Perca Kata Kritik Filem

Malas nak tulis panjang-panjang jadi ini pengalaman dan pandangan:


Broadcast News(2013): Filem drama komedi klasik yang menampilkan kehidupan stres tinggi pekerja berita setesen televisyen di Washington, William Hurt, Albert Brooks, dan Holly Hunter, kesemuanya lincah, licik dan pandai dalam kerja mereka, tetapi tidak berapa "pandai" memahami "hati" apabila diperlukan, dan bukan salah mereka. Suatu adikarya James L. Brooks menyerupai farsa moden tentang kemajuan, kompleksiti dan kelajuan hidup yang tidak mempunyai masa untuk merenung hal yang lebih penting daripada segalanya, kemahuan hati. Sebuah filem yang masih relevan sebaik The Apartment yang mengisahkan kritik sosial menyengat tentang kemodenan dan erti moden.

15 April 2013

Buku TontonFilem(2013) AKHIRNYA!

Akhirnya, kini pasti!

Tetiba!

Ya, aku masih lagi ingat suara kawan-kawan yang menunggu, selalunya, "Fadz, bila lagi, bila lagi nak dibukukan, Dr. M pun dah!" (zaman tu Dr. M keluarkan bukunya).

Aku bersabar panjang.

Aku tak sekaya Dr. M yang jadi tauke roti setelah 10 tahun lebih mendayung negara.

Aku pengulas di blog saja (yang, ehem dah diberi peluang tulis dalam Dewan Budaya, Awww!)

Kawan aku, seorang sahabat "underground", pernah mengirimkan manuskripnya kepada suatu gergasi established, ke sana untuk dana menerbitkannya.

There and there diorang tolak: "Sape mamat ni? Tak pernah dengar pun. Apa kredibilitinya? Sekolah mana??"

Kawan aku dan aku masa tu: "Screw u lah, a@@wipes!" Dan tiada lagi aku peduli dengan gergasi itu. 

Aku masih tak mahu menerbitkannya sendiri walaupun kawan-kawan dan peminat mendesak dan mendesak.

Sampailah seorang hamba Allah ini datang kepadaku, dan segalanya selepas itu, keajaiban:


Ada beberapa kawan/peminat yang aku mohon tulis "testimonial" berkenaan TontonFilem.

Ini daripada Allahyarham Yasmin Ahmad:

Here's the ONE reason why i bother to pay any attention to fadz's writing:  he writes on what he FEELS about a film.

Many if not most self-proclaimed film critics in Malaysia make misguided attempts at dissecting films intellectually.  they go to great lengths to make sense of what is essentially an emotional sketch of how the filmmaker feels about the world around him.

"If you clean it up, get analytical, all the subtle joy and emotion you felt in the first place goes flying out the window." – Andrew wyeth

How do you make intellectual sense of someone's feelings?

Fadz, on the other hand, expresses his feelings randomly, in  streams of  consciousness that often end up with bursts of wisdoms.  Now THAT I find interesting and worthy of my attention.

I would even go so far as to suggest that some of the lecturers in town read fadz's writing regularly.  at least it might snap them out of that delusion that feelings are something you can intellectually dissect.

"In certain kinds of writing, particularly in art criticism and literary criticism, it is normal to come across long passages that are almost completely lacking in meaning." - George Orwell

Fadz gets it.  Which is why i only bother to listen to opinions from him, other than those of my film guru, encik Hassan Mutalib.

Buku ini akan dijual di Pesta Buku Antarabangsa KL 2013, PWTC. RM25. Boleh juga pesan dengan meng e-mel:
 hafizulosman@gmail.com ataupun rafinearts@gmail.com

Gerai ITBM di mana buku ini boleh didapati:

8 comments:

Farahanani Amhazali said...

Di pesta buku di booth yang mana?

zulazahari said...

Sebelum ini aku pernah membayangkan buku 1001 Movies You Must See Before You Die versi Bahasa Melayu, buku ni pun ok lah....hehehe

fadz said...

Zul, aku dah tua dan sudah ada koleksi 1001, aku akan keluarkan, eh?

fadz said...

Farah, kemungkinan gerai GerakBudaya ataupun ITBM, x tau lagi nanti saya maklum eh!

indraputra said...

Salam...
Dah emel ke emel pertama yang diberi untuk tahu cara nak beli.

Cuma nak tahu kenapa covernya warna PINK? Meriah lah rak buku saya...

huhuhu

fadz said...

pink=flamboyant.

pink=ramai kawan pilih masa buat pemilihan dlm facebook ari tu.

indraputra said...

dah beli dah fadz...
keduanya sekali. hahahah

wanbinlin said...

Lama tak bukak blog kau. Tapi aku dah beli buku kau kat pesta buku hari tu. Hehehehe... Otograp mai.