26 March 2012

Kak Nab Jumpa Pensyarah Media Syok Sendiri

Assalamualaikum semua,

Tadi Kak Nab sedang minum kopi sambil belek Antologi KOPI yang Kak Nab dapatkan di CM Annexe (Kak Nab rasa muda sikit bila jalan-jalan dekat situ). Suami Kak Nab, yang sengaja nak buat hati Kak Nab lusuh pagi-pagi gembira ni letak Sinar Harian dengan cerita kecaman seorang pensyarah kanan tak habis "Dr."nya berkaca-mata katak terhadap sebuah filem "seni". Terus tersembur kopi pekat Kak Nab kat muka pensyarah tu yang dulu Kak Nab "feeling feeling" juga sebab dia suka benar pakai baju ketat (Kak Nab selalu paksa suami Kak Nab pakai baju kerja ketat dan merah jambu, tapi suami Kak Nab ni tak sporting, terpaksalah Kak Nab tunggu dia berlengging dengan pelekat tanpa cawat untuk naikkan syahwat malam Kak Nab).

Kak Nab rasa nak nagis tau.

Kak Nab ni bukanlah pandai sangat, bukan macam Fadz tu yang nerdy (maaf Fadz), semalam pun teruk Fadz tersasul nak mengulas Hunger Games di Awani, tetapi Kak Nab ni bolehlah layan filem yang nampak mi segera (macam Hantu Bonceng) dan yang dimasak secukup rasa (macam Bunohan ataupun KL Gangster, Kak Nab masih terngiang-ngiang dada ketul Ady Putra). Mi segera maknanya filem tu sedap (boleh tonton), bajet ciput dan dibuat laju. Kak Nab takde masalah dengan tu. Tapi bila Dr. Spek Katak tu hina habis-habisan filem Bunohan, Kak Nab rasa macam nak menangis, sebab Kak Nab pun suka filem tu. Adakah Kak Nab ni tergolong dalam kalangan minoriti hanya kerana Dr. Spek tu kata filem tu caca-merba? Adakah Kak Nab akan tergolong dalam kumpulan GLBT yang tiap-tiap hari dibantai oleh Utusan? Habislah hidup Kak Nab. Mana suami Kak Nab yang cepat hilang ni, mana Kak Nab nak luahkan perasaan dan basahkan dada baju Raoulnya dengan air mata Kak Nab yang mula berderai-derai ni.

Kak Nab suka Bunohan. Kak Nab memang tak lah dapat tangkap sangat, mengapa ada model berekor buaya, siap buat catwalk keluar kolam, kenapa model tu pose depan piramid, kenapa Faisal Hussein (yang seksinya, Tuhan je tahu dalam filem ni) dikelilingi burung. Tetapi filem tu buat Kak Nab nak tengok sekali lagi dan sekali lagi, alah, macam filem-filem Iran yang Kak Nab tak faham tu lah, atau yang Fadz selalu pujuk Kak Nab tonton macam Mullholland Drive dan The Tree of Life. Fadz ajar Kak Nab, "Filem-filem ni tak puas tonton sekali je, kena tonton berkali-kali, dan setiap kali menontonnya akan dapat pengalaman yang berbeza." Macam itulah yang Kak Nab dapat daripada Bunohan. Kak Nab dah tonton tiga kali, jangan jeles!

Kak Nab sangat rasa, Dr. Spek Katak tu hanya tonton Bunohan sekali, dengan rasa marah-marah sambil mengoyakkan baju sendatnya macam Hulk keluar pawagam.

Tak boleh macam tu Dr., bersabarlah. Lagipun bila Kak Nab tonton sekali lagi, Kak Nab dapat tengok ada jantan Siam yang badannya kekar berbenjolan bantai Zahiril, Tuhan, nikmatnya. Dah lah tak aurad! Mmmmm...! Atau awe kelate kulit putih yang kiut-miut dibantai oleh Zahiril. Ya Allah, memang nikmat betul, pandailah abang Dain pilih pelakon. Itulah nilai mata orang kata di layar serba putih.

Jadi Kak Nab rasa canggung sangat bila Dr. Spek Katak cakap macam tu kat Bunohan, bagilah peluang Dr. untuk menilai filem tu. Macam "dramaturgi" yang Dr. tu kata caca-merba dalam filem tu. Kak Nab pelik, Kak Nab ni bukanlah pandai mana, tapi Kak Nab tahulah juga nak sesuaikan dramaturgi Bakar yang sangat ligat bermuka-muka, bertopeng-topeng, menyalut dirinya dengan pelbagai bentuk wajah, depan ayahnya dia lain, baik bebenor kata orang Perak, depan adik luar nikahnya lain, kurang ajaq kata orang Kedah, depan mangsa-mangsanya dia nate boyo kata orang Kelantan. Depan Datuk Politik nak projek dia terkedu-kedu macam anjing. Itu bukan DRAMATURGI ke wahai Dr. Spek Katak? Kak Nab rasalah, Dr. Spek Katak ni sengaja guna istilah-istilah besar macam antropologi dan dramaturgi, hanya untuk tunjuk lagak yang kata-katanya hebat dan tak terlawan. Dr., sekarang kita dah ada Wikipedia tau, semua kita boleh "check".

