19 June 2013

Pecah(2013): Pecah Telinga Pecah Jiwa

Baru-baru ini kita kedengaran dengan isu kehadiran gerombolan pembikin anak muda dikecam oleh beberapa pengarah lama. Aku memang tidak berapa setuju dengan beberapa poin yang dikemukakan. Paling merbahaya, pengarah tersebut menilai "kesempurnaan" sesebuah filem tempatan melalui jumlah jualan kutipan tiket (bermakna, jika filem itu tidak laku, filem itu buruk atas tidak mengikut selera masyarakat "umum"). Hal ini amat merbahaya kerana kebagusan sesebuah filem tidak boleh dinilai atas dasar "komersial", "art-house", atau "pujaan ramai". Filem itu "bagus" atau "tidak bagus", itu sahaja, sama ada mengikuti penakrifan bahasa filem tahun-bertahun (seperti Azharul Azmir nyatakan, "80 tahun Sinema Malaysia-Melayu!") atau "melawan" takrif lazim bahasa filem tersebut. Terpulang, dan hal ini pun menarik untuk dikupas/nilai/ulas/kritik.

Namun begitu, aku juga terjengkel sementara apabila ada sesebuah filem sebegini datang ke pawagam kita.

Serius, jiwa aku, tidur dan hidup, ingin melihat wayang tempatan kita berjaya. Aku "langgar" semua jenis filem kita, (OK, aku tak seteruna dahulu, aku memilih sekarang), aku bayar tiket semahu-mahunya "membantu" filem kita sekurang-kurangnya dapat RM5 daripada sumbangan aku. Apa aku dapat, serius, apa aku dapat?

Serius, para pembikin, tolong, tolonglah hormati penonton kalian. Dua hal yang aku selalu bingit dengar. Kalau masalah masa, tolonglah para penerbit, berikan para pembikin MASA untuk membikin dan membaiki kraf mereka. Serius, give them time! Jangan gatal nak kejar masa saja sampai mutu terabai! Serius cukup-cukuplah dengan idealisme "tangkat muat" - janji cepat siap nanti tunggu tayangan. Kejadah? Tu Mi Maggi je boleh bagi. Kau ingat orang macam Asrulhisyam Ahmad tu kelip-kelip dalam 30 hari boleh jadi macam Robert Rodriguez mengarah El Maricahi?

Kedua, tolong-tolonglah tambah perbelanjaan, WALAUPUN KAU TAHU FILEM KAU akan lingkup di pasaran. Aku tonton Pee Mak dari Thailand, dan serius aku serius malulah dengan kelompok filem kotemporari kita tahun ini. Dah lah dengan tidak pernah berlakunya usahasama kuat (rujuk mana-mana filem Hindustan, Korea Selatan dan Thailand, berapa gerabak syarikat penerbit yang bikin satu-satu filem), persatuan bergerak entah apa-apa, isu royalti sampai kiamat tak selesai, persatuan takde sepakat. Serius, kalau aku dah serik dan cakap "Pergi mampuslah filem Malaysia" dan mogok tonton filem luar je, siaplah, serius siaplah.

Aku tonton filem ni (dengan pujukan manja dan rayu) dengan dua kawan sastera aku. Mereka sanggup tonton ini pun kerana ada ulasan "baik" dalam Internet dan ini buku adaptasi Fixi. Serius teruja. Kami tergamam apabila dalam pawagam, hanya ada enam orang. Serius sedih. 

Apabila tayangan bermula, perkara pertama yang kami sedar, suara audio filemnya macam dinaikkan tahap maksimum! Aha! Adakah ini hanya berlaku di pawagam KLCC kami tonton atau di pawagam lain? Serius, sepanjang filem berlangsung, aku terpaksa tutup sikit cuping aku nak tahan arus desibel yang memekak ke telinga aku. Eh, Pecah, ni filem ke disko/konsert? Awal-awal lagi, hal teknikal ini, aku percaya telah "merogol" telinga para penonton untuk menonton dengan "selesa". Malah aku percaya, ada dua penonton yang keluar tengah-tengah tayangan, mungkin tidak tahan dengan suara yang memekak ke gegendang mereka.

Dah lah suara galak bukan main, runut bunyinya, ya Allah, dari Plutokah?? Imejnya papar lain, lagunya entah ikut gaya filem Aziz M. Osman lama yang sekurang-kurangnya menangkap emosi (walaupun aku benci). Serius menyakitkan jiwa! Emosi penonton jadi tunggang-langgang!

