19 December 2011

Songlap(2011): Cerita Tamat Kalau Ad Tengok "Uh-uh" Mak Dia

"Kota, kalau malam takde bintang"
-Razak

Ok, aku tonton filem ini dua kali sebelum boleh mengulas, hanya kerana ingin melalui satu pengalaman sinema yang jarang-jarang aku dapat rasa dalam sebuah filem Melayu. Aku risau juga kalau impak atau perasaan yang aku rasa mula-mula itu "menipu" lantas aku tonton sekali lagi. Hal sebegini, membuang duit aku semata-mata untung syarikat perfileman disebabkan aku melihat sebuah filem yang punya "cinematic feel" yang perlu aku lawati sekali lagi, hal ini jarang-jarang berlaku dan aku buat, hanya beberapa filem, termasuk beberapa filem Hollywood yang aku buat begini.

Filem ini adalah antaranya.

Filem ini dibuka dengan sikap "jauh melihat dalam" (long take), yep, kita, penonton, seakan "memerhati dari jauh". Kita sebenarnya sekali lagi dibawa masuk dalam suatu "realiti" visceral seperti mana yang ada dalam ... Dalam Botol. Kita merupakan "si pemerhati" yang mana memahami ini bukan filem "hiburan semata-mata" tetapi refleksi kebenaran hidup. Perhatikan betul-betul, mengapa latar bawah jambatan ini diambil. Pertama, kita lihat Ad (Syafie Naswip) dari belakang (atau memang mula-mula kita tidak tahu siapa dan mengapa dia di situ, membawa persoalan, sekali gus, memahami imej ini negatif) yang mendekati dua pasangan yang "gundah". Kemudian "pekerjaan memberi bayi haram" itu berlangsung.

Sedikit demi sedikit, kita nampak wajah Ad yang "kosong" melakukan kerjanya, memberi surat beranak (palsu) dan menerima habuan. Soalan: berapa kali dia melakukan kerja ini? Sanggup dia? Di sini, kita menemui satu lagi klu buat mereka yang ingin "menelaah" mengapa Eizlan dan Lisdawati di situ. Mereka memakai baju kelabu (sepertimana jambatan: penanda mereka tiada kena mengena dengan dunia Ad dan apa yang Ad akan tempuhi), dan kelihatan sungguh gembira bila mendapat "bayi". Cerita mereka berhenti di situ. Titik. Mereka adalah penonton dan segala jenis filem hiburan, cerekarama dan Metrowealth yang kita tonton (rujuk bagaimana tidak naturalnya dialog mereka, dan cara mereka yang canggung dan sangat keterasing daripada segala seterusnya filem ini). Titik. Ia berhenti di situ. Kita tidak mengikut mereka tetapi mengikut jejak Ad (masih hanya belakangnya). Ad sampai ke abangnya Am (Saheizy Sam) dalam kereta. Barang bertukar tangan, Am bagi duit tapi Ad bengang, pintu kereta ditampar. Kita sedari, dalam misteri, Ad, sedikit demi sedikit mula "membenci" kerjanya, dan di situ, dia mahu "memilih jalan lain".

