23 July 2012

The Dark Knight Rises(2012): Turun Naik Seorang Adiwira

Masalah terbesar (dan filem ini punya masalah-masalah tertentu) dalam filem ini berlaku, kebanyakannya pada bahagian tiga filem ini (third arc) apabila kebanyakan klimaks filem akan terlerai dan diselesaikan. Wayang dalam dunia Nolan, selalunya cukup persis dengan masa dan logik (sepertimana logo filem produksi Nolan yang menampilkan Inception), jadi bayangkan apabila dua ruang dicipta (yakni bandar Gotham yang sangat Barat-New York kepada dunia penjara alam Bane yang sangat Timur Tengah/Afghanistan) yang tidak mungkin berdekatan melanggar ruang masa dengan kehadiran adiwiranya untuk "menyelamatkan keadaan". Oh ya, Gladiator pun pernah berbuat begitu ya tak?

Tetapi lebih buruk daripada itu adalah "suara rakyat" yang mengelilingi dan mendiami Gotham. Serius, jika dilihat cara pembangunan "kota" dan "anak kota"nya, kita seakan boleh membaca bagaimana suara Gotham itu yang pasif, mula diuji (dengan lebih berkuasa pada bahagian kedua, yang setentunya bahagian paling kuat antara ketiga-tiga trilogi adiwira Nolan ini), dan kemudian, pada bahagian ketiga ini yang sepatutnya "bersuara terus" (sepertimana kemahuan "menipu" Bane supaya anak kota itu bersuara sepatutnya) menentang puak elit dan kaya. Ya, ada babak-babak tertentu memancarkan ini, dan kelihatan "tampak" tetapi tidaklah berkesan. Filem ini sebenarnya punya potensi besar untuk melebarluaskan permasalahan sosial dan moral kelas/rakyat marhaen ini, tetapi yang kita dapat hanyalah budak-budak yatim dalam bas sekolah yang tawaduk dan ikut kata (OK, pelik tak kalian rasa, akhir-akhir ini terlalu banyak filem adiwira ada babak budak-budak dalam bas/kenderaan atas jambatan?)

Ada satu babak pukul, kemungkinan Nolan sudah tidak ada poket imaginasi dalam aksi atau mengambil homaj terhadap siri TV 70-an Batman, kelihatan Batman bergaduh dengan Bane dengan pukul memukul (with their own hands, literally) jelas sepertimana berlaku dalam pergaduhan tumbuk tumbuk siri 70-an suatu masa dahulu!

Berbaloi tak trilogi akhir filem ini? Berbaloi sebenarnya, lebih-lebih lagi dari struktur perwatakan, khusus peleraian perwatakan, terutamanya memberi tirai akhir buat Bruce Wayne/Batman (lakonan masih biasa Christian Bale). Malah dengan menakutkan, sepertimana aku rasa ia mencungkil keinginan komik gelap DC ini pada era 90-an, ada babak yang menampilkan Batman tersengih, menyeringai semacam JOKER lantas menampilkan maniak Batman sudah mencapai bulatannya serta pascapertemuannya dengan "kegilaan" moralnya (dengan Joker pada sekuel filem).

Hans Zimmer hebat, runut bunyi filem ini meletus dengan warna dan kuasa. Sewaktu suara "bangkit bangkit" itu dinyanyikan, aku turut menyanyi "bangkit" dan mahu Wayne "bangkit" untuk keluar. Pengarah Spider-Man Marc Webb pernah menyatakan, kehebatan filem adiwira bukanlah melihat bagaimana si adiwira itu menunjukkan kehebatan kuasanya bergaduh tetapi bagaimana mereka boleh "jatuh" dan "bangkit" semula untuk melawan kegelapan psikologi dan emosi yang meracunnya (the inner weakness/enemy). Filem ini ada usaha itu dan ini menarik. Benar, antara kesemua francais adiwira yang keluar, aku selalu mengiyakan formulaik seronok original Superman lakonan Christopher Reeves yang kemudiannya wujud dalam Sam Raimi Spider-Man dan Captain America. Tetapi trilogi Nolan ini sememangnya "adiwira abad ke-21" yang punya kesegaran baru kerana banyak melanggar kelaziman yang diinginkan dalam sesebuah filem adiwira, malah menggelapkan lagi moral dan psikologi wataknya. Nolan berjaya dalam hal ini, dan punya beberapa babak dan pengakhiran yang indah. Tetapi kasihan, suara-suara sepatutnya yang kita ingin lihat, menutup trilogi terbesar ini tidak kesampaian kerana Nolan terlalu "selamat bermain" dengan pemberian putih lawan hitam yang sudah diagak dengan lenggok akhir (final twist) yang sudah tentu membuat ramai penonton bengang.

10 comments:

akitiano said...

Boring!

Jiman Najmi said...
This comment has been removed by the author.
Jiman Najmi said...

#correction, pengarah spider-man baru namanya marc webb,bkn marc webber. other than that, good review, saya akan lagi puas hati kalau ending tunjuk muka alfred senyum then terus cut to black. but maybe too ambiguous and too inception-like, tambahan lagi Nolan mungkin mahu memberi closure yg pasti utk trilogi hebat ni. sekrg pun ramai yg argue endingnya hanya mimpi alfred, sedangkan dah diberi petunjuk yg menunjukkan sebaliknya.

macammana batman boleh kembali dari penjara ke gotham dlm masa yg singkat? "he's the goddamn batman!" :)

farahmi said...

nice review...dalam satu interview, Nolan pernah cakap yang TDK trilogy di tangan dier, is the story of Bruce Wayne. So sepanjang trilogi filem nie, we see more Bruce rather than his alter-ego. It makes Batman more relevant in today's world. So ending filem nie, mungkin untuk memberi satu kenangan indah terhadap Bruce setelah apa yg dia alami dalam 2 filem terdahulu (kematian Rachel and his parents...). Satu lagi, Alfred nampak sangat releven dalam TDKR. walaupun screentime dier sedikit, but it makes me cry.huhu...truly 1 of the best trilogies that we've ever had. teringin nak tengok the next batman's interpretation..

zulazahari said...

Batman R.I.P (atau mungkin akan bangkit semula dari kuburnya??)

Jiman Najmi said...

batman x matilah.

Nightwing said...

Aku setuju dengan kau. TDKR ternyata salah sebuah filem terhebat yang pernah dihasilkan, Chris Nolan ftw!

LELAKI INI said...

tak tgk lagi..jap lagi la kowt!

aku said...

dude actually ko je yang bengang. Orang lain tak. Haha.

TAd said...

Although I prefer Chris' other films better such as "Following", i never liked less any of his other films. The Dark Knight Rises to me is a clever conclusion to the earlier two parts, that ties and ends everything together. And i particularly like the ending - the epilogue.