Filem ini ditangani tiga orang, pengarahnya (serius Asyrul, kau tak usahlah pakai lagi nama-nama pena macam Black entah apa, cukup nama aje, bina nama kau dengan kuat, tak usah berhitam bagai!) Azril Hamzah, dan Sha Hanim Ramli adatasi novel Khairulnizam Bakeri. OK, percubaan angkat semangat rompakan (heist) itu ada. APA yang filem ini perlukan ialah GAYA (style). 

Kebanyakan pengarah kita tak ada gaya. Serius tak ada gaya. Buat cukup muat, satu syot, satu take, dah, cukup, wrap-up, jom adegan lain. Filem ini merupakan citra dosa itu. Bentuknya macam menonton drama TV 80-an dengan cetusan parodi Gerak-gerak Khas sikit di sini sana. Apa poin pecah-pecah kotak imejan itu kalau kau tak dapat jaga tempo, teruja, dan takjub? Aku bayangkan, Jins Shamsuddin yang aku menyampah tu sekurang-kurangnya dapat bikin babak heist bank (dekat Ampang Park) yang nampak bergerak dalam Esok Masih Ada, dan ini 80-an wei, 80-an! Takkanlah kau tak nak upkan gayanya Asyrul oi. Kata tonton Ocean 11! Lepas tu, pemilihan pelakon dan cara syot dibikin. Entah mengapa janggal demi kejanggalan yang berlaku di layar. Siapa yang main doktor tu, serius budak dari longkang mana korang dapat? Paling jengkel, si Don ala-ala buat suara Achapan kepit lakonan Buzen Hashim, nominasi aku untuk Raspberry Malaysia kalau ada, dari awal sampai akhir, rimas nak mati! Aku faham pemilih pelakon memilihnya atas dasar "dia ni memang akan mencelakan kau", tapi serius pilihan cara lakonnya yang berjaya mencelakakan susun gerak dan feel dramatik filem ini.

Dan, Fizz Fairuz? Apa perlu kau jerit-jerit semangat ala polis dari Itali bagai ambik semangat Gerak Khas? Lame babi!

Dua sahaja pelakon yang "cuba" tapi bagi aku amat mencuba, Soffi Jikan dan Tony Eusoff, yang amat tidak dibantu oleh para pelakon yang mengelilingi mereka dan pengarahan yang terlalu lemah.

Tengok, aku tak sentuh pun lagi "cerita" filem ni. Aku baru sentuh teknik pembikinan aje ni! 

Cerita. Hah! OK, "cerita" dah ada, yang tidak berapa nak adanya ialah pembangunan watak. Apa hal tiba-tiba Tony Eusoff menjerit depan cermin? Apa? Masuk-masuk tiba-tiba tibai bini, "Aku ceraikan kau!" lepas tu bagi tumbuk yang kartun dekat audiens? Walaupun (aku agak) aku tahu penzina bersama bininya ialah Ako Mustafa, mana story arc mereka? Apa ni? Apa kaitan tiba-tiba Izreen Azmida gesek-gesek bahu ala feeling-feeling dengan Tony Eusoff tiba-tiba? Serius hal ini menghampakan. Banyak lagi tapi aku dah malas nak sebut. Serius secara holistik, kau dah dapat tangkap semangat kritis sosialis, semangat kaya mintak tolong marhaen (Soffi dan kawan-kawan, dan lebih cantik bukan kalau adegan ini diperkembangkan dan bukan main muat naik satu MTV panjang bercakap dalam stor?) untuk membantai si kaya. Mainan kuasa dalam wit sepatutnya berlaku, ini kritikan politik yang sepatutnya kuat (kita, masyarakat dipermainkan oleh orang berduit dan berkuasa), namun caca merba entah apa-apa. Ada dialog macam, "Dia dah takde Dr?" bila kau seorang jururawat dan dah lama jaga orang tua. Semua ni menyakitkan, sangat menyakitkan. Bikin filem masih di kotak sifar.

Serius, para pembikin kita perlu muhasabah diri kembali. Korang buat filem untuk duit kan? Demi dapat pulangan balik kan? Boleh tak korang jangan membontot penonton yang nak bayar untuk tengok cerita korang dengan sikap dan cara pembikinan ala-ala setengah masak korang? Serius. Hal khayalan yang pengarah tua cakap tu tiba-tiba jadi kebenaran, ya, pengarah muda macam Syafiq Yusof tahu susunan montaj dan gerakan mis-en-scene, Shamsul Yusof tahu susun imej dan sudut syot untuk gerakkan teruja emosi. Belajarlah daripada mereka kalau tak boleh belajar daripada Rodriguez. Ini amaran terakhir, sebelum aku betul-betul tutup mata untuk tonton sebuah lagi filem kita. 