Hal ini amat-amat menarik bagi aku. Satu perkara, aku sedari, selalunya, dalam nahu filem, apabila watak membelakangi kamera, suatu "sial" akan berlaku, kematian atau perangkap. Dalam filem ini, disengajakan, watak-wataknya membelakangkan kamera. Tetapi semua tempat "dibelakangkan" itu bukan penanda kematian buat mereka, tetapi penanda pilihan di persimpangan (watak akan buat pilihan) buat babak seterusnya atau bermakna "jalan cerita mereka panjang lagi". Hal ini sangat penting. Kita akan dipaparkan dengan beberapa "bahagian" filem ini yang memaparkan wataknya membelakangkan kamera. Banyak kali kita melihat Ad (kerana watak beliau yang paling banyak berkecamuk pilihan untuk membebaskan diri daripada konflik perangkap hidupnya) membelakang kamera, kemudian Ad dan Hawa (Hawa mengambil pilihan mengikut Ad) dan akhirnya(spoiler!:), Am pada akhirnya. Aku menyedari, ramai penonton Melayu yang "bebal" (dan sehingga kini masih berbicara) bagaimana tergantungnya pengakhiran filem ini. Babak akhir Am yang berlari dari belakang itu semacam bicara "habislah mamat ni", tetapi tak, ia penanda paling optimis buat Am, kerana "cerita" adiknya iaitu Ad "sudah selesai". Kamera merapatkan fokusnya kepada Ad, Ad mendepani kamera. Ceritanya sudah selesai (detik ini mengambil semangat filem-filem neo-realisme awal walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku di Kuantan). Syot ini penting. Rujuk Midnight Cowboy. Pengakhiran filem itu dibuat dengan tangkapan "sisi" si pelacur lelaki dengan kawannya yang mati di sebelah, kemudian bas bergerak terus memasuki Florida. Dalam filem itu, ketidaktentuan akhirnya jelas, malah sedu kerana ironi "gol" yang dipaparkan. Dalam filem ini, pengakhirannya jelas optimis. Am mungkin masih tercari-cari pilihan hidupnya, tetapi Ad, sudah dewasa dan matang dan kini mendepani pilihan dan dirinya (mendepani kamera).

Ini sebenarnya sebuah filem yang senang ditonton, tetapi kerana isu yang diutarakan amat menyakitkan, malah dibikin dengan amat gelap, ini yang membuatkan penonton yang terbiasa dengan bumbu formulaik Disney-Hindustan melodrama Melayu (ini termasuk happy ending Ombak Rindu), menonton filem ini semacam mengeluarkan gigi berlubang dari gusi.

Bahkan inilah yang biasanya diagendakan oleh suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, yang pernah membawa sebuah filem remaja angst gelap, Kami. Malah isu yang diperkatakan dalam filem ini juga amat-amat menyakitkan, seperti mana dengan Anak Halal, yang mana persoalan anak gelendengan, pengambilan dadah, anak luar nikah, menjual bayi seludup, sindiket menyeludup wanita, sumbang mahram, pelacuran, dan buang anak. Bagi aku, inilah sepatutnya Anak Halal.

Aku suka kekuatan mereka yang mana, satu-satu babak itu boleh sahaja berlaku "pelbagai perkara" yang perlu ditonton dua kali untuk melihat "ketelitian" ini (rujuk kepelbagaian drama dan detik yang berlaku pada babak-babak tempat judi). Inilah kekuatan yang wujud dalam filem luar dan kini diguna pakai dengan baik dalam filem ini.

Berbalik kepada jambatan itu tadi, anda akan memahami hal "kecil" ini apabila menyedari mengapa Ad tiba-tiba marah (protes terhadap abangnya secara diam) selepas melakukan hal itu (kita faham di sini, Ad sudah serik berada di bawah jambatan itu). Dan sebab itu, "jambatan" itulah juga (yang berkemungkinan menjadi tempat mainan Ad dan Am masa kecil) menjadi tempat "terakhir" Ad mendepani Am (rujuk perubahan kata nama yang dipanggil oleh Ad terhadap abangnya). Hal-hal subtle sebeginilah yang melantun aku untuk menutup mata dan merasa betapa indahnya filem ini.

Bagi aku, babak Hawa (Sara Ali) yang dirogol oleh ayahnya lalu mengandung anak luar nikah adalah cerita yang paling berkesan dan emosional. Kita dititipkan hal ini satu per satu dengan paparan klu dialog dan imej sahaja. Apabila adik Hawa, Razak menyatakan kepada Ad berkenaan "Hawa macam kakak yang tak pernah ada", kita faham bahawa Hawa "selalu lari dari rumah". Mengapa? Klunya jelas, kerana Hawa "dinafsui" oleh ayahnya sendiri (Abdullah Omar). Kini, Hawa "disimpan" kerana mengandung. Kita akan menyedari lagi satu kesakitan yang paling menakutkan, ayah Hawa "tidak mahu" anak itu dan menyedari akan "membuangnya". Di sinilah mengapa Hawa perlu mendepani ayahnya (dan dia tidak suka mendepani hakikat) dan bertanya "Siapa anak ni ayah?"

