pe'elnya. Lalu, kawan Kak Nab yang jujur mahu tengok industri kita berubahlah mangsanya. Sampai berapa lama kita nak hidup dalam kepura-puraan dan jahil pasif?

Soalan terakhir tu, Kak Nab biarkan kau orang yang jawab ya. Suami Kak Nab dah menunggu di bucu katil ni.

Yang Ikhlas
Kak Nab

15 comments:

Anonymous said...

kak nab!!! dah lama nak dgr citer kak nab!

Anonymous said...

kak nab!!! dah lama nak dgr citer kak nab!

kiki said...

siapakah pengarah tu kak nabb?? nak siat2 dia!

Hans said...

bro
sejak bila ko jadi Kak Nab nih
hehehehe

fadz said...

Hans, tu ko kena tanya Kak Nab. Kak Nab kadang2 je dtg kunjung blog ni, dulu dia cerita fasal Bangkok Train Station Story ke apa ntah..

fadz said...

ya, kak nab kembali jap tu..

PerangFilem said...

Suka dgn celoteh Kak Nab ni. Mcm Soseh-soseh dan Joyah.

Anonymous said...

kak nab ni milf ke? pasang gambar sekeping.

Hans said...

owh
Kak Nab tu orang lain la?

Kak Nab said...

Kak Nab pun suka dengan Perang Filem, banyak senjata tumpul dan tajam!

Hans, jangan main-main dengan Kak Nab tau, Kak Nab garang..

Hans said...

Kak Nab dah macam Kiah Propa pula
cuak den
ehehehehe
JAGE JAGE...ADE YANG MEMEHATIIIII....
heheheheh

Kak Nab said...

Ya Allah kau orang ni, bawak-bawaklah mengucap. milf milf segala..

Anonymous said...

kita femes!
http://www.anonymous-movie.com

TMBF said...

Saya juga pengulas yang mengata sampah, jamban, jijik tahap sebilik dengan kera. Tapi takde pengarah telefon saya marah-marah dan ugut-ugut pun! Ai jeles. :)

Aliff Ihsan Rahman said...

hahahaha~pengarah filem kita ni mmg tak jejak bumi kak nab..meraka terawang2an di angkasa puji-pujian...

(Btw,wujubkah industri kritikan filem ni malaysia dalam akhbar2 utama?)