19 June 2012

Akan Datang: Juvana (2012)

Yeap, siri drama yang memenangi Anugerah Skrin serta mendapat sambutan hangat tahun lepas sudah difilemkan, dan akan ditayang tidak lama lagi:




Juvana merupakan kesinambungan drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).


Kisah kita mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.


Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.


Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.


Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula.


Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.


Ah, akhirnya ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu di sinema Malaysia!

3 comments:

maPieCeoFarT said...

dalam filem pun Daim terus dibuli ke? alaaaa... :(
Watak Cikgu Zakiah masih ada ke dalam filem? harap tiada. hanya nak tengok apa berlaku pada Botak dan Daim. wajib tonton! :)

maPieCeoFarT said...

dalam filem pun Daim terus dibuli ke? alaaaa... :(
Watak Cikgu Zakiah masih ada ke dalam filem? harap tiada. hanya nak tengok apa berlaku pada Botak dan Daim. wajib tonton! :)

TAd said...

perlu ke drama tv yg difilemkan dijudulkan "so and so...the movie". Memang pun jelas it is a movie when it's on the big screen.