Dengan cerita Hawa menyoal ayahnya, di sini ikatan yang turut disiarkan indah iaitu Ad dan ibunya seorang pelacur (Norma Damanhuri). Inilah kesengajaan dua pengarah ini menonjolkan bagaimana dunia kemiskinan dan penzinaan memecahkan "kasih-sayang" dengan suatu penelitian yang bukan senang. Kaitan terkuat ialah Ad apabila bertemu dengan ibunya, ibunya "tidak kenal" anaknya lantas sanggup memberi tubuh untuk anaknya main. Di sini perkaitan Ad untuk perlu bersama Hawa (kerana Hawa juga mencari ketenangan dalam segala kegilaan ini). Dan sebab itulah, Ad, yang melihat ibunya dari jauh, dan masih "berjauhan" walaupun bercakap dengan ibunya, memekik, "Ini akulah, ini aku!"

Menyedari siapa diri adalah maksud pertama filem ini. Dari titik itu, kita bertemu dengan satu lagi makna kemanusiaan filem ini, kekeluargaan. Inilah yang "diberikan" oleh dua pengarah ini (makna yang sama wujud dalam Anak Halal, penciptaan sebuah "keluarga baru" daripada keruntuhan keluarga biologi) apabila watak-wataknya menyedari siapa diri mereka sebenarnya dan yang mereka benar-benar mahukan daripada "hidup". Oleh sebab inilah aku menyatakan mengapa Ad pada akhirnya menjadi "matang" mendepani hidup (dia duduk tenang, tidak berganjak lagi, walaupun separuh dirinya hancur kerana kata-kata abangnya), sedang Am masih tercari-cari" makna sebenar untuk hidup di kota (dia memikirkan, duit adalah segalanya). Maka tersonglaplah jiwanya, inilah yang lebih menyakitkan daripada duitnya dikebas.

Lakonan dalam filem ini memberangsangkan. Semuanya aku suka malah Sarah Ali mengejutkan. Dia diam tetapi penuh memahami perwatakannya. Saheizy Sam mempunyai watak yang menarik, seorang "fallen fool" yang tidak menyedari kebenaran di depan mata, malah wataknya mempunyai "depth" yang menarik dan tidak pernah dibikinnya. Tetapi filem ini kepunyaan Syafie Naswip bagi aku. Dia mengangkat sakit, tuli, marah dan sayang Ad dengan suatu emosi minimalis yang amat-amat menakutkan tetapi turut menunjukkan vunerability. Babaknya dengan ibunya merupakan babak-babak paling terkesan dengan mood yang sungguh Wong Kar Wai. Para pelakon lain turut menunjukkan kehebatan walaupun watak sampingan, Abdullah Omar, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi dan Norma Damanhuri.

Aku menyukai runut bunyi filem ini. Suntingan juga sangat ligat dan sinematografinya indah, walaupun ada beberapa yang sedikit bercelaru dari segi teknikal. Babak cemas kereta berkejaran juga dibuat dengan baik. Filem ini kenal apa ertinya membikin sebuah filem yang baik, dan sememangnya pun, antara filem terbaik Malaysia tahun ini.

nota fadz: Pengarah 80-an hebat Nasir Jani turut mengambil peranan cameo, sila lihat bahagian mana.

trivia: (spoiler) Jika anda sedari, Ad menukar beg duit abangnya dengan kertas, Soalan: adakah benar-benar Ad menyonglap kesemua duit abangnya? Hal ini menarik untuk diperdebatkan, melihat kepada tahap kemanusiaan yang anda dapat lihat terhadap watak Ad.

klasifikasi: 18, dan sepatutnya kerana mengandungi babak dialog lucah, tema seks, keganasan dan adegan darah yang sederhana, pembunuhan haiwan, dan adegan melancap yang samar.

31 comments:

Pegawai Khalwat said...

Setuju!

GAIA said...

mungkin benar Ad songlap duit abangnya, pasal nampak dia pegang duit banyak dlm bas....

Ajami Hashim said...

panjangnyaaa!!! :)

Johnny said...

thanks for your kritikan membina. in-depth & intelligent.

fadz said...

Johnny, thx..
ajami, thx!

Gaia,
bagi aku, Ad tentu simpan sikit kat umah, melihat kepada dalamnya kemanusiaan diri dia.. (bhg mana yg dia tgk banyak duit dlm beg selepas babak Am sedar dia kena songlap?)