Klasifikasi Pecah: PG-13, Ada babak kasar, bayangan seks, dan aksi ganas yang mungkin tidak sesuai bagi penonton bawah umur 13.
DITONTON DI TGV, KLCC.

24 comments:

zulazahari said...

Sayang sungguh, sebuah lagi filem adaptasi novel yg gagal, nampak gayanya Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan jugaklah yg cemerlang.

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

trailernya pun tidak bagus, inikan pula filem...

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

trailernya pun tidak menarik, inikan pula filemnya...

ayobkelubi said...

ko punya review menyebabkan aku mengambil keputusan utk stick dengan bukunya sahaja.

adusss...

Far_east said...

tgk cerita ne di wayang TS, mmg xramai, bwh 10 org rasanya..tp sound system ok la,xde la smpi membingitkan telinga..cerita best,tapi mcm fad cakap,output tu xcukup bagus..

khys said...

Pecah mmg mengecewakan.

tak sabar nak tgk KL Zombi, hanya krn MJ Woo yg mengarah.

Muhammad Fadhli al-Akiti said...

Far-east, jadi kiranya di KLCC tu kena sabotajlah tu..

Anonymous said...

don't judge a novel by it's film!!!

Anonymous said...

Aritu mmang nak tgk cite ni tpi bila tgk trailer alahai..... tgk pee mak lgi bguss dpt tgk my hero 'mario maurer' ....wlaupun citenya simple....

son of the land said...

Aku lebih teruja membaca review ni daripada menonton filemnya... haha
Sebelum tayangan lagi aku dah ada masalah sebab tiket yang aku book online tak dijumpai. Masuk panggung dengan penuh harapan, cuma ada 3 org saja. 2 orang lagi masuk di tengah2 filem, tapi keluar tak lama kemudian... sigh
Dan aku keluar dengan perasaan penuh kekecewaan. Sangat2 kecewa. Review2 yg bagus di internet semuanya dusta. Filem ini bukan saja pecah, tapi telah hancur terberai dalam segala segi. 'Tangkap muat' memang istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan filem ni, yang patut diletakkan pada cover DVD-nya nanti.
Rugi duit aku...

signnature said...

apabila novel dijadikan filem, cerita yang panjang dipendekkan. ceritanya menjadi tidak detail dan bejat.Lagi seronok membaca novelnya berbanding menonton filem pecah.

signnature said...

Apabila novel dijadikan filem, cerita yang panjang dipendekkan. Ceritanya tidak detail dan bejat. lagi seronok membaca novel pecah berbanding filemnya.

Muhammad Fadhli al-Akiti said...

hah, itu dia....

pengomenpengkritikfilem said...

ini lah pengkritik filem yg paling bodoh aku baca....cakap mcm terer...tapi apa kajian dan selidik pun tak buat...kalu filem tu bajet mcm telemovie ...ko aspek mcm filem big bajet...ko bodoh la... ko tau tak kiraan bajet dari awal sampai abis..ni filem pecah bajet mcm telemovie rtm ..buku pun beratus page ko nak dia explain dalam masa 90 minit...filem ni penulis buku tu sendiri bagi sinopsis filem...

kritik mcm terer dgn ayat2 yg konon penah buat filem hollywood...puih!

Muhammad Fadhli al-Akiti said...

pengomen, LIKE I FUCKING CARE ABOUT UR FUCKING BUDGET? WELL FUCK U! I paid for the fucking ticket, do u expect me to get fucked by a fucking piece of trash?!

Im seriously considering fucking off Malay films becoz of this stupid comment!

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff said...

Ke hadapan Tuan PengomenPengkritikFilem khususnya;

Kemampuan itu dibesar agamkan dengan kreativiti yang bisa dipasarkan.

Mat Lutfi tak perlu bajet besar untuk menimbulkan impak kepada audiens yang hampir beratus ribu mencecah jutaan itu?

Aku kenal dia. Sama belajar di Australia. Dia tu sengkek - tak ada duit. Tapi, hatinya yang besar menghijabkan otaknya yang kecil.

:)

Ada beza antara guna otak dan guna hati ^_^

Salam Pertengahan Ramadhan semua!

Igniz said...

Kepada Pengomenpengkritikfilem,

Bajet rendah bukan alasan untuk filem gampang. Nak aku senaraikan filem2 bajet rendah luar negara yang standard dia mengalahkan filem paling mahal kat Malaysia? Takyah pi Hollywood lah, tgk filem Thailand, Afghanistan, Iran, Indonesia dah cukup. Ke kau sendiri tak pernah kaji filem2 macam ni?