Lepas tu, yang paling menyakitkan jiwa Kak Nab ialah, ada kah, dia bagitau yang "Azura yang juga teks berat"(!) HELLO!!! Dr., filem tu budak darjah tiga pun boleh faham, Kak Nab pun tahu filem tu ringan (tapi best tengok Kak Ogy dalam filem tu, memang primadona). Azura yang terbaru tu orang tak pegi tonton sebab nampak "old school", klise, nampak "lembab" macam filem-filem 90-an lamalah Dr. Sahlah, FFM tahun ni, Azura akan banyak dapat nominasi, Kak Nab berani kerat jari!

Lepas tu Dr. tu menyatakan "berat"nya Dil Tu Pagal Hai dan "ringan"nya Kuch Kuch Kota Hai. Masa tu, Kak Nab dah tak tahan dah. Ini dah tahap hasutan, tahap fitnah bagi Kak Nab. Memang, Kak Nab tak suka banding wujudnya filem komersial, dan wujud pula filem yang kononnya "art house cinema". Filem adalah filem, bagaimanapun yang kita mampu dan mahu tonton. Pengalaman kita menontonlah yang menentukan citarasa kita. Macam Kak Nablah, dah tonton Kongsi dan ketawa dengan Hantu Bonceng, sekali-sekala Kak Nab nak juga tonton Bunohan atau The Tree of Life, Kak Nab dapat juga sesuatu. Kak Nab sedih sangat, sebab kalau di Amerika, nama pengarah macam David Lynch, yang buat filem yang separuh orang di Amerika pun tak faham kisahnya, tetapi mereka angkat dan kobarkan namanya kerana keunikan karyanya. Macam Terrence Malick juga. Kak Nab sedih juga, sebab kalau Bunohan dibuat di Indonesia, atau di Thailand, Kak Nab dapat rasakan bagaimana orang-orangnya akan angkat filem ini, dan sekurang-kurangnya ambil tahu. Macam filem-filem Garin yang juga cantik-cantik, atau Nia Dinata. Orang Indonesia, mereka tahu nak julang para pengarahnya, yang boleh laku di bioskop atau yang mungkin "berat sedikit" untuk penonton massanya. Yang penting, "asyik ditonton". Dr., berhentilah jadi pensyarah, usah teruskan hasutan mereka-reka kebencian orang untuk mengenali dunia wayang tiada sempadan ni. Kak Nab sangat-sangat rasa tertipu dengan artikel dalam Sinar Harian ni.

Lepas ni, Kak Nab nak boikot Dr. Spek Katak, kalau nampak je dia kat TV, Kak Nab tutup. Kalau masuk mimpi, Kak Nab jerit bangun, "nightmare!" Kak Nab hilang hormat Kak Nab kat dia. Sedih betul. Nak hilangkan candu artikel hazab ni, Kak Nab terpaksalah pegi tonton Bunohan kali keempat malam ni di TGV KLCC. Siapa-siapa yang terluang tu, jom ikut Kak Nab, macam Huzz selalu cakap: Filem ni memang best sangat! Jom kita tonton ramai-ramai bawak mak cik dan orang tersayang! Kalau tak, rugi you!

ps: Kak Nab nak promo, filem ni masih tayang di TGV KLCC sampai Rabu ni, jom!

11 comments:

Anonymous said...

bunohan dah abis lah kak nab. saya nak tunggu kak nab masuk neraka sebab melawan cendiakawan macam dr bob tu. aw.

Anonymous said...

MAK AYAM suka la cara KAK NAB ni tulis.. DIVA gitu.. MAK AYAM tau ramai suka filem mee segera. MAK AYAM tengok filem yang orang kata dapat pungut 8 JUTA tue.. apa lagi filem ADNAN SEMPIT 2.. MAK AYAM tengok kat youtube je sebab laki MAK AYAM tak nak MAK AYAM langgan kat saluran astro tue sebab laki MAK AYAM kata filem sampah macam tue buat habih duit ja.. MAK AYAM mula tengok. memang pukimak tahap gaban.. macam sial filem ADANAN SEMPIT lagi SEMPIT OTAK ORANG YANG NONTONNYA. apa2 pun MAK AYAM tunggu BUNOHAN keluar DVD sebab ada the making dan macam2.. pas tu tunggu ASTRO FIRST jugak walaupun MAK AYAM dah tengok BUNOHAN dah 5 kali. kau ada! hehhe

Hans said...

amboi Kak Nab....marah bebenor..sabar Kak Nab..kang marah selalu muka cepat tua..lari kang laki U tu...

Kak Nab said...

Kak Nab x marahlah Hans, cuma sedih.

Anon atas tu nak jadi tuhan nampaknya, boleh pula hukum-hukum orang masuk neraka.

ryann said...

habis tu, kak nab tak tengok rancangan pilih kasih lah ye.

Hans said...

sabar jer lah kak nab dengan anon atas tu..ramai manusia macam tu skrg...

Anonymous said...

kak nab dah bawak anak tengok seefood?

Kak Nab said...

Ryann, Kak Nab tengok, tapi masa Dr. tu keluar Kak Nab padamlah kejap.

sultanmuzaffar said...

Kak Nab,

Jangan lupa tonton saya di Kemuncak Pilih Kasih. Saya guna lipstick merah jambu & shawl lilit di leher.

Yang ikhlas,
Mek Yah

seniman jalanan said...

luahan kak nanb pada spek mata katak mcm luahan pakwe gelap kat awek arr...
tanya pakwe gelap kak nab tu pernah bikin filem kontot tak nak cerita pasala dramaturgi....

yuni said...

nape kak nab rasa nak nagis?