17 June 2013

Kak Nab Nak Darah Muda Bukan Orang Tua

Kak Nab muntah-muntah semalam. Resah juga kalau-kalau buatan suami Kak Nab tempoh hari (Tapi, Oh, tak usahlah kita cerita nikmatnya). Tapi Kak Nab baru sedar bahawa Kak Nab tak dapat tahan melihat poster-poster cantik filem yang Kak Nab pernah tonton bersebelahan dengan hidung Mat London, oh oh,  (Kak Nab terpaksa ke toilet sekali lagi ... maaf, cantuman dua imej ni terlalu memualkan). Hari tu baru je Kak Nab tonton Sembilu di TV3. Kak Nab macam tak percaya, "Sundels, inilah filem zaman tu aku berkepit dengan soon-to-be-husben aku ala-ala berlinang mata siap pegang rapat-rapat bahu abang aku  dengan tangan dan pahaku sekali semata-mata nak dia pujuk-pujuk dan ajak makan ais krim nanti kat medan selera Pertama, Oh tidak!" Kak Nab tak dapat percaya dengan kata-kata Awie (Awie: Wati, kau tahukan lagu ini dibuat untuk siapa Wati?), kata-kata Wati (Wati: Tapi Awie tu budak baik, mak!) dan Ziana (tapi Ziana tetap KELAS ok!). Oh, oh, rakusnya filem ni, serakus serakah hidung Mat London, oh Kak Nab nak pitam! 

Kak Nab dah move on, Mat London.

Kak Nab tak perlu lagi dialog-dialog panjang baku Erra-Alice Voon. Darah muda tentulah membawa benda-benda yang lebih bergetah, yang lebih mengikut zaman. Zaman kita sudah berlalu Mat London, sebesar hidungmu itu, begitulah orang akan ingat zaman-zaman itu, hanya sebatang hidung yang besar. Superman pun dah tak nak pakai cawat kat luar, Kak Nab terima aje (Oh, dan Henry Cavill memang merakuskan walaupun berlakon macam batang, buat Kak Nab tergelek-gelek memuat turun semua jpeg badan sasanya yang ada dalam Google Image), James Bond pun dah blonde. Dunia dah berubah, filem dah berubah. Masalahnya, ramai lagi yang tak mahu lagi.

Kak Nab rasa, benda yang Mat London cakap ni, termasuklah Yusof Selam ni ada yang tak betulnya. Apa tu objektif sebenar filem? Hello! Filem ditayangkan untuk direnungkan oleh penontonnya. Mereka bukan budak-budak sekolah. Pengajaran hanya berlaku jika kita renungkan apa yang pengarah nak bagi dalam filem tu. Kak Nab sebenarnya tak mahu pun guna perkataan "ajar" sebab "mengajar" salah dalam filem. Pelakon merokok Kak Nab tak rasa Kak Nab akan merokok (walaupun ada penyelidik kata boleh jadi). Kak Nab dapat "rokok" yang lebih baik daripada itu apa! Kak Nab nak dicabar, dan anak-anak muda yang bergetah ni pandai mencabar Kak Nab. Kak Nab suka tu! Itulah rokok yang Kak Nab hisap!

Masalahnya sekarang, orang macam Mat London inilah yang mengajar pula anak-anak kita macam mana bikin filem, dengan memaklumkan hanya segelintir pula "pengarah muda" yang harus diikuti (hanya kerana pecah panggung??) Kak Nab ingat, bukankah Farid dan Syamsul pakar bikin filem rempit dan samseng, adakah itu hendak dimegah-megahkan sebagai "jati diri" dan "filem kita wajah kita"? Kak Nab rasa, macam Mat London sendiri pun tak tahu apa yang dia cakaplah, dan ini menyedihkan Kak Nab. Kalau nak bandingkan KIL, KIL tu seratus kali lebih baik daripada KL Gangster (yang meng"ajar" anak muda kurang "ajar" dengan orang tua, kalau nak sangat cerita fasal pengajaran!)

Kak Nab bayangkan ini aje: filem pecah panggung bukan bermakna filem itu bagus. Ambil contoh, Anugerah Blokbuster. Satu lagi festival yang menakutkan Kak Nab. Hah, siapa pengarah "muda" yang menang? Apa? Harun Adik Manja 2 tu?? Dan filem-filem yang menang. Kak Nab macam, eh ye ke, ni aje hidangan "terbaik".

Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Tunggang terbalik! Yang baik dicanaikan, yang sampah diutamakan. Kak Nab serius dah serik. Kak Nab dah dapat rasakan, kesian dekat anak-anak muda yang mahu mencuba sesuatu, dipotong bukan sahaja oleh penontonnya yang tak ambil peduli dengan perubahan mereka, tetapi dengan tenaga pengajar dan orang tua yang tak tahu nak bandingkan berlian dengan kaca, SAMPAI SEKARANG PUN.

Sedih hati Kak Nab!

4 comments:

Anonymous said...

Kak nab, adik sokong kak nab 100%. Sesekali kena ada suara2 muda yg menegur pandangan veteran2 kita yg masih tak dpt keluar daripada kepompong minda zaman batu dan berada pada takuk lama. Kita yg muda pun janganlah menegur dengan kasar, kenalah berhemah sikit kan. Tapi kalau puak2 ni masih tak faham2 juga, yg muda2 ni teruskan saja bikin hasil karya yg dapat mendidik penonton. Jangan patah semangat. Selagi berniat baik, cetusan idea segar, baharu dan benar yg diperjuangkan pasti akan diterima umum.

myownmind said...

Betul ke kau yg tulis ni huhuhu besh gila

Muhammad Fadhli al-Akiti said...

Tak, ni Kak Nab yg tulis, aku bagi ruang je.

harry ahmad said...

susah kalau org tua tak sedar bagi pendapat