Pegawai Khalwat..?? ...... (terus elipsis aku)

M.Zul said...

Very good review Fadz! I saw this film about 2 months ago, dan perkara pertama yg paling menarik ialah trailer yg ditunjukkan sebelum filem bermula. Semua yg menonton ketika itu kagum. Lagu yg digunakan sangat bijak, membuat orang yg menonton akan teringat-ingat.

Tentang filem: I love how it's made. Cantik. Great shots. KL yang bercelaru nampak celaru yg teratur (if that's possible :) )

Cuma dua perkara yg menganggu: pertama, rasanya act 1 agak panjang. Lama menunggu apa inciting incident nya. Kedua, to me, dramatic need character Shaheizy kurang jelas. Mungkin dia pun tak tahu, tapi nak mengikuti perjalanan dia, nak juga tahu apa tujuannya.

The rest of the film is excellent. Lakonan semua pelakon sgt mantap dan berkesan. Isu yang dibawakan sangat perlu dan relevan.

But oh yeah, since filem ni 18, sepatutnya final act boleh lagi brutal kot? Haha.

But thumbs up to the directors and producers. Songlap memang bagus dan wajib ditonton!

zulazahari said...

Kenapalah cerita Melayu best mesti ditayangkan dgn cerita2 lain yg jugak best....Alvin and the Chipmunks untuk anak aku....Mission Impossible 3 wife aku nak tengok (aku pun)....cerita ni pun....rabak woo!!

Anonymous said...

fadz,

aku kagum dgn kedalaman kau baca sesebuah filem..

angkat topi bro!

deripop said...

woh, kena tonton ni!!!

Anonymous said...

kagum!!!

akan tgk!

zulazahari said...

Yep, memang bagus kalau segala ulasan filem Melayu dlm blog ini dibukukan, mungkin boleh jadi 1001 Movies You Must See Before You Die versi Melayu.

fadz said...

M.Zul, i felt the same feeling u had when i watch it for the first time. Masa i tgk kali kedua, then i realise apasal lah mamam Saheizy ni macam kalut (malah sesat daripada apa yg Syafie bawak), i nampak, dia seorang "fallen fool", jester, clown, yg kini "the joke is on him", sikap dia tak tahu kenapa dia buat tu menambahkan sikap "naif bodoh" dia which i felt interesting, seems he is a smart alex, right till the end "kau nak tambahkan berkat kau lagi kan?" kata dia out of nowhere... yeap, dia pandai dlm dunia yg dia tahu tapi dia tak pandai dlm dunia yg matter most, famili dia. pasal tu dia kena songlap. macam abdullah omar jugaklah, right from his fingerssss..

fadz said...

zul, takkan sebegitu kali kot...

tapi mau juga akum join dgn kawan, TMBF, BinFilem, Ajami, dan beberapa lagi, heheheh

fadz said...

anon-anon, trimas!

Nazli Shah Fraiture said...

Bagi aku, bukan setakat filem Melayu terbaik tahun ni, tapi filem Melayu terbaik for the past 3 years at least.

Tapi kita semua sedia tahu, even you Mr Fadz, yang filem ini tak akan dapat sambutan dan 95% daripada penonton akan cakap filem ni pening, entah apa-apa, tergantung, dan yang sewaktu dengannya.

Masa aku tengok hari tu pun, bila habis je, boleh dengar desas-desus penonton.. "Hah! Itu je?" dan "Ntah apa-apa laaa"...

Hakikatnya, 95% penonton filem Melayu memang bengap..

*Disclaimer : sepanjang 3 tahun lepas, aku hanya telah menonton 3 filem Melayu; Hantu Kak Limah, KL Gangster, dan Songlap. Tapi i stand by my earlier statement, this is the best Malay movies for the past 3 years at least. Filem-filem Melayu lain aku tak perlu tengok pon dah tau filemnya bangang.

fadz said...

Nazli, tapi bgmn dgn filem yg menang FFM, Hikayat Merong Mahawangsa, kemudian Muzika? Papadom sebelum itu? Haha, satu hal yg menarik dan sekurangnya aku jumpa seorang kawan yg celik. (tapi mesti ada yg bantai nanti ni).

