02 March 2013

Rock Oo!(2013): Pastisye Pathos

"Ghout boleh menyebabkan negara musnah!" - Jijo

"Dan aku tersentuh ..." - Amy


Filem ini berkenaan nostalgia, tentang apa yang sudah lepas dan apa yang tidak dapat diambil kembali. Hanya percikan keping kertas yang ditiup angin, lalu kita hanya menontonnya dari jauh.

Filem ini digerakkan oleh naratif (dan POV) Amy Mat Piah (Que Haidar) dan sesungguhnya berakhir dengannya (ingat yang pertama digerakkan oleh siapa?). Ada suatu babak yang menyayat dari sudut Amy. Zul Kapan (Soffi Jikan) mengambil tempatnya lalu menyanyi, dengan penuh rasa dan jiwa. Studio tempelan bekas telur bergegar. Lagunya berhantu. Jiwa Amy menggetar, lalu dia berlari-lari menangis. Kita tahu dua hal yang berlaku. Pertama, Amy sedar "kecil"nya dia di hadapan Zul, kedua, lagu itu sungguh "sempurna", Amy menyedari dia tidak sepatutnya di situ.

Sesak hati Amy tentang apa yang dia mahu dan dia takkan dapat merupakan metafora terbesar filem ini; tentang kumpulan Rock yang dikecam (sepertimana Hassan Muthalib menyindirnya) dan diperlekehkan, serta era yang "dilupakan".

Those were the good days, orang puteh akan berkata. Lenyap ditiup angin. Metafora itu diperkuatkan apabila AMy menyatakan bagaimana dengan fasa Menteri Penerangan memotong rambut para rockers mematikan era dan kesungguhan idealogi dunia itu. Apinya padam dan hanya berterusan dengan CD dan putaran YouTube.

Aku menyukai beberapa gaya penggambaran yang dibawa dalam filem ini, suatu pujian buat pengarah sinematografinya (walaupun ada yang terlalu malas), merujuk banyak dunia vintej lama 1980-an, dunia Rozana Cinta dan Kembara Seniman Jalanan. MTV yang disisipkan merupakan bukti utama. Anak-anak muda zaman ini di tengah-tengah kecamuk pengaruh rock dunia Barat dengan semangat jati anak Melayu (rujuk dialog petani moden Amy). Hal ini lebih menyedarkan aku bahawa, tanda yang Hassan Muthalib nyatakan bahawa rockers "hantu/kutu/penyangak" sebenarnya tersasar. Rockers sebenarnya disalah anggap. Dan "salah anggap" dan sifat "misfit" inilah yang dipermainkan dalam beberapa filem Mamat Khalid. Mereka ini "mangsa" bukan penjahat. Itu sentiman Mamat yang sebenar.

Babak Saiful Apek memeranjatkan, antara pemakluman dunia menyakitkan rockers ini yang cuba mencari laluan dalam dunia Kuala Lumpur serba kosong dan mencabar. Sekali lagi, impian anak-anak muda ini dipermainkan, diinjak-injak. Ini sebuah tragedi. Bukan komedi lagi.

Ada beberapa babak yang kurang berkuasa, kerana cara penggambarannya yang "jauh" dengan penonton, para pelakonnya diberi terlalu banyak ruang (mungkin penangkapan realiti) untuk bercakap dan kadang-kala tersasar. Terdapat luahan yang sumbang, gerak yang sumbang, ironinya, membawa makna terhadap imejan besar filem ini (sumbang yang tidak disengajakan). Suntingannya juga tidak banyak membantu (jika dibandingkan dengan filem asalnya yang lebih dinamis dan bertenaga) untuk memberi nafas, walaupun penataan reka seninya agak menarik dan asli.

Runut bunyi filem ini, sepertimana filem Mamat yang lain, sangat hebat dan berjaya membawa semangat nostalgia tersebut. Aku suka dengan sisipan lagu Ben Hur pada waktu Jijo dan rakan penyapu sampahnya menghampiri layar. Poin ini berkait dengan kefahaman (rujuk kredit akhir) bahawa rockers "pengaruh Yahudi", juga gah yang tidak ke mana-mana (they just come to show off). Kelakar dan menghibakan.

