21 November 2011

Mengalu-alukan Pengkritik/Pengulas Filem Blog

Setelah menonton acara merapu dan setahap Razzies Award dari segi pemilihan nominasi, dan beberapa keputusan pemenang semalam di FFM-24, setelah dimohon oleh beberapa orang kuat dalam industri perfileman, aku mencadangkan kawan-kawan, untuk kita beranding bahu melalui dalam talian (tak kuasa aku nak jumpa bersemuka, aku tahu korang pun sibuk ya amat) dan mengundi filem-filem Malaysia yang kita rasakan "baik" daripada haprak yang dipertunjukkan pada malam gala FFM-24.

Aku cadangkan beberapa syarat:

1. Filem yang dipertandingkan bermula dengan Oktober tahun ini sehingga Ogos tahun hadapan (tak susah untuk korang pilih, percayalah)

2. Semua filem Malaysia layak dipertandingkan, termasuk filem "art house" (selalunya ditayangkan di International Screening GSC) dan filem bukan bahasa Melayu (aku percaya, bahasa filem yang sebenar adalah imej dan susunan imej dna suaranya, bukan dialog dan penggunaan bahasanya, tetapi sila rujuk persoalan yang memeningkan: Mengapa filem Hikayat Merong Mahawangsa yang menggunakan 40% bahasa Melayu boleh dapat banyak nominasi, bukankah ini juga memberi peluang untuk Nasi Lemak 2.0 untuk turut layak dipertandingkan dalam kategori utama?)

3. Beberapa kategori utama sahaja dipertandingkan, mengikut kriteria New York Film Critics Circle Awards:
Filem Terbaik Pengarah Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Sinematografi Terbaik Lakon Layar Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelkon Pembantu Wanita Terbaik

4. Pada bulan Ogos tahun hadapan, senarai (oleh peserta kumpulan/majlis ini) akan dimasukkan dalam sebuah kumpulan FB (yang akan dibangunkan), diperbandingkan dan diperdebatkan (jika ada perbezaan tidak apa, hal ini yang akan diperdebatkan), dan senarai pemenang akan disiarkan di blog/laman masing-masing.

5. Aku akan buat sebuah kumpulan FB (mungkin dinamakan: Majlis Pengkritik Kuala Lumpur, atau Majlis Pengkritik Blog Bersatu) yang tertutup, khusus untuk ini. Kriteria sebagai pengkritik/pengulas akan disaring dahulu untuk melihat keaktifan seseorang menonton filem Malaysia dan berapa kritis/analitikal mereka terhadap penontonan sesebuah filem.

Aku syorkan, bagi yang mahu mengikut serta, menurunkan nama FB kalian, serta nama blog pada komen di bawah.

Trimas
Majulah Filem untuk Negara
Filem Kita Wajah Sarwa

fadz-

29 comments:

cik mutia said...

usaha baik ni. tapi nape nak kena ikut kriteria New York Film Critics Circle Awards? tontonfilem ni kira dibawah naungan mereka ke? Maaf la kalau soalan saya tak berapa sopan. Izinkan saya sambung belajar bikin jarum.

TMBF said...

@Cik Mutia: Ikut teladan orang bukan bermaksud tunduk bawah naungan orang.

fadz said...

Jadi TMBF, adakah anda mahu masuk serta.. Org pertama yg saya jemput dan terfikirkan waktu buat ini pun adalah anda.

PerangFilem said...

cantik gambar hiasan itu....

TMBF said...

@fadz: I'm in. :)

Syafiq said...

menarik ni. DramaticDurian minat jugak kalau dijemput :)

cik mut said...

takkan nak ikut buta-buta je cik tmbf. mestilah kena pandai sesuaikan dengan keadaan tempatan waima bangang sekalipun.

fadz said...

Ya Rabbi Cik Mutia oiii, kriteria di sini bermakna senarai "pemenang" yang saya nyatakan, senaraikan di atas (filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon lelaki terbaik, dan seterusnya), mengikut senarai2 kategori yg dibuat NYCC bukannya saya suruh ambik majijuana minum champegne dan makan babi panggang sambil tonton filem cik Mutia oiiii, nak kena tampar dgn Kak Nab ni! contohnya, kami tak percaya menda "cerita asal terbaik" dan "lakon layar terbaik" yg selalunya "ditulis oleh pengarah" menda ni tak wujud dlm dunia perfileman dunia, hatta Thailand dan Indonesia sekali pun, hanya Malaysia truly asia je terkinja2 buat ni.. contoh lagi, poster terbaik, filem cereka bukan bahasa melayu terbaik, dan zaamn dulu, filem digital terbaik, semua ni tak masuk pot..

"waima bangang sekalipun

memang bangang pun kalau terbuat!

fadz said...

TMBF, Syafiq, ok, aku cuba cari dlm fb eh!

is Kumpulan Pengkritik Kuala Lumpur alrite with u all?

Kawan Tolong Kawan said...

usaha yg baik tp aku tk setuju langsung dgn kriteria dr Barat tu, nape mesti Barat????aku x paham...nape perlu minum arak pakai seksi tu semua?

Henzy said...

Orang tu trolling jer abg Fadz. Jgn layan.

GAIA said...

kalau Kumpulan Pengkritik Filem Malaysia?

GAIA said...

'Kumpulan Pengkritik Filem2 Malaysia' is better kot?

GAIA said...

Perkataan 'Majlis' tukar pada 'Kumpulan' lebih sedap didengar.

Anak Pak Muin said...

criteria la kawan..bukan lifestyle..ape yg pening sangat ni

Anonymous said...

gua masuk.

Penchinta Ruang Gelap.

PS-Post Party mesti grand tau..huhuh

Imran Arjuna said...

Langkah yang baik Fadz!

xara said...

Enche Fadz, saya selaku pembaca tidur di sini menyokong usaha mewujudkan Majlis Pengkritik Filem (atau apa nama sekalipun). :)

chombi said...

bila nak bersidang ni? tak sabor teman.

Hans said...

akhirnya Kak Nab bangun dari katilnya untuk buat group fb
heheheheheh :-)

fadz said...

hans, ni kerja aku, bukan kak nab, huhuhu

Pechinta, errr, post party lu bayarkan? hahaahah

yg lelain, trimas! kawabatte!

Hans said...

kak nab fad...sama la tu...eekekeke..good luck

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

haha... ni na blog aku..

BLOG MOVIE MISTAKES:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/

BLOG REVIEW FILEM:
http://cikgumanstation.blogspot.com/

Vitamin said...

nama FB saya: Fasyali Fadzly terima kasih

Anonymous said...

ini FB aku, Arief Rosli

pisKonG said...

I nk join jugak! FB: Noor Hafiz Kamaruddin.

Thanks!

Salle Sulieman said...

Saya berminat untuk turut serta :D

fb: salle sulieman

fadz said...

Salle, maafkan saya eh, saya dah teliti dan kalau boleh mahu Salle lebih "analitikal", saya bagi chan, boleh tak cuba tulis satu rebiew filem dalam dewan budaya.. hantar rebiu tu ke fadliakiti()gmail()com..

yg dua lagi atas tu aku dah tanya dlm fb..

fadz said...

Salle, maafkan saya eh, saya dah teliti dan kalau boleh mahu Salle lebih "analitikal", saya bagi chan, boleh tak cuba tulis satu rebiew filem dalam dewan budaya.. hantar rebiu tu ke fadliakiti()gmail()com..

yg dua lagi atas tu aku dah tanya dlm fb..