Amy Z! said...

Thanks for THIS review. Like it very much.

terpekikterlolong said...

aku taip komen ni sambil dengar lagu m daud kilau-gila judi.haha..serius filem ni mmg hebat.boleh aku katakan 1 of the best malay movie yg pernah dihasilkan.mmg aku setuju sgt dgn ape yg ko ulaskan ni..thank u

Anonymous said...

i just love this film!! great review!

fadz said...

takper, trimas!!! wah, sampai dgr m daud kilau, whoooahh, tu dah tahap cult layan.. tu..

fadz said...

Amy Z!! lama x dgr cerita, and thanx!!

aliraja said...

sayang tak ramai kawan2 yang nk tgk filem ni sebab tak boleh nak jamah intipati dan jalan cerita ni (baca:berat)

oh ya..ada babak penting juga bila Am cuba nasihat Hawa sehingga Am sendiri terbawa2 dan tenggelam dalam kesan psikologi waktu kecil (didera oleh bapa)- dan aku tak faham kenapa ada penonton boleh ketawa ketika babak ini sbb bagi aku babak itu serius.

Filem terbaik dan amatlah beruntung jika dapat memiliki poster terhad flem ini.

piji said...

aku suka point kau, tak ramai yg dapat tangkap... kalau ad dapat berbaik dgn maknya, mungkin ad tidak akan tolong hawa sebab dia bersama maknya (di kota), walaupun mungkin dia kalah jadi B-Boy, dia ada mak dia.. inilah sebenarnya ceritanya.. takda apa makna moral atau didaktik bukan-bukan.. hanya cerita org kecik yg buat pilihan hidup kerana desakan.

fadz said...

aliraja, aku pun nak, jom kita serbu Sri Pentas TV3 ituss..

piji, trimas!!! aku igt aku sorang..

adib said...

terima kasih kerana review ini, ini adalah antara filem yang aku terkejar2 untuk tonton di wayang. dan seperti kau, aku dah tengok 2 kali.

aku suka betul filem ni. pendapat aku ia mengandungi grit filem u-wei tapi dengan suntikan moden (kamera, soundtrack dsb). flow cerita smooth, plot dijaga baik, struktur sosial lengkap. attention to detail; jaket razak sebagai chekov's gun... filem ini dibuat dengan ilmu. aku bangga tak terlepas menonton.

fadz said...

struktur sosial lengkap... wow.. tergamam aku adib..

yep, ni filem bagus..

Anonymous said...

Cite berkualiti dah jarang hadir selepas yasmin ahmad pegi, tp songlap ni antara yang dpt membangkitkan feel tu,same jugak anu dalam botol, di mana realiti kehidupan itu terasa dekat sekali dengan kita.

AmirBasaruddin said...

satu benda yg buat aku confuse smpai skrng,time credits last tu,nama watak saheizy sam-adam besar, shafie naswip-adam kecil,adakah dua watak ni orang yg sama?

Bukan Sepet said...

Fadz,

haha. Aku tonton filem ni tanpa baca review ko dulu. Just base on instinct masa lihat trailernya di TV. (Sampai kini aku tak tengok ombak rindu..!)

Dah lama, baru teringat nak baca.
Tapi, eh betullah kata ko! haha. Setuju! Filem terbaik buat aku.

Feel Yasmin Ahmad dah kembali. Selepas tonton filem ni, I said to my wife, kita kena hafal 2 nama ni. Effendi dan Azlina. Dan memang, penonton kita pelawak. Ketawa kat tempat tak patut ketawa dan sukakan ending yang jelas tanpa perlu fikir... nak buat macam mana kan? Filem kita wajah kitalah sangattt... Good review. Agree 100%.

Anonymous said...

Sara Ali dalam filem ni totally tak cakap tapi lakonan dia memang super.Memang penonton malaysia mcm ni tapi adegan melancap yang samar tu part mana?

fadz said...

yey Sepet!

Anon, Abdullah Omar masa tu dlm teksi, tgk gambar Sari Ali, bunyi dia berkocak, pakah itewww?

yeap, sgt subtle, hanya yg tahu yg tahu, patutlah LPF lepas..