Nasib baik aku tak review filem ni. Kalau ikut hati aku, bukan setakat telemovie je aku bandingkan. Dengan selipar Jepun aku bagi.

Belajarlah terima kritikan, baru boleh maju. Apada.

Anonymous said...

GB memang kedukut ke?

Anonymous said...

pasti lepas ni Pengomen akan buat talemovie buget video kawin pakai vhs .. lepas tu buat filem pakai buget porn . belajarlah bertanggung jawab dan bersedia menerima.

R.Shamfa said...

Trailer mcm rupa gaya macam telemovie cerekarama je..pergh nasib baik tak tonton kat panggung.. haha

http://kitamajufilem.blogspot.com

Hanna Zakarino said...

kepada pengomenpengkritik filem: dah tak reti buat filem yg bagus, ko nak salahkan org yg kritik filem pulak. ni lah salah satu sebab mutu filem tempatan tak meningkat. pembikin filem nak dengar kata2 ampu dan pujian melangit dari semua org walaupun filem tahap budak skolah yg buat. kau nak kata budget mcm telemovie RTM. RTM bayar telemovie harga lebih tinggi drp TV3, TV9 dan Astro. Ada kau buat kajian? Bajet filem ni lebih kurang 9 kali ganda daripada budget 1 telemovie tapi ada tak tahap filem ni 9 kali ganda lebih baik dari telemovie? Pastu ko ada tengok telemovie dan bandingkan dgn filem ni tak? Banyak telemovie yg cerita dan kualiti lebih bagus daripada filem ni. Pastu ko bandingkan la pulak filem yg budget rendah tapi cerita menarik dan ramai org tengok. bagi aku, pengarah citer ni tak der kreativiti (tengok dari syot yg diambik), skrip utk filem tak bagus (jumpy sana sini), edit tak bagus (buat org tak faham sesetengah sinambungan scene, mood citer dgn adunan lagu x bagus). Belajar dari kesilapan dan hasilkan yg lebih bagus lepas ni. jgn mintak org puji filem yg pecah ni sebab kalau kami puji, korang akan hasilkan filem yg hancur berderai di belakang hari. Kami byr tiket wayang, bukan nak tengok filem yang pecah berderai.
kepada Fadhli: teruskan beri komen yg jujur terhadap filem yg ditonton. Penggiat filem kena blajar terima kritikan supaya tak duduk di zon selesa dan hasilkan filem sampah. wa salute lu yg berani luahkan pendapat secara jujur, bukan bagi pujian (mcm dibayar).

Hanna Zakarino said...

kepada pengomenpengkritikfilem: dah filem tu tak bagus, ko nak expect orang bagi pujian melambung??? ni lah yg membuatkan industri filem kita terkebelakang. sebab penggiat filem nak dengar org ampu & puji melambung atas hasil kerja mereka yang tak bagus. dah tu ko nak bagi alasan budget tahap telemovie RTM. ko ada buat kajian ke tak? RTM bayar telemovie lebih mahal daripada bayaran telemovie drp TV3, TV9 dan Astro. Penerbit telemovie keluar budget lebih kurang 70k - 75k sebab TV3, TV9 dan Astro byr lebih kurang 85k aje. kalau budget yg ko nak jadikan alasan, budget filem ni lebih kurang 10 kali ganda budget telemovie. Tapi adakah hasil filem ni 10 kaliganda lebih baik dari telemovie? bagi aku filem ni jadik pecah belah sebab pengarahan yg x bagus, skrip yg longgar dan editing yg lemah. ko jgn la nak bagi alasan novel boleh citer panjang lebar, filem cuma 90 minit. tu semua bergantung pada skrip dan pengarahan. penggiat filem belajarlah terima kritikan. ko jgn harap org nak puji melangit filem ni sebab kalau dipuji filem yang pecah ni, korang akan hasilkan filem yg hancur berderai pulak akan datang.
kepada Fadhli: tahniah sebab anda berani mengkritik secara jujur. teruskan beri kritikan membina dan jujur, bukan memuji tak kena tempat (macam dibayar)

syafuddin idris said...

rambut sama itam ati lain2
ulasan diberi tak semesti diterima
apabila disanggah mesti ada meyanggah
kesimpulan
ini semua poyo tidak menjanakan profit

Anonymous said...

aku dengar filem ni punya kos 250ribu jer ..patut la mcm telemovie output dia