Ini masih bukan filem terbaik Mamat, walaupun terdapat beberapa tandatangan Mamat yang kita tunggu-tunggu, lebih-lebih lagi sebagai sekuel kesinambungan terhadap filem asalnya (yang jauh lebih menghiburkan). Ya, filem ini gelap, tetapi gelap yang tidak dikawali dengan kejutan sinematik yang sepatutnya, bergerak halus dan kadang-kadang tersasar. Pun begitu, ia sememangnya dibuat untuk peminat tegar rockers, melihat kembali dunia dan perjuangan mereka, serta pengiktirafan bahawa mereka juga dahulunya pejuang, dan mangsa sejarah.

Klasifikasi Rock Oo!: P13, Beberapa babak kiasan seks, gelap dan kurang bermoral yang  mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak, dan perlu bimbingan ibu bapa/penjaga.
DITONTON DI GSC Pavillion.

6 comments:

Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri said...

Selepas menonton filem ini aku menyumpah dengan Mamat Khalid. Naratif yang dibina Mamat Khalid mendatar. Takde tension. Aku nak ikut watak mana? Amy, Jijo? Apa yang nak dicapai dalam filem ni?

Semuanya kabur. Seolah-olah Mamat Khalid macam takde cerita nak disampaikan kecuali bernostalgia. ahhhh..... Kenapa bila orang lain buat cerita bernostalgia tak boleh tapi bila Mamat Khalid buat ia dibenarkan dan dipersetujui oleh ramai orang.

Klimaks dia mengada-ngada. Editing jelak macam shot tak cukup. Lagu bersepah sana-sini. Mamat Khalid kali ni lebih nak MENUNJUK-NUNJUK . nak tunjuk bahawa tak semua rockers kutu, nak tunjuk pandangan masyarakat terhadap rock pada zaman tu, nak tunjuk kesusahan rockers zaman tu berdepan dengan kekangan kerajaan bla bla bla. bukan nak bercerita.

Paling aku tak berkenan adalah, Rock Oo adalah sebuah cerita pasal Amy nak jadi penyanyi tapi tak boleh, last2 jadi manager band Rimba Bara. Apa ni? Apa ni? itu je ke?

Haih....

indraputra said...

Rajin Fadz tulis. Manis. Indah.

Dan, mungkin sbb saya sedang rumaja masa zaman rock tu, maka batin saya suka filem ni.

Termasuklah majoriti penonton di screen 1 yang terbesar di ECM Kuantan. Hilai tawa ada saja kedengaran (6.3.2013)

Hmmm betapa sukanya saya, sampai saya beritahu kawan saya, kenapa bukan Mamat Khalid yang bikin filem Zaiton Sameon tu ya??

:) Take care fadz.




wan said...

Filem ini membosankan. Meleret. sampah.

MagnusCaleb said...

ramai yg kecewa dgn filem ini mungkin kerana tak menepati dgn apa yg di harapkan, namum buat mereka yg melalui zaman ini dgn khusus nya pasti berkali-kali tersengih sendirian di sepanjang filem ini, ya iya nya sekepimg pengkisahan akan nostalgia rock 80an

Anonymous said...

filim ini kosong, memalukan rock. tak ada langsung falsafah perjuangan rock. filem ini memberitahu rockers malaysia hanya tau ikut sahaja apa pun tidak tahu. Dan rokers2 yg tak tahu menahu tulah yg memuji kelangit filem ini. Abg Mamat sori. saya respek kala malam. tapi filem ini teruk sangat. kamon man. Maaf. peminat.

Anonymous said...

filem ialah bisnes :)

rock (2005) menghiburkan dan baik.. tapi tak untung derr :(
dapat 300k je ..

sobs2, naper tak banyak orang tgk kalau tau citer ni bagus masa tahun 2005 tu, semua pakat download je ke masa tu? sobs2 uwaaaa <<menangis amy mat piah

bro mamat= aku demam weehh, produser percaya aku, tapi muvie tak untung.. ape cerrr.. adoii

rock oOo (2013) nostalgia,dan sampah.. :( untung der..
dapat 4 juta..

sobs2, aku masih menangis.. bukan kerna aku sedih.. tapi kali ini aku gumbira.. kerana rock tetap rock.. walau seleleh mana air mata gua.. yeyeahh! <<<amy mat piah
(muzik gitar menggoreng...)

alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi,trimass fans2 rocker dan peminat lawak kampung semua.. senyum je la abg ni.. trima kasih gak pada prosuder kerna sudi mempercayai abg lagi.. OOOOOO... yeahh! << mamat khalid

:P hahaa.. by fan tontonfilemblogspot

kala malam tak best la weh..
takdaq feel tahun 50an..